Monday 5 August 2024

ANAK EMAK, NANTI JADI PELUKIS TERNAMA.

ANAK EMAK, NANTI JADI PELUKIS TERNAMA.

"Kau ni anak mak, badan di UiTM Sri Iskandar. Tapi hati masih di celah ketiak mak."

Akhil tersengih lebar, tak bantah. 

"Badan besar macho. Dalam hati ada taman," saya mengusik lagi. Nama penuh dia Muhammad Akhil bin Abdul Latiff.

Di dinding studio Seni Halus UiTM Sri Iskandar, tersusun bata2 kelabu dan merah hati. Itu siri terbaru karya Akhil. Apa yg kelabu ni? Apa yg merah di hati? Aku dekati. Persis lensa makro. Cuba peri hati. Teliti. Ehhh, mata aku silap. Bukan batu bukan bata, tapi ilusi. Cuma permainan jalinan permukaan yg dibuat2 dgn arang atas kanvas dgn teliti. Kemas. Dilipat jadi bentuk segi empat utk berpura-pura jadi bata.

Akhil berdiri di tepi, mungkin resah menunggu 'kata2 sakti' dari penilai luar yg digaji. Diiimpot dari tanah tumpah gulai kari. Tapi f.y.i, aku asal Perak, lidah deghoyan selera tempoyak. 

Btw, ini daerah asal moyang aku. Sri Iskandar dlm Bota, nama jin gergasi yg makan manusia. Tapi rupanya tak sama dgn yg dilukis atas dinding luar Kapallorek tu. Seperti ada suara narator dari darah keturunan yg sama dgn aku, bersuara. Loghat Peraknya dari Teluk Kepayang, Bota, 

"Ate apa kehe nye miker sesat balik ke sini? Rumah TokSyeh miker udoh takde. Kampung pun udoh mandang, hilang. Darah merah udoh jadi bate, haru kelabu. Apa mendenya yg miker cari kat sini?" 

Aku padam suara narator, kembali ke studio Seni Halus. Sembang balik dgn Akhil yg juga berdarah Perak. Orang Kampung Bharu, Sungai Kroh, Air Kuning, Tapah. 

Aku teliti bata tipu yg Akhil lukis tu, kali ni dari jarak sedepa. Sekilas minda aku mencapah, "kau ni masuk pertandingan catan UOB, kategori 'emerging artist', boleh menang ni," sambil hulur tangan utk berjabat dgn Akhil. Boleh ikut jejak Khabir Roslan yg pernah berguru dgn aku dulu. Akhil ni pelukis muda yg berpotensi jual karya pada para kolektor di galeri2 ternama. Bolehlah pensyarah dia berbangga. Mungkin dapat capai objektif atau sasaran utk keluarkan pelukis yg boleh 'jual karya'. Walaupun 1 dari 6 orang pelajar tahun akhir 'batch' Akhil tu bersamaan dgn 16.6% atau gagal, takpa. Tetap bangga. Yg lagi 5 tu, boleh anggap kurang berjaya, kotnya la.

Akhil terus senyum, mungkin bingung terperangkap antara puji atau perli. Aku tanya dia,

"Camna ya brader, hati lembut, 'subject matter' keras. Bata2 susun dlm barisan, mcm baru keluar dari kilang. Teratur, lurus, minimal, efisien, kemas, rajin, cekap. Mcm kau la kot. Mungkin boleh panggil stail ni 'industrial minimalist' atau 'brut'. Dari segi optik atau visual, fuhhhhh, gempak. Boleh dipadan dgn 'interior vibe' kosmopolitan yg sama. InsyaAllah kolektor yg hip, suka. Skil hebat, kerja rajin, cekap, kemas, tekun, bersungguh, ghairah.Tapi jika banding dgn 'signature vibe' kau yg berbunga tu, siri yg ni lain mcm kontranya - kasar, kering takda jiwa. Satu 'template', acuan sama, takda karektor. Mcm produk mesin. Apa criter brader?"

Akhil jawab dgn sopan dan pandai. Dia anak mak. Juga anak murid yg baik. Dia ikut piawai pelajar seni halus UiTM tahun akhir. Mereka biasanya akan melapik pernyataan karya dengan justifikasi atau alasan akademik yg pintar. Jawapan Akhil, bagus. Dia taat ikut hukum rubrik pemarkahan yg telah disediakan. 

Akhil merujuk kpd kesan pembangunan benda terhadap landskap desa dan rumah kampung berasas kayu. Batu dan simen konkrit makin mengganti kayu. Itu yg disunguti oleh dia.     

Aku teringat sungutan yg pernah aku kongsi dgn kawan2 dan anak murid. Ada juga aku bebel dlm blog. Yg dibangun itu benda, tapi yg runtuh, jiwa. Ada kaitan dgn urbanisasi, juga gentrifikasi. Mungkin juga hipsterisasi. Di Tanjong Penaga, kdg2 disebut Singapurisasi. Terkait juga dgn transformasi desa ikut acuan kapitalis pemangsa. "Kampung ni perlu dibangunkan", sergah borjuis kapitalis tamak yg berlakon disebalik watak pemimpin politik depan podium kempen pilihanraya. Semua sapu ikut haloba, orang kampung dan warisnya hanya dapat hama. Ok, itu konteksnya. Tersirat dlm karya. Faham. Elok agaknya si Akhil ni buat latihan industrinya di rumah kampung, tolong ganti 'pampers' orang2 tua di kampung. Barulah ada 'lived experience' yg menyentak, bukan takat buat karya2 yg kononnya kritikal politikal intelektual gempak.

Tapi pengalaman 30 tahun bergelumang dgn dunia pengajaran dan pembelajaran seni halus, membuat aku ingin menyiasat lebih. Ada 'feel' yg tersembunyi dalam diri Akhil ni. Terhijab, di sebalik justifikasi akademik dan angan2 nak jadi pelukis.

"Secara kasar, mcm kau tak suka batu, simen-besi konkrit. Mcm merunguti kehilangan landsap desa. Mcm merindui rumah2 kayu dalam suasana landskap desa. Tapi rajin betul kau layan simulakra batu, simen-besi konkrit ni. Yg kayu dan kampung cuma jadi tampalan yg kusam dan pudar. Mana kayunya? Ironik. Paradoks. Apasal agaknya ya brader? Cuba kau renung balik."

Alkhil sambung merenung. Tak cukup di studio, melalui fon bimbit pula.

"Memang saya tahu ia ironik. Saya terima tu. Saya perlu hadapi perubahan dan pembangunan. Takda yg kekal. Saya perlu terima batu, simen-besi konkrit. Di kampung pun, orang dah robohkan rumah kayu untuk buat rumah batu. Rumah yg arwah ayah saya tinggalkan dikampung itu pun asalnya rumah pusaka dari kayu. Tapi ayah tukar jadi rumah batu. Saya dibesarkan oleh ibu saya di kampung, dlm rumah batu tu. Tapi bila saya singgah rumah2 kayu milik ibu dan bapa sedara, rasa tenang. Rasa aman. Ada bau alam, bau hutan dan pokok, bau tanah, bau tua. Rasa seperti itu asal saya. Rasa rindu dan datang keinginan utk kekalkan. Datang rasa kesal terhadap pembangunan. Datang rungutan terhadap kehilangan rumah2 kayu dan suasana kampung yg asal."

Aku pintas, "oohhh, mungkin kau rasa getaran 'wisdom' rumah kayu tradisi. Kalau diberi pilihan, kau nak memiliki rumah kayu di kampung atau rumah batu di kota?"

Akhil balas, "saya pilih rumah kayu di kampung."

"Kenapa?" saya tanya.

"Saya nak balik kampung, jaga mak saya. Saya nak cari duit, nak balas balik pengorbanan dia. Ayah saya meninggal semasa umur saya setahun setengah. Saya membesar dgn mak saya. Saya anak bongsu. Semasa saya dilahirkan, usia mak dah agak lanjut. Sekarang dia ibu tunggal yg dah semakin tua, 68 umur dia. Masa muda, dia tak habis belajar sebab kena tolong ayah dan ibu dia tanggung keluarga. Orang susah. Dia kena menoreh semasa muda. Selepas dia kahwin dan berkeluarga, bersusah payah besarkan saya dan adik beradik dgn kerja cuci pinggan-mangkuk dan bantu memasak di restoran. Dia dah jenuh berkerja-keras. Saya mahu menyenangkan dia."

Aku sambut, "baguslah tu Akhil. Itulah juga sebabnya kau dtg sini sambung belajar. Boleh ubah nasib keluarga, transformasikan ekonomi keluarga.Tapi kalau kau nak jadi pelukis yg berjaya, mungkin kena duduk di KL atau sekitarnya. Mak kau nak ke ikut kau ke kota?"

"Saya rasa dalam dilema. Tersepit antara nak kejar cita2 dan jaga mak saya yg semakin tua. Dua2 sama penting."

Itulah agaknya ironi dan parakdoks yg terpendam dlm karya2 Akhil. Antara kayu dgn batu, kampung dgn kota bata. Antara masa depan dgn warisan rumah di kampung, memori dan pusaka tinggalan ayahnya. Antara aspirasi generasi dia dgn generasi ibu yg makin menua. Antara memori membesar tanpa 'father figure' dgn angan2 menjadi pelukis kaya. Antara nilai2 kasih dgn nilai2 matawang serta material. Dikotomi dua arus berbeza. 

Dia anak bongsu mak yg mengejar cita2, jadi pelukis ternama. Mak pula, makin tua. Mungkin juga, secara bertabir dan halus, foto2 rumah kampung yg pudar atas serpihan dan runtuhan konkrit itu potret ibunya - Zainun bt Mohd Isa. Hero yg tak didendang, jasanya makin dihilang raksasa bernama 'pembangunan' bernuansa jantan. Semua berlumba siapa paling banyak, siapa paling panjang, paling besar, paling tinggi. Anak lelaki bongsunya juga bakal masuk dunia lumba itu.

Aku terbayang rumah Tok Syeh aku di Teluk Kepayang, Bota. Dah lama takda. Juga rumah tinggalan bonda aku di Teluk Intan yg makin dilupus lupa. Mungkin naratif pembangunan negara Malaysia juga dilupus lupa. Madani madanon, duhai Hasnul anak ustaz Saidon. Moga kau tak tertata-kelalok mengejar janji2 batu simen konkrit yg tak pernah siap.

Hati aku mungkin dah jadi bata, walau masih mewarisi darah merah yg menyala dlm kerinduan dan sungutan. Apa yg aku pertahankan? Agaknya, Akhil pun begitu juga.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...