Saturday 30 October 2021

PERISTIWA KUANTUM YG DIJUDULKAN NGALIR

 WORK KAMPUNG

Peristiwa kuantum yg dijudulkan "Ngalir". Karya dlm proses. Jgn tanya bila siap. Baru dipasang. Boleh dialami dari 4 Nov hingga 31 Disember. 4 PERSEPSI 2019 - selepas 30 tahun. Balai Seni Lukis Negara. @ National Art Gallery

Peristiwa kuantum yg dijudulkan "Ngalir"

Work in progress, 2019

Mixed-media & digital print on canvas & granite stones

#4Persepsi2019

#4Perceptions2019 @ 7 Tingkat Permai, 11700 Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia



















MENGADAP GURU

MENGADAP GURU

Hari ulangkaji yg merentas 30 tahun. Terasa baru semalam berada dlm kelas lukisan dia, dlm rumah dan meja komputer dia, juga studio dan storan dia, di dusun dia, di Langkawi ronda2 dgn dia. Kami juga membuat set utk dia Dan ya, memujuk dia menulis utk pameran berkumpulan kami. Masa itu berlipat-lipat. 

#4Persepsi2019

#4Perceptions2019 @ National Art Gallery













BAHTERA MERDEKA SELAT BAGAN NYIUR

 'BAHTERA MERDEKA' 

Seorang pelukis tersohor berkhutbah tentang alam & seni kontemporari... 

"Sunrise & sunset ni dah basi la, 'cliche'. Tak 'edgy', tak 'cutting edge', tak 'engaged', tak 'critical', takda isu2 yg panas utk diwacanakan dan di'spin', tak kontemporari langsung. Takyahla layan" 

Matahari pun jawab secara batin pada dia, walaupun tahi telinga pelukis tu dah tebal, 

"Sama la dgn nafas lu brader, naik & turun. Lagi basi dan 'cliche' giler. Cuba lu toksah layan. InsyaAllah lu meninggal."

Cut to: Kampung Selat Bagan Nyiur. 

"Di sini, kami mengadap subuh, israk dan mi'raj bersama terbit dan terbenam matahari. Kami melayan drama komuniti kerbau dalam spa semulajadinya. Kami menghirup udara bebas cemar karbon monoksid, boleh juga jadi penawar dada yang sakit dijangkit ketagihan nikotin dan segala cemar haloba diri.

Di sini, 'tanah' dan 'air' nya bersinergi - dengan semua mahkluk - dari yang mikro ke makro. Ayam, itik, anjing, kerbau, lembu, burung, ikan, angin, selut, pasir, laut, bukit, daun, semuanya menyediakan drama seni persembahan tanpa saka 'prasan'. Ia bebas dari aksi buat-buatan, bebas dari hunusan mata tajam dan latahan minda mereka yg terlebih fikirnya menutup zikir. Ia bebas dari kata2 dan tulisan yg berpelajaran tanpa didikan, berseni tanpa adab.

Semasa berkayuh di pinggir pantai dengan Nina, kami lagukan 'Bengawan Solo'.

Kemudian kami disapa angin laut dari pekan Kuah yang disampuk mewah :

"Duhai khalifah Allah, kami dan kamu adalah bersaudara dalam satu ikatan kuantum yang saling bertaut. Kita ni semua dah semakin tenat disakat haloba tak bersekat, hingga hilang berkat!! Cepat, dapatkan penawar dan obat, hadirkan barakat."

(Foto oleh @ujay_assaid )














Friday 29 October 2021

BAHTERA MERDEKA TANAH TOK TIMAH

Throwback 2020


Semalam aku ziarah tanah tumpah darah bonda. Aku bawa anak didik, Khabir. Tiba2, aku dengar suara nyaring Aisyah, menyanyi....

BAHTERA MERDEKA.

(cerita dlm kapsyen foto)




Ini TanahTokTimah yg subur. Tok Timah moyang aku, opah kpd bonda aku. Dia hadiahkan tanah ni kpd bonda (cucunya) dgn 'kasih sayang'. Geran asalnya, kalau tak salah aku, ada tercatat gitu.

Kalau nak layan kisah Tok Timah, klik sini
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/04/moyang-saya-tok-timah.html?m=1




Sedekah Alfatihah buat Tok Timah, Tok Taha (suami Tok Timah), Opah Rabeah.... itu pesan bonda aku, tiap kali ke sini.



Tanah itu amanah, maruah dan sejarah. Gitulah lebih kurang yg pernah dikhutbah. Sambil mencangkul, aku nampak 'investment, development, property, capital, real estate, profit margin,....' mcm2 la kepala aku yg gagal matematik SPM ni congak.



Sedang aku mencongak sambil tengok Khabir masukkan tanah, ada suara kecil bisik, "yo bro, diberi seluruh dunia pun, takkan dpt membeli sebidang syurga." Aku jawab, "lu diam la brader!"

Aku pijak2 tanah yg aku cilok tadi. Sedap woiii.



Sedang sedap layan 'foot massage' sampai kaki aku stim, dengar lagi suara kecil tadi, "aku yg junjung kamu, kita senafas senadi, sedarah sedaging". Aku jawab balik, "issshhh, lu tak reti diam ke brader?"


Ni tapak kaki aku, kesan aku pijak2 tanah tadi. Aku panggil, "big foot". Besor tak?


Aku letak nama aku. Dalam jawi tau. 

Bila tanah tu kering takda air, ia merekah pecah. Hancur, lerai. Sekali dengan nama aku yg dieja dgn jawi tu pun hancur.

Aku terdiam tanpa tunggu titah Raja.

Bila diam, aku dpt dengar lagu Bahtera Merdeka dinyanyikan dgn nyaring oleh Aisyah.

Bunda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra-putri sayang
Putra-putri sayang sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyingsing membawa harapan
Tanah semenanjung
Tanah semenanjung permata nilam
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji

Lagu & lirik oleh Kasim Masdor & S Sudarmaji






Monday 25 October 2021

TEMPAT LURUH PELUKIS

Ada tempat yg buat kita segan untuk berlagak sebagai 'pelukis', apatah lagi menyombong dgn ungkapan 'klise la setting2 sunset ni'. 

Untuk saya, tempat itu di sini. Bila di sini, saya terdiam. Semua kepura-puraan yg dipegang, luruh.

Jika dunia bising dgn suara org2 sakit bergasak lagak, saya pejam mata dan sampai ke sini. Jgn ikut saya.







































DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...