Kasih tak bersyarat adalah wasiat, warisan dan pusaka peninggalan yang semakin haus dicuri hari, sunyi dihakis lupa. Saya sedang bergelut dengan tema ini untuk projek video pendek "Hero" yang kini sedang diusahakan dgn rakan saya Anderson Ee.
"Getaran Jiwa..." adalah antara denai awal yang mengizinkan saya meneroka tema yang sama, dalam bentuk teater muzikal multi-media.
Penjaga Cahaya (PC) masuk dari bilik pengurus membawa lilin menuju ke pentas. Sampai di pentas PC bermonolog dalam pelbagai gaya dan watak yang pernah dimainkan oleh P.Ramlee dalam filem-filemnya, sambil menyalakan sebatang lilin
Penjaga Cahaya:
Yang ‘ada’ itu bergetar. Yang bergetar itu sedar. Yang sedar itu
bergetar (menggengam tangan ibarat penumbuk sambil menumbuk dada
mengikut ritma degup jantung). Getar….jiwa. (melagukan getaran jiwa
sambil tangan terus menumbuk dada).
Yang dilanda itu adalah hati. Pada hati, ada cahaya (melihat
lilin). Pancarannya jatuh pada pentas (melihat ke lantai) dan tabir
(melihat ke tabir pentas) menjadi bayang. Kerana ada cahaya, wujud
bayang. Tempat jatuh! dan bermainnya bayang adalah lautan ujian.
Tabirnya…….berlapis-lapis. Mesti diselak, mesti dibuka. Kerana ada
dilihat dalam melihat, ada ditonton (melihat penonton) dalam menonton,
ada disaksi dalam menyaksi, ada aku dalam kamu, ada kamu dalam aku, ada
ada dalam tiada.
(Melihat lilin) Yang dicari itu cahaya, bukannya bayang di atas
pentas, atau bayang yang jatuh di atas tabir. Bukannya bayang. Bayang
memang gelap dan banyak, tapi cahaya hanya Satu….. Hanya satu (melihat
dan menggenggam lilin). ………….
Ada cahaya singgah hati, ada hati yang dilanda getaran, ada getaran
kerana sedar(kembali menumbuk dada), ada jiwa kerana sedar, ada sedar
yang meng’ada’kan aku, dalam kamu, kamu dalam aku. (geleng-geleng kepala
seperti tidak faham dan bingung)
(Melihat ke atas, arah control room) Sudin!....Satar!....Ramlee!
(dalam loghat Jawa persis Wak dalam filem Pendekar Bujang Lapuk) hari
sudah mau hujan……selak ini tabir, buka ini pentas! Kita mahu main
bayang!
Sekuen Pembuka
VO Dialog S.Shamsuddin dan Aziz Sattar, buka pintu gua (dari filem 'Ali Baba Bujang Lapuk")
Muzik pembuka filem Melayu lama
Tirai buka
P.Ramlee atas skrin besar menyambut penonton dan mengumumkan persembahan akan bermula
Seperti dalam “Ragam P.Ramlee” diikuti oleh dubbing
Selamat datang ke sebuah persembahan teater muzikal multimedia berjudul “Getaran Jiwa – P.Ramlee Merentas Zaman.
Lagu "Getaran Jiwa"
Lampu spot pertama ke mikrofon lama
Lampu spot kedua ke saksofon
Lampu spot ketiga ke kerusi pengarah
Dering SMS "Getaran Jiwa"
Untuk skrip dan dokumentasi foto penuh, sila klik:
No comments:
Post a Comment