Wednesday, 29 October 2025

DALAM LUKISAN ADA CERITA

DALAM LUKISAN ADA CERITA. DALAM CERITA ADA NILAI. DALAM NILAI, ADA SYURGA. SUKAT & JUAL-LAH SELURUH BUMI, TAK DAPAT MEMBELINYA. 

Walau takda phd & gelaran 'cendikiawan' menara gading, bonda sayalah yg memahamkan saya tentang mitos 'native' malas. Dia menyanggah mitos itu dgn 'aksi' bukan cakap sedap je. Bukan juga dgn teori2 yg lazat digoreng atas kertas atau depan mikrofon persidangan.

Dia bonda saya yg belajar hanya sampai darjah 6 sebab perang Jepun. 

Dia juga memahamkan saya tentang 'emansipasi ekonomi', 'gig economy', 'jihad ekonomi', 'women's empowerment', 'trans-disciplinarity', 'convergence', 'art-science', 'multiple-intelligences', 'whole brain learning', 'learning style', 'sustainability', 'spiritual ecology', 'phermaculture', 'cosmology', fardhu ain-fardhu kifayah, habluminallah-habluminnas dan sgt banyak teori pandai2. Dia cakap serupa bikin. Dia bikin dgn yakin-percaya pada Tuhan, bukan saja dgn ilmu tahu & ilmu rasa. Yakin-percaya adalah ilmu tertinggi. Nak dpt, bukan dari kertas2 kerja, buku2 penerbit MAPIM, jurnal scorpus berwasit & yg sedasyat dgn itu semua. Nak dpt, mesti tahan uji dlm medan hidup. Antara syaratnya, jgn sombong. 

Saya kongsi prelud di sini. 

"Semua orang ada heroin 'favourite' mereka, tapi heroin saya tetap 'bonda', dulu, kini dan selamanya. Saya yakin ramai yang mempunyai heroin yang sama, bonda kita.

Bonda adalah heroin dalam ertikata yang sebenar, bukan jenama yang direka-reka. Tak payahlah dengar khutbah para wali 'feminism', dan 'emansipasi wanita' kerana 'bonda' sudah lama menjadi bukti nyata akan keupayaan wanita (Melayu) yang berjaya memperkasa (empower) diri untuk berjaya bersaing dalam dunia niaga (dan kuasa jantan).

Selalunya saya membina karier dengan menemu-tak-ramah ramai pelukis ternama. Tapi membina makna dengan mendengar pesan dan cerita bonda lebih saya tatang dan hargai hingga hujung nyawa. 

Profil hidup bonda jauh lebih afdal dijadikan bekal, lebih dari segala sejarah dan biodata 'pengkarya agung' mat saleh yang saya tekuni untuk dapat lesen ijazah dan gelaran orang pandai-pandai. Pesan dia lebih berbekas dari segala teori yang saya pernah jadikan kitab rujukan dan tinjauan perbandingan. Amanat dia lebih berkat dari segala buku yang saya kutip untuk buat sarjana, mendabik nama atau menjaja wacana.

'Bonda' adalah 'superwoman' dan 'supermother', wanita Melayu 'genius' yang 'multi-talented'. Dia sudah lebih awal mengamalkan pendekatan 'trans-discipline' atau rentas-bidang (bukan teori je macam saya sidosen perasan yang kekadang suka melalak berkokok seluruh kampung dengan telur dua biji). 

Dia 'epitome' kepada manusia berkepintaran pelbagai (multiple inteligences).Dia bijak mengimbangkan kelemahan membaca tulisan romawi dengan memori fotografi(dia boleh hafal rekabentuk pakaian yang dilihat, termasuk motif coraknya), kepintaran matematik (sangat bijak dengan nombor), kepintaran ruang (menguasai pelbagai bentuk seni - seni lukis, seni pertukangan, seni hias, seni taman, seni reka fesyen), kepintaran intra-personal (memiliki keyakinan diri tahap dewa), kepintaran inter-personal (sering dijadikan kaunselor untuk memberi kaunseling secara percuma) dan kepintaran bahasa (janganlah memandai nak lawan berhujah dengan dia, mesti kalah punya). Bila dia berniaga, falsafahnya "peole, people, people", maksudnya kita berurusan dengan manusia, bukan benda. Saya pakai ini bila saya mengemudi anak-anak buah dan memandu organisasi. Selain itu, bonda bijak mempelbagaikan produk niaga. "Change is constant" itu agaknya diktum dia. Dia bijak mengesan betapa 'transient'nya selera manusia, cepat berubah. Bonda mempelbagaikan perniagaan dia, dari jual kain ela, jahit baju,jual baju (kebaya rekaan sendiri), kepada jual ubat, jual pokok, jual perabot, jual barang kemas,dan bermacam-macam lagi.

Kepintaran spiritual bonda usah cakapla. Dia sangat berbaik sangka dan sangat yakin terhadap pertolongan Allah tanpa belah bagi; sangat memberatkan ibadah fardhu ain, terutama solat dan doa. Sebab itu rezeki dia murah, walaupun dalam situasi parah yang mustahil. 

Medan intuisi dia luas, jadi janganlah hipokrit depan dia, dia tahu. Dengan saya, dia main telepati je. Saya tak boleh menipu depan dia. "Kamu jangan gatal nak kawin lagi satu" sergah dia, macam dia dah baca getaran 'gatal' saya walaupun saya cuba sedaya upaya berpura-pura alim dan warak."

Untuk naratif lengkap, boleh layan di

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/08/heroin-saya.html?m=0

#H3RO #h3ropulang

#inapilmu #kuantumnusantara #senafassenadi #rumahtokcu

No comments:

Post a Comment

DALAM LUKISAN ADA CERITA

DALAM LUKISAN ADA CERITA. DALAM CERITA ADA NILAI. DALAM NILAI, ADA SYURGA. SUKAT & JUAL-LAH SELURUH BUMI, TAK DAPAT MEMBELINYA.  Walau t...