Sunday 26 September 2021

SPICES - GALERI INTERAKTIF SAINS PERUBATAN USM

1. OBJEKTIF REKABENTUK

Objektif utama adalah untuk mencipta ruang pembelajaran sains perubatan yang lengkap untuk para pelajar yang mengikuti bidang ini di USM.  Objektif sampingannya adalah untuk mencipta ruang galeri interaktif untuk khalayak umum memperolehi pengalaman yang bermakna tentang sains perubatan. 

2. KONSEP REKABENTUK

Teras kepada konsep rekabentuk adalah kearifan dan kesejahteraan (wisdom dan wellness). Kedua-duanya hadir menerusi gabungan pelbagai kepintaran yang saling berkait, merentasi pelbagai ilmu. Kearifan dan kesejahteraan  terkandung dalam tubuh manusia, alam semulajadi dan alam semesta. Kesemuanya adalah ayat-ayat atau tanda-tanda untuk direnung, diperihati, dikaji, dimaknai, dimurni dan dilestari. Tanda-tanda ini menampilkan tatabahasa harmoni yang akur pada Aturan atau Hukum Alam (the 'Law of Nature'). Tubuh manusia itu sendiri adalah sebahagian dari Aturan atau Hukum Alam. Tubuh manusia yang sihat sejahtera, akur kepada Hukum ini. 



3. MOTIF VISUAL UTAMA DALAM REKABENTUK 

Secara visual dan simbolik, kearifan dan kesejahteraan diterjemah menerusi rujukan terhadap 3 subjek utama:

3.1 Struktur heliks berganda DNA, 

3.2 Struktur rupa heksagonal (segi enam) yang simetri, 

3.3 Struktur fraktal pada sistem saraf dan darah. 
















4. HURAIAN TENTANG 3 MOTIF VISUAL UTAMA

Struktur heliks berganda adalah simbol kepada 'tanda-tangan' manusia dan kehidupan. Di dalamnya terkandung kod-kod biologi yang diwarisi. Dari pandangan profil, struktur DNA kelihatan seperti dua tali yang melingkar. Dari pandangan yang lain, ia kelihatan seperti struktur mandala yang simetri. Kesemua sub-bidang perubatan memerlukan kefahaman asas tentang DNA. 

Contoh-contoh motif simetri heksagonal pula, juga dapat dikesan dalam tubuh manusia dan alam semulajadi, dari skala mikro bersifat sub-atomik hingga ke skala makro. Struktur molekul air (h2o) contohnya, bersifat heksagonal. Struktur simetri heksagonal juga dapat dilihat pada objek-objek warisan budaya Nusantara berasaskan arabesque dan mandala. 

Bahasa visual sebegini adalah bahasa tenaga yg halus, yakni bahasa kuantum. Ia adalah bahasa sejagat yang menyatu, menjalin, menyihat, memulih, menyembuh dan membawa kesejahteraan. 

Corak-corak fraktal yang terdapat pada sistem saraf dan darah manusia juga boleh dilihat pada objek-objek alam semulajadi, dari skala mikro ke makro. Antaranya termasuklah sistem hidrologi (sungai dan delta), pokok, kilat, koral, dan banyak lagi fenomena alamiah. Corak-corak ini patuh pada hukum matematik fraktal. Asasnya adalah efisiensi tenaga. Fraktal adalah sistem terbaik dan paling lestari untuk membawa tenaga. Alam semulajadi terisi dengan sistem terbaik yg fitrah ini. Ia juga indah berseni. Pada corak-corak fraktal ini ada hikmah yg menjadi asas kepada penyatuan manusia sejagat, sebagai satu keluarga umat manusia dan alam semesta yang mentasbihkan kearifan dan kesejahteraan. 






5. PRINSIP-PRINSIP REKABENTUK

Prinpsip-prinsip utama dalam rekabentuk adalah:

> Kerterjalinan

> Saling-bergantungan

> Modular

> Imbangan

> Anjal

> Adaptif

> Dinamik (sentiasa berubah) 

> Interaktif

> Keterlibatan

> Penyatuan (sains & seni) 

> Ringkas

> Mudah

> Praktikal

> Lembut dan feminin

> Ringan


6. ELEMEN-ELEMEN UTAMA REKABENTUK

> Garisan melengkung fibonacci

> Rupa & bentuk heksagonal

> Tona bernada (kekunci) tengah dan tinggi (pastel/tinted/cerah) 

> Jalinan corak dari gabungan struktur heliks DNA berganda, heksagonal dan fraktal

> Warna asas utama jingga, ungu, biru, kelabu. 


7. PROSES REKABENTUK

Brief dari klien>Penyelidikan visual>pembinaan konsep>Lakaran awal & lakaran susulan>Pembentangan dan perbincangan>Lukisan skimatik & teknikal>Lukisan persembahan>Lukisan 3D>Pembentangan & perbincangan>Pembaikan rekaan>Pembentangan & perbincangan>Pembaikan susulan>Pembinaan model>Pembentangan & perbincangan akhir>Penyerahan dokumen cadangan rekabentuk>Penyerahan model

















































8. TEMPUH REKABENTUK

4 bulan


























8. PASUKAN REKABENTUK

KETUA PEREKA :

Hasnul J Saidon

PEREKA

Afzanizam Ali

LUKISAN 3D

Amira bt Hasnul Jamal

PEMBANTU PEREKA

Khabir Roslan

4 pelajar latihan industri di MGTF USM

PEREKA BERSAMA

Ahli-ahli jawatankuasa SPICES dari Jabatan Patologi, PPS USM

Arkitek & Jurutera Jabatan Pembangunan, USM Kubang Kerian. 

PENYELIDIK

Safinawati Samsudin

Mohd Firdhaus Khairuddin

PEMBANTU TEKNIK

Husni Abdul Latiff

Mohammad Yazdi Yaacob





















No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...