Monday 12 February 2024

BRO, APA YG KAU BELAJAR DARI KANSER?

 


Aku belajar tentang masa & keabadian.

Masa adalah ilusi. Ruang dan benda, termasuk jasad adalah projeksi minda dan perasaan. Kehidupan fizikal adalah tabir, skrin putih atau pentas holografik. Masa dan ruang mengalir dari kesedaran, ke pentas holografik dan kembali kpd kesedaran dlm satu feedback atau loop. Kesedaran mencetus ilusi masa, dan masa mencetus ilusi ruang serta benda, termasuk jasad. Masa & ruang bukan di luar. Ia timbul dari sedar. Utk ubah atau hack kualiti masa dan ruang termasuk jasad, kita perlu hack kesedaran. Maksudnya, cara kita menyaksi, memeri dan memandu fikiran dan perasaan kita. Begitu juga dgn penyembuhan.

Minda dan perasaan adalah getaran atau signal tenaga elektromagnet yg saling-bertaut dan bergumpalan dlm medan kuantum yg tak bertepi. Ini medan potensi infinit. Segala yg mungkin terjadi, sudah terjadi di medan ini. Kesedaran 3D kita yg dkekang gelombang beta tidak dpt akses. 

Segala yg timbul atau terzahir secara fizikal dalam sejarah hidup adalah hasil apa yg minda dan perasaan kita pilih untuk tumpu dan fokus secara mental dan emosional (getaran kuantum elektro-magnet). Lukisan, catan dan lagu adalah penanda2 fikiran dan perasaan dalam ilusi ruang-masa. Lagu2 yg aku cipta sejak lewat 1980an, "Abadi", "Demi Masa Mu", "Setiap Sekarang"....semua terkait dgn masa.

Di sebalik tabir ilusi ruang-masa, ada keAbadian. Kita dtg dan kembali ke situ. Ia rumah asal. Sedar atau tidak, kita memang sentiasa terpanggil untuk pulang ke rumah asal ini. Pulangnya tak perlu tunggu mati atau panggilan/jemputan untuk mati. Gitupun, kanser boleh bawa kita betul2 ke depan pintu pulang ini. Tiap detik bernafas dan masa bernyawa dihargai sgt2. 

Namun bila dibuat retrospeksi, sebenarnya aku selalu pulang - bila melukis, menulis, menggubah dan menyanyi lagu. Semalam dan esok hilang dalam sekarang. Semalam dah tiada, esok tak tau apa nak jadi, yg ada hanya sekarang. Aku diam dalam sekarang. Tenang, aman, syukur, serah. Dalam diam ada Dia. Dari Dia, ada segala. BelasNya meliputi semua. Cukup.

Itu antara yg aku belajar dari kanser. Sekian, jika tak faham tak apa. Anda tak bodoh, dan aku pula bukanlah cerdik sgt.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...