Monday 8 November 2021

KEPALA BATU - TENTANG BUMI & BETAPA BUTANYA KITA

 Melukis boleh jadi....

PENAWAR KERAS HATI & KEPALA


Alam teramat luas. Namun hanya satu zon teramat kecil sj yg boleh menampung hayat.


bUMI. Satu2nya keDIAMan manusia. Dalam skala alam semesta, manusia lebih kecil dari debu. 

bUMI adalah satu-satunya zon habitat hayat (habitable zone). Tiada zon sebegini di ceruk2 semesta yg dpt diintai teknologi angkasa tercanggih setakat ini. 

bUMI taat berputar & bergerak. Ia tunduk pada fitrah pada Hukum Alam atau 'Law of Nature'. Sistemnya dinamik. Dipanggil sistem hidrologi. Hayat atmosfera & hidrosferanya dipacu kitaran/pusingan/pusaran AIR atau nama canggihnya H2O.

Kitaran air tunduk bertawaf ikut fitrah. Dlm Quran disebut di 24:45, air antara unsur asal kejadian. Kalau salah, tolong betulkan. 

Struktur atom air berbentuk tetrahedron yg simetri & cantik. Air kerjanya melukis dan mengukir rupa bumi. Arusnya berus.

Bersama dgn tekanan udara, angin dan suhu, air mengukir dan melukis dgn tekun, memakan masa berjuta-juta tahun utk menghasilkan mahakarya yg hari ini kita panggil landskap. Mahakarya agung yg berjuta-juta tahun usianya inilah yg sering mahu diubah oleh manusia keras hati yg angkuh. 

70% bumi diliputi air. Begitu juga dgn badan manusia. Yg diukir dan dilukis adalah dasar laut dan muka benua. Untuk benua, air mengukir & melukis gunung, bukit, lurah, sungai, padang rumput, padang pasir, glasier. Nadi bumi adalah sistem sungai, seperti juga nadi jasad manusia itu sistem salur darah & sistem sarafnya. Jika sistem hidrologi bumi tidak diganggu manusia yg haloba, ia sihat. Alunan, ritma, rentak, corak & jalinannya terus bertasbih. Jika sistem itu diganggu, diracun, dicemar, ditoksid, samalah spt meracun sistem darah diri sendiri. Itu membunuh diri. 

Semuanya hanya mampu ditiru dgn tunduk & malu oleh sang pelukis. Aku, yg narsistik & egoistik, menjaja gelaran seniman sebagai identifikasi palsu yg cuba dipakai hingga menjadi penjara diri. Ramai yg terpasung kaku menjadi batu patung cendana kerana mengejar dan dikejar nama sbg seniman. Ramai juga yg jadi keras kepala, dan tak kurang yg keras hati. Yg aku ini tahu, walau segan nak mengaku. Tapi yg keras & panas pun boleh dilentur bentuknya oleh arus air yg lembut. 

Pada seketul batu kaku, baik jenis igneous, sedimentary atau metamorphic, tersurat & tersirat sejarah bumi yg 5 lapis itu. Ada yg berusia hingga 3.8 bilion tahun. Batu antara makhluk tertua di muka bumi. Takyahlah menyombong bila berjalan di atasnya. 

Antara puncak Everest yg setinggi 8.8477km itu, dengan lurah dasar laut sedalam 11km itu, ada selapis ruang. Situlah habitat kita. Dipanggil sfera hayat atau biosphere. Jika bumi dilukis atas kertas bersaiz A4, ketebalan habitat ini spt tebal kertas itu sj. Nipis. Jagalah elok2 utk diwarisi generasi mendatang. 

Jarak sfera hayat atau biosphere ini cuma dari 200m bawah laut ke 6000m atas laut. Kita diamanahkan dgn habitat ini, dgn ihsan atau 'belas' Tuhan. Pertautan kita dgn amanah ini bukanlah fizikal semata2. Pertautan kita kuantum & spiritual. Wacana ekologi sezaman pun sudah memperakui kepentingan 'ekologi spiritual' dlm menjaga amanah ini. Rekabentuk tradisi tampak dari pelbagai daerah di dunia, termasuk dari susur tradisi Melayu-islam-nusantara, terisi dgn pesan2 utk menjaga amanah ini.

Kita ialah penjaga habitat ini. Kot2la, lupa kerana kepala dan hati sudah keras mcm simen konkrit. 

Aku melukis agar tidak lupa, juga utk lembutkan hati serta keras kepala. 

Sekian.































No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...