Tuesday 18 August 2020

RUANG TERAPEUTIK YG MENANAM & MENYEBAR KESEJAHTERAAN.

 

Dua 'perkara' yg boleh dipertimbangkan 


Ok. Ni saya kongsi ya apa2 yg saya tahu, yg saya dah baca, dah diajar, dah dilalu, diuji. Saya kongsi secara spontan ya apa yg ingat. Mohon Allah bagi Petunjuk.


Kalau meleret saya mintak maafla ya. Mana yg baik tu, ambillah, yg merepek melalut tu biar hanyut je. 


Pertama, rekabentuk ruang itu mesti ambil maklum kesannya terhadap gelombang otak tetamu yg gunakan ruang itu. Ia mestilah mampu mendiamkan gelombang beta mereka yg bising. Ini termasuklah fikiran & terkait dgn rasa risau, gelisah, sedih, murung, takut, putus asa & segala fobia serta trauma masa lepas. Seterusnya, rekabentuk itu mestilah boleh mencetus gelombang alpha pd tetamu. Ini termasuklah fikiran yg terkait dgn rasa selamat, aman, tenang, damai, spt yg kita rasa bila kita dlm pelukan ibu semasa kita kecil bila kita takut. Kemudian, ia juga mestilah boleh mencetus gelombang theta yakni rasa khusyuk & asyik dlm sesuatu aktiviti positif yg berfokus. Ia mestilah juga membolehkan tetamu tidur dgn lena (gelombang delta) agar dpt rehat betul & bangun semula dgn rasa segar, bertenaga, bersemangat, ceria (gelombang gamma). Elemen2 rekabentuk spt garisan, rupa, nilai terang-gelap (ton), bentuk, jalinan atau kualiti permukaan, warna & ruang, semua itu boleh diolah ikut prinsip2 tertentu utk mempengaruhi gelombang otak tetamu ke arah yg sihat & sejahtera. 


Contoh2 solusi rekabentuk utk tujuan di atas adalah:


Gunakan warna sejuk & lembut (pastel) seperti warna biru, hijau & ungu. Gunakan garisan, rupa & bentuk yg organik & beralun lembut, betsifat feminin tanpa ada sudut2 atau bucu2 yg tajam. Letak permainan2 lembut (soft toys) berbentuk binatang2 yg comel2 yg boleh disentuh, digenggam, dipicit, dipeluk atau dijadikan bantal. Sediakan satu ruang dinding dgn permukaan yg boleh diconteng & dipadam. Letak beberapa permainan tradisi yg ringkas & 'stationalized' seperti batu seremban, congkak, dam aji, atau origami (seni melipat kertas), atau permainan uji minda. Letak sofa mudah alih yg boleh melunjurkan kaki, boleh berbaring. Sediakan minyak urut yg selamat dan berkesan serta tidak mempunyai bau yg kuat & tidak menyenangkan. Gunakan permukaan kalis air yg boleh dibasuh atau dilap dgn mudah utk semua perabot. Masukkan prinsip pasangan bertentangan tapi komplimentari (saling melengkapi) dlm rekebentuk. Sediakan sudut kecil terasing utk solat berdua & berzikir. Masukkan elemen alam semulajadi dlm rekabentuk, terutama yg merujuk kpd landskap di luar tingkap berkaca. Letak 'speakers' kecil di beberapa bahagian terlindung dan mainkan bunyi air mengalir dgn 'volume' yg rendah. Atau bunyi burung2 berkicau, atau kedua-duanya sekali. Letak penyegar udara berbau haruman bunga tropika tempatan. Sediakan 'pantry' kecil dgn beberapa minuman herba sihat yg boleh dibancuh sendiri. Sediakan cermin yg besar utk memberi kesan luas. Sediakan tempat utk bayi tidur. Jgn letak monitor tv, radio & komputer. Jika boleh, letak akuarium & pokok yg boleh hidup dlm bangunan. Letak beberapa peralatan/perkakasan senaman yg ringkas. Letak buku2 jenaka, buku2 tentang kasih-sayang & belas, buku2 yg mempunyai imej2 alam semulajadi yg cantik, buku yg mengandungi kata2 semangat, motivasi & nasihat. Jgn letak suratkhabar. Gunakan lampu putih yg kurang guna tenaga. Jika boleh, jgn guna penghawa dingin, gunakan kipas termasuk kipas2 kecil yg mudah alih, buka tingkap kaca, bagi udara luar masuk & keluar. Tutup telefon bimbit, guna mod 'silence'. Letakkan tabung derma utk badan2 yg berlesen & sah. 


Kedua, rekabentuk itu mestilah boleh membantu kelenjar2 dlm badan tetamu merenjiskan 4 hormon sihat - d.o.s.e.  Apa bendanya tu? 


Dopamine:

Badan kita renjiskan bila kita berjaya menyelesaikan sesuatu kerja, bila dihargai, bila rasa berjaya mencapai sesuatu, atau melepasi sesuatu cabaran. Ruang yg menyediakan alat2 permainan tradisi yg ringkas spt permainan tradisi batu seremban boleh bantu bandan merenjis hormon ini. Begitu juga permainan uji minda. 


Endorphins:

Badan kita renjiskan hormon ini bila kita eksersais, melakukan riadah fizikal, berkembara, berjenaka & ketawa. Ruang yang menyediakan buku jenaka contohnya boleh bantu badan kita renjiskan endorphins. 


Serotonin:

Badan kita renjiskan bila kita buat amalan baik dan tolong org lain dgn ikhlas tanpa harap balasan, terutama ibu-bapa, adik-beradik, saudara mara, jiran & rakan terdekat. Ruang yg membolehkan tetamu berderma adalah satu contoh yg boleh bantu badan kita renjis serotonin. 


Oxytocin:

Direnjis bila kita merasa kasih sayang & belas, bila kita memeluk dan mencium org atau apa jua yg kita sayangi, terutama antara  ibu-bapa dgn anak2. Berjabat tangan dgn penuh mesra juga boleh merenjiskan oxytocin. Ruang yg mempunyai elemen pertautan, hubungan, kasih & belas, boleh bantu badan renjiskan oxytocin. 


Sekian, dua perkara yg boleh kita pertimbangkan utk merekabentuk ruang terapeutik yg boleh bantu mensejahterakan hidup kita. 


Sebarkanlah salam kesejahteraan utk semua. 






DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...