KARYA BAPAK SAYA
Seni Installasi & elektronik
Tajuk: Tak diberi, mungkin "Jgn lalai tengok tv sampai lupa solat!! (ada byk versi) |
Tahun: mungkin 2012-2014 |
Bahan: Dakwat 'marker pen' atas bingkai tv yg baru beli (ditulis dgn selamba tanpa was2), tv bersiaran (jika 'off' pun takpa) |
Koleksi: Bonda (yg 'makan hati' sebab tv yg elok2 dah kena conteng)
Anugerah: Bakat Berkat Sepanjang Zaman | Pernah dipamerkan di Bukit Beruntung & Kampung Batu |
Harga : tak mungkin dpt dibeli dgn wang-ringgit
Teori : Teori kritikal & budaya, kritikan media, semiotik, interteks, dekonstruksi, rentas-budaya, pasca-kolonial, ....
Pendekatan : Parodi, intervensi, 'found object', 'situationist'.....
Monday, 6 July 2020
Monday, 29 June 2020
LIVING ART, LIVING PATHWAYS
LIVING ART & LIVING PATHWAYS
Any word that we say repeatedly, becomes a magnet. Words contain energy, they vibrate. These r 2 books that I acquired recently. Both are so inspiring. One of which I was honored to b a part of. Two words stand out - 'living' & 'pathways'. Another word has become ingrained in me, its there forever, it has become a part of me - art. For the past 10 years or so, those two words have been vibrating quite frequently in my consciousness & utterance. I really hope more people read these books, that is if their consciousnes & repeated utterance are drawing such inspiring books into their living experience. Life is about living & being, not just about having & owning more (in a crazy rat race of greedy capitalistic development model that numbs the soul). Please choose our words wisely. The whole world is increasingly becoming so poisonous. Im tired of it.
Friday, 12 June 2020
DUHAI HERO JADIAN
Ada ramai hero2 belakang tabir, yg tak didendang. Banyak kebaikan yg timbul. Byk hikmah. Tapi engkau tak nampak.
Yang engkau nampak adalah segala yg bebal. Lepas tu kau bahan, kecam, kongsi & sebar. Kau guna dalil amal makruf nahi mungkar. Kau hero jadian.
Kalau kau nampak dgn mata kepala kau seorang melakukan kemungkaran, kau sendiri halang dia. Nampak & saksi depan mata tau, bukan dari internet atau dari sumber2 yg tak sahih. Halanglah dgn kebaikan, dgn sabar, dgn kebijaksanaan, dgn ilmu, dgn hikmah, dgn budi & belas. Kalau boleh kau buat senyap2 orang lain tak tau.
Kalau dia tak mahu dengar juga, & kau dah cuba mcm2 cara berkali2, kau serah pada Allah sebab kau dah berusaha. Dlm hati kau tetap tak setuju dgn perbuatan mungkar dia. Bukannya kau jadikan dia bahan grup whatsap, facebook, twitter & lain2 media mengecam & menyebar keaiban. Bukannya kau tuduh org yg tak ikut serta mengecam sebagai berdiam diri, tak menghalang kemungkaran. Kononnya kemungkaran terjadi sebab orang baik tak buat apa2. Kau pasti ke. Orang yg benar2 baik tak heboh2 bila dia buat baik, dan bila dia halang kemungkaran.
Tuesday, 26 May 2020
VOICE / SUARA
If some people claim to 'represent' the voice of the 'voiceless', dont listen to them, so that the 'voiceless' can b heard.
(Jika ada pihak mengatakan mereka 'mewakili' suara pihak yg 'tidak didengari suara mereka', jgn dengar, agar yg 'tidak didengari' itu dapat didengar dgn jelas dan tepat.)
LOVE & KNOWLEDGE KASIH SAYANG & ILMU PENGETAHUAN
Basic teaching guide. Give love first, then knowledge.
Knowledge changes, comes and goes. Love is eternal.
Panduan pengajaran yg asas. Berikan kasih-sayang dulu, lepas tu barulah ilmu.
Ilmu bertukar berubah, datang dan pergi. Kasih-sayang abadi.
Knowledge changes, comes and goes. Love is eternal.
Panduan pengajaran yg asas. Berikan kasih-sayang dulu, lepas tu barulah ilmu.
Ilmu bertukar berubah, datang dan pergi. Kasih-sayang abadi.
ANGEL'S ADVOCATE ADVOKASI MALAIKAT
The thing about the phrase 'devil's advocate' is that many who use it end up not 'advocating' anything. Instead, they become the 'devil' itself.
I go for angel's advocate.
ADVISE
ADVISE
Basic rule of giving advise - listen first.
Another basic rule of giving advise - get to know who u r advising first.
Basic rule of giving advise - listen first.
Another basic rule of giving advise - get to know who u r advising first.
3 PENDINDING
3 RAHSIA ALAMIAH SEBAGAI PENDINDING SITUASI DI ATAS : IKHLAS, REDHA & SYUKUR. (3 secrets of the Universe as shields against the situation above : Sincerity, Acceptance, & Gratitude.)
Hakuna-matata kita semua!
Friday, 22 May 2020
MEMORI TERHAKIS - TENTANG WARISAN LISAN YG SERING DIANCAM LUPA
Apakah ada 'harga' yang boleh diletakkan pada 'memori' kedua ayahanda dan bonda kita? Adakah ia boleh disamakan dengan kerakusan kita mengejar nilai wang ringgit mahupun harta berbenda? Adakah ianya boleh dikuantifikasikan (quantify kata orang putih) menjadi saiz ukuran besar kecil? Adakah memori ini sesuai ditunggang dengan fikir dan rasa yang sudah dijumudkan oleh nilai pasaran?
Bonda dan Ayahanda adalah penyimpan khazanah memori keluarga yang terpenting. Baru-baru ni saya dikuliahkan secara kasual oleh seorang pelawat dari Peranchis, Prof. Nicole Revel, pakar warisan lisan sedunia, semasa dia menziarahi Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM. Dia rakan Dato' Saleh Yappar, seorang pakar warisan/bahasa/sastera di USM yang sangat saya hormati. Dato' Saleh membawa Prof. Nicole untuk melihat khazanah warisan yang tersimpan di MGTF.
Dah hampir tujuh tahun saya berkebun di MGTF, tapi saya sendiri malu kerana masih tidak fasih menghargai khazanah lisan keluarga sendiri, tidak merakamkannya untuk diwariskan sebagai pusaka yang tak ternilai generasi akan datang. Saya menanam kebun memori di USM, tapi kebun memori Bonda dan Ayahanda saya pinggirkan. Agaknya saya masih ada badi SAKA fahanam 'kebendaan', bila sampai pada bab pusaka lisan Bonda dan Ayahanda sendiri(yang tak nampak, yang takda jasad), saya sendiri kantoi.
Dr. Nicole sampaikan banyak pesan dan teguran yang amat bermanfaat (walaupun telinga dan hati pedih juga menerimanya), semuanya persis ubat pahit yang perlu ditelan. Tak cukup datang sekali, esoknya saya jemput dia di Hotel Vistana untuk ziarah MGTF sekali lagi. Kali ni saya bawa dia ke tingkat atas untuk dileteri. Prof. Nicole jenis orang yang jujur, terus menegur tanpa tapis. Saya, Zolkurnian dan staf yang lain angguk je.
Sangat ironik kerana saya dikejutkan oleh 'orang putih' yang lebih menghargai warisan lisan 'bangsa' saya sendiri.
Saya sendiri perlu ada perubahan paradigma atau anjakan'mindset', terutama bila berdepan dengan mereka yang sering saya anggap sebagai 'dah tua' dan 'dah nyanyuk'. Betulkah dah nyanyuk? Atau sebenarnya, jauh dalam minda 'sub-conscious' mereka ni (Bonda dan Ayahanda contohnya), ada khazanah yang amat berharga. Dalam kita sibuk mengejar dan dikejar mimpi benda, bagaimanakah sikap kita terhadap khazanah memori ini, mahupun jasadnya yang dah lusuh, tua dan rapuh (seperti juga Bonda dan Ayahanda, jika tidak pun MGTF yang saya tatang sepanjang hampir tujuh tahun itu). Dah tiba masanya saya juga buat hijrah yang baru.

Bila saya tenang, saya ditunjukkan bahawa dalam diri ini sudah tertanam (juga secara sub-conscious) segala khazanah berharga ini, sepanjang saya dididik oleh Bonda dan Ayahanda selama ini. Cuma saya saja yang sering dihijab oleh ego diri yang kecil tu. Jika diselak habis ego ni (dan ditewaskan 'monster bising' yang mengganggunya), barulah saya kenal bahawa sayalah pewaris khazanah memori ini. Tugas saya adalah untuk mewariskannya pula pada anak-anak dan cucu-cucu pula.
Sesekali saya ronda (jalan-jalan) sekitar bandar. Bandar Teluk Intan menjadi 'penanda' kepada banyak bentuk pusaka lisan, khazanah dan sejarah warisan Bonda dan Ayahanda serta keluarga. Namun, penanda2 ini juga semakin lupus ditelan zaman.
Fitrah benda, lupus. Fitrah makna, berubah-ubah. Fitrah memori, lupa. Fitrah kasih & belas.... rentas ruang & masa.
Fitrah benda, lupus. Fitrah makna, berubah-ubah. Fitrah memori, lupa. Fitrah kasih & belas.... rentas ruang & masa.
Sunday, 17 May 2020
BAGI KAUM YG MEMIKIRKAN
https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=m-616Ov2foQ
Selamat datang ke dunia normal baru, yg sewajarnya mengembalikan kita kpd normal fitrah hukum alam. Asasnya adalah pengesaan Yg Maha Pencipta. Pada alam & dlm diri manusia terkandung tanda2 utk mereka yg mahu memeri hati, merenung, menghayati, mengkaji, memikir. Sains & seni adalah dua arus dari sumber yg Satu. Keduanya menjadi denai fikir dan zikir. Tanpa fikir & zikir, manusia & alam akan terus saling menyakiti & menyebarkan wabak minda & hati.
Dikongsi refleksi ekologi kerohanian atau 'spiritual ecology' hasil usaha #senafassenadi di @rumahtokcu. Betulkan tajwidnya jika salah. Selamat bertemu lailatul-qadar.

Friday, 15 May 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
DEKAT DI JANTUNG YU XIN
DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...