Showing posts with label Bapak. Show all posts
Showing posts with label Bapak. Show all posts

Saturday, 27 June 2015

KENAPA BAPAK SAYA OSEM.

Memetik dari blog terdahulu, ketika arwah masih bernafas,

"Bapak sokong minat saya walaupun tidak secara langsung. Semasa dalam darjah enam, dia bawa saya pergi ke kedai sahabat tauke Cina dia yang dipanggil 'Jin".

"Oiiiii Jin, cat minyak ni bagi murah sikit, anak aku nak melukis."

Waktu itu, saya lebih tertarik pada amoi anak tauke tu dari cat minyak jenama Marries Oil Colour yang diimpot dari China. Ada masanya dia bawa balik papan siling dari kontraktor Cina (yang dibuat dari abuk dan serpih kayu) untuk saya berkarya. Semasa Kak Jo dan Hj Osman upah saya melukis karya pemandangan cat minyak (pada kedua-dua belah permukaan) dengan gaya romantisme ala-Indonesia, dia sibuk congak modal dan bayaran upahnya.......semua sekali 121.00 ringgit. Saya masih dalam darjah enam, mana tahu pasal 'budget' dan 'profit margin' lagi. Hanya tahu nak melukis saja.

Hero ini faham anaknya suka melukis. Dia tak melarang, atau mematahkan. Paling kuat pun nasihat dan pesan, jangan dipuja apa jua yang kita buat.

Bapak adalah kekuatan saya ketika itu.




Tapi itu dulu, waktu dia masih muda dan gagah, dan saya baru mengenal hidup.

Kini, saya dah jadi Pengarah, Profesor Madya, mengajar di universiti APEX. Wah.....patutnya naik merak, takbur dan banggalah ya. Tapi bila balik Raya, semua yang saya kejar dan dapat itu jadi tidak penting bila melihat Bapak, hero saya."

Monday, 22 June 2015

TAJWID MESTI MAU JAGA

Dulu semasa kecil, saya paling tensen bila bapak ajar baca Quran dan amat bosan dengar pesanan 'tajwid mesti mau jaga', mungkin kerana saya lebih seronok melayan seni lagunya. Kini, tiap kali baca ayat2 dari Quran, saya amat mengerti dgn alami, mengapa perlu dijaga tajwid dalam bacaan. Bapak saya osem.


Sunday, 21 June 2015

HIDUP BERBAKTI

Dulu semasa masih kecil, bila kawan tanya, "tu sekolah apa?", saya jawab dgn sombong, "tu la sekolah BAPAK aku!". 

Sekarang, bila balik kampung, lalu depan pagar sekolah ni, saya cakap dlm hati, "tu la cogan BAPAK aku, .....'hidup berbakti'. Sebab tu bapak aku  osem."


RAHSIA SEBALIK 1 DAN 0 (BINARI MEDIA DIGITAL)

  Tiap hari guna media sosial, tapi apa sebenarnya 'media'? Ini prelud kpd sesi perbualan dgn Roopesh Sitharan di Galeri Ilham KL, 4...