Monday 5 August 2024

ADAB & MENGADAP GURU.


Balada berguru seni halus pada zaman kejar KPI.

Maksud nama saya jika terjemah dlm bahasa Melayu adalah Yg Baik (Hasnul) Yg Cantik (Jamal). Saya belajar utk cari makna Yg Baik dan Yg Cantik. Saya menuntut ilmu agar saya boleh 'berbuat baik'. Gunanya ilmu adalah untuk saya 'berbuat baik'. Ia bukan 'buat2 baik' atau menunggang kebaikan secara munafik utk melayan nafsu kebendaan.

Saya pelajar seni seumur hidup. Untuk belajar saya berguru, terutama semasa saya muda. Dalam berguru kena mengadap. Bila mengadap, perlu ada adab. Murid ada adab, guru ada adab. Dari adab, timbul peradaban.

Byk yg saya belajar dari guru2 saya. Saya belajar dari cerita mereka, cabaran mereka, usaha mereka, kejayaan mereka, juga kelemahan, kesilapan dan kegagalan mereka. Saya percaya, dalam diri mereka ada empati yg kuat terhadap bidang seni yg mereka ceburi. Juga ada kepercayaan dlm diri mereka bahawa mereka sedang berbuat kebaikan menerusi bidang seni.  Saya cuba belajar dgn seberapa beradab dgn mereka. Saya cuba menyerap empati mereka. Juga segala bentuk transmisi nilai halus yg saya terima dari mereka - kasih sayang, ketekunan, keberanian, ketelitian, dsb. Saya cuba utk gunakan apa sj ilmu yg saya warisi dari mrk utk berbuat baik. 

Saya akui saya memang kepala angin, kaki melawan, egoistik dan kurang ajar terutama semasa remaja dan muda. Tapi bila dgn kedua ayahanda-bonda, mahupun guru2 yg saya sayangi, saya cuba sedaya-upaya beradab.

Bangsa dan negara yg takda adab, tak membina peradaban atau ketamadunan. Malah bawa kpd keruntuhan. Tak kiralah betapa kaya atau maju pun dari segi pencapaian ekonomi dan kebendaan. Pandai dan memandai-mandai je tanpa budi, tak bawa pada bangsa dan negara yg sejahtera. 

Dalam dunia ilmu yg makin diniagakan, ada phd atau ijazah tinggi2 hanya diguna utk mengejar pencapaian2 kebendaan yg boleh disukat. Cari ilmu bukan lagi utk berbuat baik. Empati tiada dalam suasana belajar.

Begitu jugalah dgn belajar seni halus. Apa jadi jika takda adab dah. Takda kasih dan belas. Takda empati?

(Alfatihah dibaca buat Almarhum Syed Ahmad Jamal, Almarhum Ismail Zain, Almarhum Redza Piyadasa & Almarhum Ibrahim Hussein)

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...