Monday 15 January 2024

HYPErview

 Jom baca buku.






Saya mengkaji, membaca dan menulis berdasarkan projek2 kreatif yg saya alami, lalui dan praktis (amali). Amali adalah metod saya menguji teori. Amali juga memaklumkan teori. Serentak dgn itu, teori memandu amali. Kedua-dua berduet secara organik dan non-linear. Jika salah satu satu pincang, lagu sumbang. Saya mengkaji, membaca, menguji, berkarya, menulis bukan utk naik pangkat, bukan juga utk capai KPI berkiblatkan nombor dan penilaian kuantitatif tu. Teori persis peta bila memandu. Memandu tanpa peta seperti amali tanpa teori, amal tanpa ilmu. Ilmu pula berpaksi nilai & falsafah, bukan dokumentasi hal2 teknikal je. Amal tanpa ilmu, nilai dan falsafah spt tin2 kosong, bising je tapi takda manfaat.


Buku nipis ini berjudul "HYPEr-view" (1997). Ia cetakan-semula katalog Pameran Solo saya yg pertama di Pusat Kreatif, Balai Seni Lukis Negara setelah pulang dari menuntut di luar negara pd tahun 1994. Ia juga mengandungi esei tambahan yg ditulis sekitar 2010. Esei  ringkas tersebut merumuskan beberapa tema perbincangan yg menjadi asas kpd amalan pengkaryaan kreatif saya sejak lewat 1990an. 


Hasilan kerja kreatif saya mencapah dan merentasi bidang, tapi asas teorinya sama. 'Output'nya pelbagai dan tidak terikat. Ada dlm bentuk lukisan, catan, seni media,  penulisan dan gubahan lagu, persembahan nyanyian & penceritaan, rumah kayu guna bahan guna- semula, bengkel & persembahan ko-kreasi, rekabentuk komunikasi, rekabentuk kuratorial, galeri & teater. Gelanggang utk kerja2 kreatif saya tidak terhad pd galeri sahaja. 


Buku ini boleh dibeli di kedai buku Balai Seni Lukis Negara, juga di @mgtfusm atau dari saya sendiri.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...