Thursday 1 February 2024

APA KHABAR TRILION SEL DLM TUBUH KITA?








Salam sejahtera utk semua. Saya wakafkan sikit refleksi kecil di sini. Ini yg mampu saya sedekah, terutama ketika sedang merawat diri, dan dlm bulan Ramadan yg mulia. Ia tentang kesan fikiran dan emosi terhadap kesejahteraan sel dlm tubuh. Ya, fikiran dan emosi terkait langsung dgn kesihatan sel2 dlm tubuh kita, selain faktor genetik (keturunan). Saya menjinakkan fikiran dan emosi dgn melakar, melukis dan membuat nota tentang apa yg saya lalui. Jika yg dilalui itu sakit atau penyakit, saya terima dia & cuba belajar dari dia. Saya tak mahu membencinya, menentangnya atau menidakkannya. InsyaAllah bila sampai masa, penyakit dan sakit itu akan pergi sendiri tanpa dipaksa. Utk kenal dan belajar dari penyakit, saya mohon Allah beri Petunjuk, terutama tentang apa punca sel jadi rosak dan radikal? Kenapa sel2 ini tidak ikut fitrah? Apa caranya utk sel2 ini kembali taat dan patuh semula pd fitrah. Saya rakam dlm bentuk lakaran, lukisan dan nota sepanjang denai pulih yg sedang dilalui. Ada yg saya baru tahu, ada yg saya sudah tahu sebelum ini secara teori, tapi tidak lalui secara alami spt hari ini. Saya kongsi di sini, sbg sedekah saya yg kecil. Jika ada rezki dan saya rasa sihat, saya beri sikit penerangan dlm ruang komen, dgn niat dpt beri kejelasan, utk saya sendiri dan semua. Yg terbaik, dpt bawa pd kesembuhan dari sebarang ujian. Kita semua ada ujian tersendiri yg Allah aturkan utk bangunkan kita. Moga kita peroleh kesejahteraan.


#SebarkanDoa #SpreadPrayer

#DenaiPulih #HealingPathway

#AkuSembuh #ImCured

#KitaSihat #WeAreHealthy

#GetarKasihdanBelas #VibrateLoveandCompassion

#PilihSihatdanHidup #ChooseHealthyLiving

#SakitPintuCahaya #PainIsADoorForLight

#GelapBawaCerah #DarkBringsLight

#BangunDariMimpiBenda #WakingUpFromDreamOfForm

#PenjagaAmanah #Custodian

#RohSedangMimpi #DreamingSpirit

#IlusiTuUjian #IllusionIsATest

#HatiCelik #AwakenedHeart



No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...