Monday, 8 January 2024

BEBAS GELARAN & KECAIRAN

 









Beberapa bulan lepas, Ishak, Hamidi, Daud dan Isarezal datang jauh dari Sri Iskandar ke @rumahtokcu utk ziarah saya. Saya rasa terharu dan sgt menghargai ziarah mereka. Saya tanya Ishak, "kau amal (uji) tak apa yg kau ajar? Kalau tak, kau munafik!" . Saya tak tau kenapa itu yg keluar dari mulut saya, terutama pd pensyarah muda yg ada Phd dan gelaran Dr. Mungkin itu projeksi ketakutan saya sendiri menjadi munafik dlm mengajar. Memang nadanya keras, tapi saya takkan menipu perasaan saya depan mereka yg saya hormati dan hargai. Ishak letak sergahan saya itu dlm esei dia utk pameran para pensyarah UiTM cawangan Sri Iskandar, Perak. Dia tulis tentang dikotomi atau dualiti antara akademik dan praktis. Dia memberi reaksi terhadap isu yg disembangkan di @rumahtokcu itu menerusi penulisan. Alhamdulillah. Saya pergi ke pameran itu di Segaris baru2 ini.

Beberapa hari lepas, Ishak, Hamidi, Daud dan Isarezal dtg lagi dari jauh jumpa saya, tapi kali utk alami H3RO : PULANG di @ap.artgallery . Hamidi dan Daud antara bekas pelajar saya di UiTM Shah Alam yg awal ketika zaman saya panas, baru pulang ke Malaysia, bergelar pensyarah. Saya mengajar mereka seni lukisan dan catan. Mereka antara pelajar yg rajin, tekun, tinggi kemahiran, berbudi pekerti dan menghormati guru, walaupun saya rock waktu tu. Saya amat2 bangga dgn pencapaian mereka sbg pensyarah dan pengkarya, masing2 amat prolifik berkarya, disamping menjadi suami dan bapa yg baik. Isarezal pula antara pelukis yg saya minati karya2nya. Saya bersyukur krn Allah berikan rezki utk saya kongsikan karya H3RO yg sgt dekat di hati saya bersama mereka. Saya berharap, mereka mengalami sesuatu yg merentasi soal dikotomi akademik & praktis spt yg ditulis oleh Ishak. Ada sesuatu yg lebih halus, dekat dan cair yg mendasari kerja kita, baik akademik mahupun praktis seni. Dan ia tidak memerlukan gelaran dr., profesor, pelukis, pensyarah atau ahli akademik. Kecairan ini tidak memerlukan KPI, ROI dan segala mcm penilaian bersuku, sukat, sakat utk naik pangkat serta meninggi darjat.

Terima kasih byk2, 

@ishak.ramli_cetak.studio @daudrahim_coretstudio @sarangrupa_hamidihadi @issarezal

Sunday, 7 January 2024

THE PATH






THE PATH

Whatever talent, skill, knowledge, expertise, experience that one has been bestowed upon, are borrowed. Yet, they are also gifts, meant to form one's life pathway. Our shared role is to be and uphold peace, in using our talent, skill, knowledge, expertise and experience. The pathway is a test, a trust. And in many ways, our inner and outer 'jihad' as the custodians of peace. May our hearts be Guided and Embraced by Infinite Love & Compassion. This is the essence of "In the Precious Garden" (ITPG). 


DENAI

Apa jua bakat, kemahiran, pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yg telah dikurniakan kepada seseorang, adalah pinjaman. Namun, ia juga anugerah, bertujuan untuk membentuk denai hidup seseorang. Peranan-bersama kita adalah untuk menjadi aman-sejahtera dan menjunjung keamanan serta kesejahteraan, dengan menggunakan bakat, kemahiran, kepakaran dan pengalaman yg dipinjam. Denai ini adalah ujian, juga amanah. Dan dalam banyak cara, jihad dalaman serta luaran kita sebagai penjaga amanah keamanan. Moga hati kita diberi petunjuk dan didakap Kasih dan Belas Infinit. Inilah intipati "Dalam Taman Kudus". 

@nationalgallerysingapore

TRUE HOME IS PEACE

 







When we think, we spark (electrical). When we feel, we vibrate (magnetic). We have patterns of discharge and patterns of vibration. We are electro-magnetic beings. Our minds and feelings are inter-connected, in a quantum sense. What we choose to think and feel a lot, we become, individually, collectively. What, who and where do we want to be?

May we be in peace, regardless of what, who and where we are, whatever circumstances. May we play our roles and duties as the custodians of peace, now and every now. Our true home is peace.

(Spices - Interactive Gallery for Medical Sciences, USM Kubang Kerian campus in Kelantan, is open to public every Thursday. For booking, go to  

https://spices.kk.usm.my/index.php/teaching-learning/undergraduate-students

Saturday, 6 January 2024

SAKIT ITU PANGGILAN PULANG




SAKIT ITU PANGGILAN PULANG
Satu Renungan Meniti Denai Pulih

Maha Kasih & Belas punca cahaya
Cahaya punca sedar
Sedar punca minda & perasaan
Minda & perasaan punca masa
Masa punca ruang
Ruang punca jasad
Jasad punca alami benda
Alami benda punca kebergantungan total
Kebergantungan total punca identifikasi palsu (ego)
Identifikasi palsu (ego) punca hijab
Hijab punca lupa
Lupa punca toksid
Toksid punca sakit
Sakit punca pulang

Sakit pulang ke toksid
Toksid pulang ke lupa
Lupa pulang ke hijab
Hijab pulang ke identifikasi palsu (ego)
Identifikasi palsu (ego) pulang ke kebergantungan total
Kebergantungan total pulang ke benda
Benda pulang ke jasad
Jasad pulang ke ruang
Ruang pulang ke masa
Masa pulang ke minda dan perasaan
Minda dan perasaan pulang ke sedar
Sedar pulang ke cahaya
Cahaya pulang ke Maha Kasih & Belas

Pulang untuk mati. Mati untuk kenal hidup. Hidup untuk kenal mati. Pasangan dalam satu pelukan Kasih & Belas. Kerinduan kpd pelukan Kasih & Belas itu panggilan untuk pulang kepada Ketunggalan Infinit. Fikir cair jadi zikir.  Bayang lupus dalam cahaya. Situ rumah asal. Situ punca pulih. 

Kebunjiwahalus
Jun 2023.

Klik di sini

Friday, 5 January 2024

JUNJUNG LANGIT

Click here to watch the video

https://youtu.be/DyxRo-paHYg?si=unpP2vT84eGtg4zc



JUNJUNG LANGIT will be an immersive, experiential & meditative installation space specifically-designed for a semi-traditional house called Pok Rafeah in Langkawi. It will be a part of Langkawi Immersive Art Festival, Februari 2024, insyaAllah. The idea is based on an inner journey towards silence and peace. It is inspired by a Malay word for a house ‘kediaman’ which is a short for ‘ke arah diam dan aman’.  ‘Junjung Langit’ refers to the Nusantara's cosmology of sustainability, focusing on the elevation of human experiences from form-based - body or 'rumah kasar/zahir and finiteness, to formlessness - spirituality or 'rumah halus/batin' and infinity. The phrase 'junjung langit' is based on the 'bumi sama dipijak, langit sama dijunjung' which relates to humans as the custodians of Nature, mediating between heaven and earth, the zahir - seen, form, physical and batin - unseen, formlesness, spiritual.

JUNJUNG LANGIT is a creative collaboration between @hasnuljsaidon with Afzanizam M Ali @afza.nizam, Anderson Ee @anderson.ee.1, Muhd Husni @dijpn, Yazdi Yaacob, Bumi Seni @bumi.seni & @mgtfusm

JUNJUNG LANGIT will be a recent addition to an on-going exploration called #senafassenadi #senadirumahtokcu . Go to @rumahtokcu , @rumahtokmah  @lamantokmah and Hasnul Saidon Youtube Channel for further insights on the exploration.

Wednesday, 3 January 2024

A DARK PLACE, & LIGHT.


To those who's hearts were called to @ap.artgallery on the nights of 20 & 21 October, I send my doa. 

That u will be able to stay calm despite whatever challenges life is throwing at you. That you may stay in peace, love & compassion, to unveil your own light, whenever u have to face darkness within. Those two nights were meant to be, all of you were meant to b there with me to experience what I hope, a special moment. Every word, visual, song, music, sound, smell was meant to manifest as it was. Alhamdulillah.

Tq @rozanasbatik for your undying love & persistent bickering, your caring advice, your healing touch, your stubbornness & persistence in making sure that I stay in this healing pathway. To @delly.adeela @amirahasnul & @aininahasnul my beautiful princesses for being my light upon light, especially during darkness. Tq to @anderson.ee.1 for your trust, creative insights, crude-show-no-pitty authentic support, your iron-man urut & constant reminder for me to drink lots of water. Tq to @nazura_rahime & @fauzeenasir for the honor to share my collab work, to your wonderful team at @ap.artgallery , and to @afza.nizam and his technical team from @mgtfusm who have always been by my side in so many occassions. 

I am blessed. I am so grateful. I am healed. I am breathing and alive.

For video experience, click here

https://youtu.be/UpgQuMXwGog?si=TXzTzaVr4PJBYFVM


SETIAP SEKARANG

 



Terima kasih brader Masnor Ramli

JANGAN BACA KALAU TAKNAK BANGUN


Masa dan ruang tidak wujud di 'luar' atau 'keliling' kita. Yg kita kata realiti fizikal itu, adalah tanggapan minda. Kita pula, bukan berada dalam masa dan ruang. Sebaliknya, masa dan ruang berada dalam minda kita, terzahir dari dan menerusi kesedaran minda kita. 

Kesedaran minda membolehkan kita mengalami masa dan ruang, yg kita tanggap sebagai pengalaman benda atau realiti fizikal. Ini termasuklah tubuh badan kita. Masa dan ruang adalah hasil interpretasi minda kita terhadap isyarat2 elektrik yg dihantar ke otak kita menerusi rangkaian saraf dan nadi oleh 5 pancaindera kita.Interpretasi minda kita bergantung kpd kualiti dan julat gelombang otak kita, dari beta yg rendah, ke alpha, theta, delta dan seterusnya gelombang2 tinggi. Julat gelombang ini pula bergantung kpd perasaan yg kita pilih utk rasa. Gelombang tinggi dan halus contohnya tenang, syukur, redha, yakin, sabar, percaya, cinta, kasih, belas. Gelombang rendah dan kasar contohnya kecoh, kacau, tak syukur nikmat, tak pernah cukup, memarahi takdir, was-was, syak wasangka, buruk sangka, marah, benci, apathy. 

Yg kita kata benda atau material itu, sebenarnya bukanlah mutlak atau hakikat sebenar. Ia ilusi. Ia pinjaman. Ia ujian. Ia tugasan. Ia amanah yg perlu dilalui. Ia bukan pemilikan mutlak. Malah, badan kita, fikiran, perasaan, kepandaian, bakat, nyawa sekalipun....ilusi yg dipinjamkan. Termasuklah masa dan ruang, pinjam.

Cuba tanya, apa dan siapakah sebenarnya yg 'sedar' atau 'bangun' dari ilusi mimpi material ini? Siapa yg jadi 'saksi kpd perlakuan minda dan perasaan' seorang yg dipanggil 'aku' ni?

Cubalah jadi saksi kpd apa 'yg aku sedang fikir dan aku sedang rasa', 'sekarang'. Apa yg aku alami ini. Bolehkah kita membebaskan dari menjadi hamba yg bergantung total kpd jasad dan benda material, juga segala kekusutan fikir, juga amokan perasaan kita sendiri? Merdekakah kita sebenarnya, dari bayangan kesesatan fikir dan kekeliruan perasaan yg sebenarnya menghijab? 

Jika tak faham atau pening, takpa, jgn rasa kecewa atau marah, takyah triggered. Bila diingat atau kena kejut utk bangun dari tidur, biasanya memangla mamai. Lagipun, dah tulis, jangan baca. 

Saya pun mamai juga.


Klik sini utk video Demi Masa

https://youtu.be/cilbnS7V2h4?si=bUZwdQ648YJlthtS




Tuesday, 2 January 2024

SENI TAK PENTING DALAM PEM'BANGUN"AN NEGARA?

Kita bukan saja menjadi saksi kpd perang fizikal. Kita sedang berdepan dgn perang saraf, perang naratif dan perang wacana. Senjatanya halus.  Medannya juga halus, khususnya medan kesedaran atau 'consciousness'. Jajahan takluknya adalah pemikiran dan perasaan manusia sejagat. Taruhannya adalah iman/kepercayaan/keyakinan/tauhid. Jika sudah ditakluk, manusia sejagat akan menjadi zombi atau hamba kpd satu sistem pengawalan kesedaran yg totalitarian. Manusia hidup dalam keadaan tak sedar, tidak dibangun. Sistem ini kerjanya menghalang jiwa manusia dari bangun dan sedar. Pemikiran dan perasaan mereka yg tak sedar, hanya berkiblatkan benda dan segala hal2 yg boleh disukat dan dilumba-lumbakan. Mereka sibuk berlaga dan bergasak sesama sendiri dlm sistem ini. Sukar utk dikejut atau dibangun, kecuali dgn kejutan yg menampar jiwa. 

Perang ini menuntut kekuatan ilmu fardhu ain. Kekuatan ini pula perlu dilengkapi penguasaan dalam pelbagai jenis fardhu kifayah yg merentas byk bidang terutamanya bidang2 kemanusiaan, seni, budaya dan warisan. Perang halus, menuntut kepintaran dan kearifan dalam hal2 yg halus.

Tolonglah jgn pinggirkan bidang2 yg meneroka sisi halus ini - seni, budaya, warisan. Bidang2 ini meneroka sisi rasa dan intuisi, sisi nilai2 spt kasih-sayang, belas kasihan, kesyukuran, kejujuran. Bidang2 ini membentuk budi.

Jika bersungguh mahu berjihad, kubunya ilmu fardhu ain. Tapi perlu dilengkapi penguasaan dlm pelbagai bidang, merentas sains dan seni. Benteng terakhir adalah kepercayaan dan keyakinan yg teguh pd Tuhan. Jika itu teguh, tidak ada apa2 yg boleh diruntuhkan. Jika tiada, apa jua ilmu fardhu kifayah yg ada, akan bawa keruntuhan. Moga kita diberi Perlindungan, Petunjuk dan Hidayah sepanjang berdepan dgn perang yg halus ini.


Klik ke video

https://youtu.be/kuklQo5pzUE?si=nNSxMbWTL8zM0mtx


REMEDI UNTUK SEMUA

Klik sini utk alami lagu dan lirik "Remedi Untuk Emmeline"

https://youtu.be/zFx-4r9seu4?si=uUX6Xue07auXEMfg





REMEDI UTK SEMUA 

Duhai puteri ku @aininahasnul 

Suara dan lagu mu adalah remedi untuk aku, seorang ayah yg sgt2 bersyukur. Ia seperti menerima pelukan dari seorang anak yg memujuk dan mendoakan ayahnya. Moga Allah terus melindungi mu dan semua yg mendoakan kesihatan aku, dalam Kasih & Belas tak bertepi. 

Dunia yg dingin, pilu dan luka hari ini amat memerlukan remedi. 

Terima kasih buat Aziem Rashidi @aziem_rashidi , Megat Fazli @megatfazly dan barisan penulis2 lirik, pemuzik dan team rakaman atas naskah lagu yg amat menyembuh ini, "Remedi untuk Emmaline"

Buat semua yg sedang berdepan dgn kesakitan (fizikal, mental, emosi), moga Allah kurnia remedi atau penawar utk anda. Kita boleh saja menjadi remedi utk satu sama lain, jika kita mahu, dgn izin Allah. Jika tak cepat pun, tetap 'sembuh perlahan dengan ku'. 

I am.....

We are.....

Whatever we chose to put after these 2 phrases, our brain will tell all the cells in our bodies to obey, follow through and be. The Universe will conspire to turn it into physical reality. Upon constant repetition, focus with intention & attention, that 'I am' & 'we are' that we have chosen to repeat, will manifest physically. Its not just auto suggestion, its doa. Yes, doa. Affirmation. It has been argued that our mental-emotional state is more powerful than the so-called objective measurable reality. Our mental-emotional state dictates our physical experience, including our body. 

During one very dark moment in a hospital after my diagnos, I took a slow deep breath with a deep sense of grattitude in my heart for all the blessings in my life, hold my breath while feeling totally healthy, happy and a deep sense love to these 4 beautiful women, exhaled while seeing in my mind myself enjoying precious time with them. I told myself to be what I want my script to be. I felt a sense of relief. Alhamdulillah.

Then, everytime my mind goes into negative overthinking mode, creating worse case scenario to be followed by sadness, depression & anxiety in my heart, I will stop that by taking a deep breath & 'be' what I wanna be by using the phrase I am. 

I am healthy. I am healed, fully cured. I am happy. I am thankful. I am full of love, spilling those abundant love to my wife, daughters, the world. Then I proclaim, 'We are healthy, happy, thankful, full of love, spilling those wherever we go. 

Yesterday, we were. Now, we are what we chose to be, in our hearts. May Allah grant us syifa, remedy for whatever 'sickness' we are facing.

(Click here for live version of Nina singing the song)

https://youtu.be/bzpxd0VCj38?si=80pxsKQOkCLbEnwH


(Click here for my personal video interpretation of the song)

https://youtube.com/shorts/zepC6pHbiyg?feature=shared




ARUS

Duhai

ARUS

yg mengalir dalam darah dan nadi manusia....

berdenyut dengan arus aliran tenaga kosmik

dalam tarian medan elektro-magnetik

dari sekecil partikel sub-atomik

hingga ke putaran bumi di atas paksinya

putaran bumi mengelilingi matahari

putaran bulan mengelilingi bumi

putaran planet hingga ke galaksi

Patuh pada hukum alam


Daya graviti dan daya elektro-magnet

memacu arus aliran udara,

arus aliran laut, 

arus aliran sungai,

dalam kesatuan hidrologi kitaran air yang fitrah

taat melukis rupa bumi

mahakarya alam yang menakjubkan


Arus aliran ini terjalin dengan arus tenaga yang mengalir dalam darah manusia

Persis arus fikiran dan perasaan seorang pelukis

yang melukis rupa atas muka kanvas. 


Arus fikir dan arus perasaan manusia sejagat hari ini mengalir dan menghasilkan tarian medan elektro-magnet yg bagaimana?


https://youtu.be/-0uyBVotnOs?si=5vAnErIYzAP-PAJH

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...