Saturday 30 October 2021

BAHTERA MERDEKA SELAT BAGAN NYIUR

 'BAHTERA MERDEKA' 

Seorang pelukis tersohor berkhutbah tentang alam & seni kontemporari... 

"Sunrise & sunset ni dah basi la, 'cliche'. Tak 'edgy', tak 'cutting edge', tak 'engaged', tak 'critical', takda isu2 yg panas utk diwacanakan dan di'spin', tak kontemporari langsung. Takyahla layan" 

Matahari pun jawab secara batin pada dia, walaupun tahi telinga pelukis tu dah tebal, 

"Sama la dgn nafas lu brader, naik & turun. Lagi basi dan 'cliche' giler. Cuba lu toksah layan. InsyaAllah lu meninggal."

Cut to: Kampung Selat Bagan Nyiur. 

"Di sini, kami mengadap subuh, israk dan mi'raj bersama terbit dan terbenam matahari. Kami melayan drama komuniti kerbau dalam spa semulajadinya. Kami menghirup udara bebas cemar karbon monoksid, boleh juga jadi penawar dada yang sakit dijangkit ketagihan nikotin dan segala cemar haloba diri.

Di sini, 'tanah' dan 'air' nya bersinergi - dengan semua mahkluk - dari yang mikro ke makro. Ayam, itik, anjing, kerbau, lembu, burung, ikan, angin, selut, pasir, laut, bukit, daun, semuanya menyediakan drama seni persembahan tanpa saka 'prasan'. Ia bebas dari aksi buat-buatan, bebas dari hunusan mata tajam dan latahan minda mereka yg terlebih fikirnya menutup zikir. Ia bebas dari kata2 dan tulisan yg berpelajaran tanpa didikan, berseni tanpa adab.

Semasa berkayuh di pinggir pantai dengan Nina, kami lagukan 'Bengawan Solo'.

Kemudian kami disapa angin laut dari pekan Kuah yang disampuk mewah :

"Duhai khalifah Allah, kami dan kamu adalah bersaudara dalam satu ikatan kuantum yang saling bertaut. Kita ni semua dah semakin tenat disakat haloba tak bersekat, hingga hilang berkat!! Cepat, dapatkan penawar dan obat, hadirkan barakat."

(Foto oleh @ujay_assaid )














No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...