Monday, 19 September 2011

AKAN DATANG KE UPSI (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) / COMING SOON TO UPSI


HASNUL      J      SAIDON
HIJAB SEORANG PELUKIS


Syarahan * Persembahan lagu elektro-akustik bersama “Kebun Bunyi” * Pemasangan karya seni video mutakhir berjudul “Lepas Bentuk” menggunakan tayangan kubah kosmo 160 darjah

7 Oktober 2011
Universiti Pendidikan Sultan Idris


SINOPSIS

Intipati syarahan ini adalah ‘berfikir’ dan hubungannya dengan paradok minda. Ia meneroka bagaimana dualiti minda boleh didamaikan dalam pelbagai bentuk usaha kreatif menerusi prinsip-prinsip rekabentuk utama yang sememangnya sudah tertanam dalam budaya dan warisan Nusantara. Prinsip-prinsip sedia ada ini boleh digunakan untuk membawa anjakan transformatif terhadap cara berfikir dan mungkin juga penyegaran-semula ekosistem budaya yang lestari.  Ia berkemungkinan dapat menjadi jendela untuk membuka kepada apa yang dikatakan sebagai ‘kebangkitan rekabentuk’ bersifat global.

Kedua-dua ‘minda’ dan ‘cara berfikir’ dibentangkan menerusi gabungan  antara ucapan dan bebelan, dengan sedikit sentuhan akademik untuk mengingatkan ‘pembentang’ yang bersyarah bahawa dia sebenarnya seorang ahli akademik (dia selalu lupa).  Bertitik-tolak dari kosmologi ‘pohon hayat’ yang terdapat dalam seni persembahan wayang kulit di Asia Tenggara, syarahan ini melarat ke beberapa siri lompatan fikir dari mistik Timur ke rekabentuk modular tradisional ke sistem maklumat dan teori sibernetik, rangkaian neural, pemetaan minda, kepintaran pelbagai, tenaga tinggi dan fizik kuantum, teori kritikal dan kajian budaya.

Syarahan ini terbahagi pada empat bahagian, ‘pra-sembah’, ‘mengimbas-semula warisan sepunya’, ‘contoh-contoh kes’ dan ‘minda yang damai/sejahtera’. Bahagian pertama berfungsi sebagai pembuka selera dan pengusik minda, bahagian kedua membawa kita melawat-semula warisan sepunya menerusi beberapa prinsip rekabentuk dan anjakan alternatif, bahagian ketiga membekalkan beberapa contoh kes dari beberapa projek yang pernah dihasilkan oleh pembentang atas pelbagai kapasiti dan konteks, manakala bahagian akhir menjadi penutup kata. 

Atas kemalasan pembentang, syarahan ini tidak dilengkapkan dengan nota kaki atau senarai rujukan. Nota lanjutan dan rujukan boleh diperolehi dari pembentang atas permintaan. Pembentang menjemput semua melawat ‘facebook’ dan blog beliau di http://hasnulsaidon.blogspot.com/  untuk samada merungkai atau mengelirukan lagi isu-isu yang dibincangkan.

Syarahan ini juga diiringi oleh persembahan lagu dan pemasangan karya mutakhir pembentang. Lagu-lagu beliau dipersembahkan secara solo dan bersama kumpulan “Kebun Bunyi” yang menggalakkan kaedah improvisasi dan penghayatan muzik serta bunyi secara kolektif dan interaktif. Karya mutakhir beliau merupakan susulan dari siri karya “Hijab Seorang Pelukis”, berjudul “Lepas Bentuk”, menggunakan kaedah persembahan seni video 160 darjah. Karya ini belum pernah dipamerkan di mana-mana.

Kata-kunci : Fikiran, dualiti minda, pasangan binari, prinsip-prinsip rekabentuk utama, anjakan alternatif, ekosistem budaya dan rekabentuk lestari .






The gist of this lecture is ‘thinking’ and its relation to the dual nature or paradox of the mind. It explores how such duality can be reconciled in any form of creative endeavour through several key design principles that have been intrinsic to our own South East Asian traditional culture and heritage. These inherent principles can be applied to bring about a transformative shift of mindset and perhaps eventual return or revival of sustainable cultural ecosystem. It may even provide a window to a global state of what the author would fancy as ‘design awakening’. 

Both ‘mind’ and ‘thinking’ are presented through an odd mixture of sober speech and personal rambling, with a touch of academic nuance to remind the presenter that he is an academician (he often forgets). Taking off from the cosmology of ‘pohon hayat’ (the tree of life) found in the traditional shadow puppet performance around South East Asia, the lecture rambles through a series of synapse jumps from Eastern mysticism to modular traditional design to information system and cybernetic theory, neural network, mind mapping, multiple intelligences, high energy and quantum physics, critical theories and cultural studies. 

The presentation is divided into 4 main parts, namely ‘the prelude’, ‘re-visiting our shared legacy...’, ‘case examples’ and ‘peace of mind. The first section serves as an appetizer or brain teaser, the second revisits our shared legacy through several key design principles and alternate shifts, the third provides several case examples from the presenter’s own projects done under various capacities and contexts, and the last serves concluding remark. 

Due to the presenter’s laziness, this presentation is not equipped with footnotes and references. Further notes and references may be obtained from the author upon request. The author welcomes everyone to check out his facebook and blog entries at http://hasnulsaidon.blogspot.com/  to either clarify or further confuse some of the issues discussed.

The lecture will be complimented by song performance and installation of the presenter’s recent work. The songs will be performed solo and with “Garden of Sound” group that propagates interactive and collective sound and musical improvisation as well as appreciation. The recent work is a continuation of the presenter’s “Veil of An Artist” series, entitled “Beyond Form”, using a 160 degree video art presentation. It has never been shown anywhere before.  

Keywords : Thinking, duality of mind, binary opposites, key design principles, alternate shifts, sustainable design and cultural ecosystem.   


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...