Wednesday 1 December 2021

MEMERI HATI DALAM MELUKIS....











Ada bermacam cara utk memeri atau menghaluskan hati. Antaranya, melukis.

Apa faedahnya?

Memeri hati melalui melukis dpt membantu mendepani tekanan & gangguan penyakit. Ia juga boleh mengurangkan kerisauan dan serangan kemurungan. Memeri hati melalui melukis boleh meningkatkan kemampuan utk bertenang, melaraskan tekanan darah & degupan jantung, menambah keghairahan utk menempuh hidup & membina keyakinan terhadap diri sendiri. Memeri hati melalui melukis mengubah frekuensi gelombang otak. Ringkasnya, ia membantu kesihatan mental & fizikal. Ini jauh lebih baik dari mengambil ubat-ubatan atau dadah.

"Studies funded by the National Institute of Health (NIH) in the United States have found links between mindfulness meditation and measurable changes in the brain regions involved in memory, learning and emotion, as well that mindfulness practices may reduce anxiety and hostility among urban youth and lead to reduced stress, fewer fights and better relationships."

Memeri hati dalam melukis bermaksud memberi perihatian kpd momen sekarang ketika melukis. Pada masa yg sama, si pelukis memerihati minda sendiri - fikiran & perasaannya, terutama bagaimana kedua-duanya memberi reaksi kpd situasi. Dalam momen itu, fikiran & perasaan diperihati tanpa sebarang prejudis, penilaian & penghakiman.

Memeri hati melalui lukisan, boleh bantu kita menyedari tentang corak reaksi negatif terhadap sesuatu situasi, yg membawa kpd tingkahlaku yg tidak sihat. Kesan dari kesedaran baru ini adalah begini - bahawa reaksi terhadap sesuatu situasi itu tidak lagi bersifat reaktif, tetapi bersifat pilihan. Ini memperkasa kita utk memilih & bertindak, bukan menjadi mangsa reaksi emosi terhadap situasi. Ia dapat mengelakkan kita dari dilemas oleh situasi atau menjadi 'mangsa keadaan'.

'Lemas' mental boleh beri kesan kpd tubuh badan dari segi fisiologi, dari segi jangka panjang.

Kesedaran baru yg timbul dari memeri hati melalui melukis dpt melatih kita menukar reaksi negatif kpd transformatif, yakni menghijrahkan diri ke arah yg lebih baik, setiap masa.

Aku & isteri aku Rozana Mohamed melukis tanda2 yg kami lalui secara alami; yg kami puji, kagumi, kasihi, syukuri, rindui. Kami melukis tanda2 yg menenang, membersih, menjernih, memulih, menyembuh, menyegar-semula, memberi kami tenaga. Kami melukis tanda2 pertautan dgn seluruh umat manusia, dgn alam semulajadi, dgn tanah-air, dgn bumi, dgn seluruh alam, dari sekecil partikel sub-atom, hingga sebesar-besar galaksi. Kami melukis tahmid & tasbih yg tak henti meratibkan hukum alam.

Apa yg dilukis, ditarik dlm hidup. Jom cuba, melukis. Mulakan dgn diam.

#senafassenadi @rumahtokcu

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...