Wednesday 31 January 2024

CATATAN SENI DENAI PULIH

 Throwback ke 16 March 2023

(buka baca dgn bismillah dan salawat)



Musuh yg paling degil adalah kegelapan fikir & emosi yg tidak disuluh cahaya. Ia persis dua aliran sungai keruh yg bertemu di muara. Muara persis jasad yg menjadi mangsa, seperti muka bumi yg terluka sakit.

Yg perlu dimenangi & diterangi adalah hati sendiri. Yg perlu dijernihkan adalah fikiran gamat bising dan perasaan keruh sendiri. Semua yg timbul sebagai sakit berpunca dari dalam yg halus & ghaib, bukan dari luar yg kasar & fizikal. Yg perlu ditunding & di diagnos adalah pilihan kita berfikir dan beremosi, tanggapan2 & sangkaan2 halus, cakap2 dlm minda & bisikan2 hati yg tidak langsung dipantau oleh penyaksi yg sedar (kita).

Moga kita semua diberi kekuatan pd hari ini, sekarang & tiap sekarang, utk berdepan dengan ilusi bayangan diri sendiri yg fizikal itu. Moga kita dapat keberanian utk merenung dan menyuluh diri sendiri. Juga utk menatap fikiran dan emosi sendiri, menyaksi ego sendiri sejujur-jujurnya, agar dapat menembusi kekeruhan nafsu amarah, kesalan nafsu lawammah dan perang jahat-baik nafsu malhammah. Moga kita diberi kekuatan memohon maaf pada diri sendiri, memohon maaf pada tubuh sendiri,  pada fikiran & pada perasaan sendiri yg sering diabaikan dlm kegelapan minda rendah, hingga ditampar kesakitan. Moga kita sampai ke puncak Kamaliah. 

Sakit adalah jemputan dari Allah. Kesakitan adalah pintu masuk cahaya, kata Rumi. Rumi juga pesan bahawa penawar diri hanya boleh ditemui setelah kita melalui ujian sakit.  Kesakitan juga adalah gerbang awal utk pendakian rohani yg bertingkat-tingkat itu - dari kegelapan gelombang Beta ke diam Alpha ke khusyuk Theta ke kedamaian Delta ke mistikaliti Gamma & Lambda hingga ke kebenaran hakiki di gelombang Epsilon. Denai ke syurga bukan percuma. Laluannya penuh ujian yg menyakitkan. Yg paling susah ditanggal adalah pergantungan total kpd ilusi diri, kpd konsepsi diri yg palsu, kpd tubuh, harta dan segala yg dipinjamkan sementara.

Mari kita berdoa bersama2 agar Allah beri Petunjuk kpd kita dalam mendepani kesakitan, merawat dan memulih diri masing2, dalam mendaki ujian diri, utk sampai ke tingkatan yg Allah tetapkan utk kita.




SENI ITU DENAI PULIH
Mungkin gitulah sebenarnya yg dikatakan seni utk aku - denai penawar, pemulih dan penyembuh. 

Mungkin mulanya seni utk itu ini. Paling ketara menunggangi ego. Tapi 
seperti satu kitaran infinit, akhirnya yg diubati dan dimaafi sebenarnya adalah diri yg berkarya itu sendiri, diri yg mengamalkan seninya.  Semuanya senadi, dalam ekosistem belas yg meliputi segalanya.

Yang sakit dipinjam, yang sihat pun dipinjam. Hidup, kerana Dia, mati pun kerana Dia. Ada, kerana Dia, takda pun kerana Dia. Aku terima bulat hati, serah.






Saturday 20 January 2024

MAKE PEACE WITH OURSELVES



If we were hurt, heal ourselves. Then others may hopefully be healed too.

@amirahasnul

@delly.adeela

@aininahasnul ... and all the mias, ninas & dellys in my life (anak2 murid).

Its ok if we cant travel to Japan. Abah will bring it to @rumahtokcu. Well, at least its zen garden. Zen garden teaches us that its not just about knowing & having, its more about being. Beingness is about being in the now, 'sekarang', in the moment, physically, mentally, emotionally. All in harmony, vibrating and echoing in tune. You think and feel about the past and the future, now. There is only now. What we decide to be now, we will be in the future. So we have to decide wisely what we want to be. What we focus to be now, will grow. What do we want to be?

Beingness is not knowingness and havingness. Knowingness can make us arrogant and even insecure. Beingness makes us humble and submit to Greatness that cant be described.

As we engage in the act of filling in our life, in knowing & having something, we should also engage in emptying, in being nothing(ku, in Japanese). Always return to that empty nothing state. We do that 5 times a day. We say 'no' (La in Arabic) to all thots, feelings & forms, no to all things (nothingness state) in order to return & b in the embrace of The Most Loving & Compassionate.

But we can only be in nothingness state by excusing our presence & beingness from our thots & feelings (thots and feelings are something not nothing). If they still follow us, let them b, dont feed them, just bare witness. Stay in that nothingness, in the embrace of no beginning no ending, formlesness, timelesness. The door of beingness is silence. Silence brings peace. A house is a door towards silence (diam) and peace (aman) = kediaman. 

After our 'returns' to silence and peace, we can go back and pick up our thots & feelings to start becoming again, but with a refreshed and clear knowingness.

Thats what abah have learnt from spending hours & hours in such garden in Fukuoka, Kyoto, Yamaguchi, Osaka, Tokyo & off course recently Fuji. Sometimes I share through my artworks, because art is my way of moving towards silence and peace. 

Luv, Abah.

Friday 19 January 2024

MELUKIS CAHAYA

Salam semua. Hari ni kita belajar tentang melukis cahaya.

Kita adalah sebahagian dari fenomena cahaya.  Cahaya adalah tenaga. Kita menyerap (absorb) dan memancar (radiate) tenaga. Ini asas yg penting, walaupun mungkin ada pelukis yg tak sedar, atau sering terlupa tentangnya.

Menerusi karya seni, kita menyerap dan memancar tenaga menerusi warna, garisan, rupa, bentuk, jalinan dan kualiti terang gelap di atas ruang permukaan lukisan kita. Senang cakap, kita hantar dan terima tenaga, tiap detik sedar kita. Kita terlibat dgn transaksi tenaga dlm kehidupan seharian kita. Untuk transaksi ini, konsep untung dan ruginya tak sama dgn hukum untung-rugi dalam transaksi berasaskan benda atau produk semata-mata.

Ok, apa pula warna? Dari kecil kita sudah diajar mengenal dan menamakan warna, ikut bahasa ibunda kita. Tiap benda ada warna. Warna lekat pada benda. Warna itu tetap dan kekal. Betul ke?

Dari tafsiran dan deskripsi saintifik, warna sebenarnya adalah tenaga cahaya yg hadir dlm julat2 (ranges) frekuensi yg berbeza-beza. Selalunya kita panggil warna2 pelangi. Julat2 frekuensi yg kita panggil warna2 pelangi itu hanyalah sebahagian kecil dari 'emf' atau 'electro-magnetic field' yg melata. Terlalu luas medan elektro-magnet yg tidak boleh dicerap oleh mata kasar manusia. Yang boleh dilihat atau dicerap oleh mata kasar dipanggil 'visible light'. Yg kita boleh lihat itu tersangat kecil julatnya. Dimensi yg boleh dilihat oleh mata kasar kita, amat terhad. Ada byk lagi dimensi yg tak boleh dilihat. 

Kalau nak sambung, komen 'nak'. Kalau tak, saya berhenti di sini dulu. Ok, salam kasih dan belas utk semua.













 

RESONAN

 


Salah satu tugas yg diamanahkan kpd saya di @mgtfusm adalah melayan tetamu yg dtg. Bukan tetamu VIP saja, tetapi semua tetamu. Jika mereka dtg dalam kumpulan yg besar, dan jika saya rasa fit dan kuat, saya akan mengajak mereka mengalami resonan. Resonan adalah medan tenaga yg bersenadi dalam ritma, rentak, kadar, kelajuan, tempo dan frekuensi yang menyatu. Kebanyakan bentuk warisan muzik tradisi di wilayah Nusantara bertujuan untuk menyatu manusia dalam resonan tertentu. Ini dpt membina kestabilan hubungan sosial dlm masyarakat. Dlmnya juga terkandung nilai2 pelbagai bentuk ilmu. Contohnya ilmu bunyi, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu matematik, ilmu alam atau geografi, ilmu rekabentuk dll. Warisan ini tidak diturunkan dlm bentuk buku. Ia diturunkan dlm pelbagai bentuk muzik tradisi yg dialami secara mental, emosional dan fizikal (experiential & embodied knowledge). Menyatukan getaran minda, emosi dan fizikal manusia dalam resonan semakin sukar kerana kini kita di kelilingi oleh disonan, yakni kebisingan minda dan emosi yang tidak stabil dan tidak ada aturan. Bila kebisingan ini menjadi terlalu radikal, tepu dan keras, kita sukar untuk mengalami resonan. Antara kesannya adalah gangguan kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan, serangan panik, imsonia (tak boleh tidur), dsb. Ditambah pula dgn gaya pemakanan dan gaya hidup yg tidak resonan tapi penuh disonan. Lagilah kronik. Kecemerlangan insan, komuniti dan institusi hadir dlm persekitaran yg ada resonan. Bagaimana kita mahu membina dan memelihara persekitaran yg resonan ini? 


#gelanggangkosmologimgtf

Monday 15 January 2024

WRITING ART - ART WRITING












From the collection of Asia Art Archive

Writing for me, is a creative practice, naturally driven by a passion to share. Here are examples of my writings & featured artworks in local & international exhibition catalogues (Singapore, Australia, Japan), curated exhibitions & my curatorial essays in exhibition catalogues of fellow artists, my articles in periodicals, references & monographs.  I dont need to wait for a research grant or a call for conference paper to write. So please spare me from that pathetic take on academic culture, as if intelligence is only one dimensional - writing academic paper only for journals. Not that im against it, but please dont force that take on me, go main jauh2.

HYPErview

 Jom baca buku.






Saya mengkaji, membaca dan menulis berdasarkan projek2 kreatif yg saya alami, lalui dan praktis (amali). Amali adalah metod saya menguji teori. Amali juga memaklumkan teori. Serentak dgn itu, teori memandu amali. Kedua-dua berduet secara organik dan non-linear. Jika salah satu satu pincang, lagu sumbang. Saya mengkaji, membaca, menguji, berkarya, menulis bukan utk naik pangkat, bukan juga utk capai KPI berkiblatkan nombor dan penilaian kuantitatif tu. Teori persis peta bila memandu. Memandu tanpa peta seperti amali tanpa teori, amal tanpa ilmu. Ilmu pula berpaksi nilai & falsafah, bukan dokumentasi hal2 teknikal je. Amal tanpa ilmu, nilai dan falsafah spt tin2 kosong, bising je tapi takda manfaat.


Buku nipis ini berjudul "HYPEr-view" (1997). Ia cetakan-semula katalog Pameran Solo saya yg pertama di Pusat Kreatif, Balai Seni Lukis Negara setelah pulang dari menuntut di luar negara pd tahun 1994. Ia juga mengandungi esei tambahan yg ditulis sekitar 2010. Esei  ringkas tersebut merumuskan beberapa tema perbincangan yg menjadi asas kpd amalan pengkaryaan kreatif saya sejak lewat 1990an. 


Hasilan kerja kreatif saya mencapah dan merentasi bidang, tapi asas teorinya sama. 'Output'nya pelbagai dan tidak terikat. Ada dlm bentuk lukisan, catan, seni media,  penulisan dan gubahan lagu, persembahan nyanyian & penceritaan, rumah kayu guna bahan guna- semula, bengkel & persembahan ko-kreasi, rekabentuk komunikasi, rekabentuk kuratorial, galeri & teater. Gelanggang utk kerja2 kreatif saya tidak terhad pd galeri sahaja. 


Buku ini boleh dibeli di kedai buku Balai Seni Lukis Negara, juga di @mgtfusm atau dari saya sendiri.

SPICES - INTERACTIVE GALLERY FOR MEDICAL SCIENCES USM

PINTU RAHSIA

Pada diri kita sebagai manusia, terkandung rahsia yg sgt indah. Segalanya bergetar dlm rahsia. Tergantung pada 'penyaksian' dan 'sangkaan' kita. Mcm mana nak buka? Buka dgn apa? Apa kuncinya?




Terima kasih mantan VC USM, Dato Dr Rafiq, atas kepercayaan kpd seorang pelukis rock separa pencen spt saya utk menterjemahkan visi Pusat Pengajian Sains Perubatan USM menzahirkan sebuah galeri interaktif yg dpt dimanfaatkan oleh para penuntut sains perubatan dan publik. Ia adalah projek kolaborasi sainsseni yg paling dekat di hati saya. Saya mendepaninya sebagai seni instalasi yg 'experiential', 'immersive' dan komunal. Pertama kali saya berkerja dgn sekumpulan doktor yg ahli dlm perbagai bidang, khususnya patologi. Juga pakar teknologi pembelajaran dan interaktif, arkitek, jurutera dan komunikasi visual. Banyak yg saya belajar dari mereka. Alhamdulillah saya praktis serta guna hasil kajian sendiri tentang tradisi visual Nusantara dan kaitannya dgn fizik kuantum, matematik, geometri, wellbeing dan wellness. Saya dah meneroka kajian ni sejak saya menuntut di USA awal 90an. Projek ni pula bermula 2020. 3 tahun diambil utk siapkan, krn Covid. Akhirnya kini siap utk dikunjungi dan dimanfaatkan. Saya bersyukur krn Allah panjangkan umur utk menyaksikan ia berkembang dari konsep, lakaran kasar hingga siap. Jika anda berada di sekitar Kubang Kerian Kelantan, singgahlah. Utk publik, boleh booking lawatan di lama web SPICES : INTERACTIVE GALLERY FOR MEDICAL SCIENCES 















Most of the photos below show the central lecture space, which is my favorite space. I envisioned and designed it with so much 'heart' or love to the beauty of learning. It is based on the concept of 'mata hati' as explained by Al-Ghazali in his book "Misykatul Anwar" (niche of light). AlGhazali wrote about the use of our inner eyes to see beyond our senses. I used images of an iris on the base (earth), and a brain & its neurons on the top ceiling (sky/heaven). In between at the center is the teacher & learner - the heart/kalbu that is concealed, hidden, cant be seen. Central in a learning experience is the 'qalb' - the heart, the intrinsic intagible values such as love, compassion, grattitude, honesty, awe, etc. These are values so important and critical in sustaining a 'healthy' human and society. 

As I am also recovering from a stage 4 kidney cancer, such values are even central in my life now. My idea, thought, concept, belief and faith in the importance of these values are being tested in real life situation, not theoretical anymore.





To go SPICES - INTERACTIVE GALLERY FOR MEDICAL SCIENCES, click here

https://spices.kk.usm.my/index.php/teaching-learning/undergraduate-students
















DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...