Monday, 6 August 2012

YANG PRAKTIKAL


"Episod Lupa" adalah rakaman cebisan pertautan medan kuantum antara 5 orang pelajar UNIMAS yang kini sedang mengikuti Latihan Praktikal di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM sejak lima minggu yang lalu, dengan dunia baru mereka. 

Rencahnya macam-macam, termasuk aksi ultra normal, supra normal dan tak kurang juga, paranormal. Persis kumpulan rock alternatif "Kentut Pun Wangi", mereka boleh mengharumkan dunia kita yang semakin busuk (hatinya). 

Namun, di sebalik segala rencah drama swasta, mahupun tragedi ala-hindustan, mahupun episod cinta drama korea, ada getaran yang lebih halus. 


"Lupa" ada dua konotasi, lupa diri dan lupakan saja (serah diri, jangan 'nak' saja, terima dengan yakin, percaya dengan tak berbelah bagi, redha, lepaskan). 

Sejak empat tahun lalu, MGTF USM telah disuburkan dengan kehadiran ramai pelajar latihan praktikal dari UNIMAS, UMS dan UiTM. Memang betul, pelajar praktikal selalunya dijadikan khadam, atau adakalanya dilabel sebagai 'toyol' yang membekalkan tenaga buruh percuma.


Tapi di MGTF USM, mereka adalah antara katalis yang telah mencetus dan mengusahakan transformasi atau hijrah MGTF USM. Mereka belajar menjadi pekebun tegar yang sentiasa segar menanam budi, menghela hayat, mengALAMI merentas tabir pandang. Mereka menabur benih-benih budi yang lestari, yang hasil pokok dan buahnya dapat dinikmati oleh begitu ramai pengunjung MGTF USM, terutama pengunjung muda. Mereka telah melebarkan getaran MGTF USM, hingga ia menjadi sebahagian dari getaran halus yang melestarikan ALAMI pengunjungnya, mengimbangi sains dan seni, teknologi dan budaya, rohani dan jasmani. Mereka membekalkan gelombang kuantum muda yang mengimbangi getaran 'sejarah yang tua' dalam MGTF USM. Mereka pemacu hijrah, yang juga telah berjaya (harapnya) menghijrahkan diri, agar terus menjadi khalifah yang dapat memBANGUNkan diri dan insan-insan lain, kembali pada fitrah.


Walaupun mereka sendiri mungkin boleh 'lupa', namun jauh dalam getaran separa sedar, telah ditanam getaran lebih halus yang harapnya dapat terus menjadi bekal yang berguna pada mereka sepanjang masa. Pada merekalah ditanam tasbih dan zikir ALAMI. 

MGTF USM, saya dan keluarga menghulurkan kiriman kasih tak terhingga.



For more pictures, click MGTF USM fb album at :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.470428032982073.86524099.100000446406273&type=3

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...