Thursday 2 December 2021

MELUKIS ITU 'TUNE IN' (MENALA GETARAN) : JALINAN, KETERJALINAN & KADAR-BANDING.

Antara tanda2 yg dibaca bila melukis adalah corak atau jalinan dan kadar-banding. Alam ini penuh dgn corak atau jalinan dan kadar-banding yg diCipta sbg tanda2 (ayat2) utk dibaca, baik secara artistik mahupun saintifik. Hukum Alam telah menetapkan segalanya bergetar ikut corak & kadar yg telah ditentukan. Semua taat & patuh pd Hukum ini.

Manusia bagaimana?

Apakah yg boleh kita baca dari corak mahupun jalinan pd alam? Apa yg kita temui dari pemeri-hatian terhadap corak2 & kadarbanding alamiah ini? Apa yg kira rasai bila melukisnya?

Apabila sang pelukis taat & patuh terhadap Hukum Alam, akan timbul rasa keterjalinan dlm Kesatuan Kehebatan Ciptaan yg Maha Luas. Kesannya adalah rasa 'tunduk' dan 'menyerah'.

Segalanya adalah gelombang tenaga yg saling-terjalin dlm tarian kosmik yg maha luas. Gelombang tenaga mengandungi julat frekuensi.

Frekuensi bukanlah tempat fizikal. Tolonglah maklum.

Frekuensi adalah fenomena getaran. Dalam paradigma frekuensi, kita tidak pergi ke satu tempat fizikal seperti pergi melancong.

Sebaliknya, kita 'tune in' (menala) getaran utk masuk ke dlm sesuatu frekuensi gelombang yg kita pilih. Kita boleh 'mengembara' ke merata dimensi alam yg luas menerusi kaedah 'tune in' atau menala getaran. Melukis adalah salah satu cara utk 'tune in' atau menala getaran.

Soalnya, kita ingin 'tune in' ke 'channel' atau rangkaian apa bila melukis?

Tolonglah pilih utk tunduk & berserah dlm frekuensi atau pelukan Kasih & Belas, Rahman & Rahim.

(Lakaran & nota dlm jurnal yg telah dipamer dlm Pameran #4Persepsi2019. Buka baca dgn Nama Tuhan, niat & salawat)

#senafassenadi #InapIlmu #kuantumnusantara @rumahtokcu #RumahTokCu





















No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...