Saturday, 7 July 2012

ALAMI DI LANGKAWI (BAHAGIAN 1)

Kerana sudah terlalu sebati dengn getaran langit dan bumi di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM, terlupa bahawa kerja berkebun, apatah lagi, berkebun bunyi, adalah sangat ketat dan berat untuk segelintir rakan kita, apatah lagi bila sudah dilengkapi oleh kot, kebaya, mahupun batik sutera. Itu pesanan dan pelajaran yang diterima dari alami di Langkawi.

Pepatah sufi ada mengatakan "Drop formality, friendship will grow". Terima kasih lah kekawan dari FRIM kerana sudi berkebun bunyi, walaupun mungkin payah nak menjemput orang 'berkebun' dengan rela hati di atas pentas. Mohon maafla atas terus-terang saya dalam menyampaikan 'pendapat'.
Pengalaman dalam Kubah Lestari (tayangan video 180 darjah) lebih afdal diALAMI secara berbaring (agar diri lebih dekat dengan 'getar bumi' yang sering kita pijak je setiap hari). Tapi yelah kan, takkan nak berbaring pulak bila dah lengkap berkot dan bertali leher.

Klik juga:
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/07/alami-di-langkawi-bahagian-2.html

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/07/alami-langkawi-bahagian-3.html

dan

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/07/makhluk-putih-di-pantai-cenang-langkawi.html

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...