Setahun lepas kami kehilangan 'hero', seorang superman yg tidak serik menyelamatkan kami dari ditelan monster bernama nafsu. Kami hasilkan "Hero", 3 bulan selepas itu dia pergi buat selamanya. Hari ini dan esok kami menjejak semula cinta superman terhadap superwomannya. Kami perlu bikin epilog utk hero. Doakan.
Tuesday, 9 June 2015
Friday, 5 June 2015
MEMILIH UTK MEMULIH
Throwback Studio Seni Halus tahun akhir UiTM sebulan lalu. Photo snipper Fuad Ariff.
Sesekali, pilihlah utk memulih.
Tkasih pd Dr. Shamiza yg seludup saya masuk. juga Fuad Ariff, Suhaimi Tohid, Azhar Manan dll.
Tuesday, 2 June 2015
KOLEKSI SENI HALUS USM
Baru2 ini atas urusan keluarga, saya tidak dpt memenuhi jemputan sdr Jaafar Ismail, bos Fergana Art Foundation, utk satu majlis diskusi meja bulat di Balai Seni Visual Negara, bersempena pameran Tribut Ismail Hashim. Topiknya berkaitan dgn kepentingan proses dokumentasi, pengumpulan data, pengurusan sumber dan maklumat, pembinaan pangkalan data dan arkib dalam meningkatkan modal dan nilai ilmu berkait dgn amalan seni visual.
Saya bercadang utk berkongsi pengalaman kecil menguruskan Koleksi Seni Halus USM, termasuklah usaha mendapatkan geran penyelidikan bagi meninjau sejarah, dasar, polisi dan strategi perolehan Koleksi utk menggariskan dasar, polisi dan strategi yg lebih relevan dgn tuntutan semasa dan masa depan; meninjau sumber dana atau kewangan; membina profil Koleksi, dan pangkalan data atas talian, termasuklah sistem pengurusan sumber yg interaktif.
Memandangkan saya tak dpt hadir, berikut dibekalkan tautan ke maklumat asas tentang Koleksi Seni Halus yg boleh diakses di
Monday, 1 June 2015
BERKEBUN LAGI DI UMS
Tahun ni saya berkebun lagi di UMS, tapi bukan atas panggilan tugas. Saya berkebun atas panggilan silaturrahim.
Rukun tetangga dgn Dr. Wan Jamarul (UNIMAS), Abang Omar Osman (Otai dan mentor grafik dan rekabentuk pengiklanan), Dr. Baharuddin Arus dan Fuad Bebit (UMS). Makan makanan laut dah jadi rukun jika ke Kota Kinabalu.
Sunday, 31 May 2015
KASIH SEORANG TOKWAN. (LOVE OF ONE GRANDPA)
Lebih kurang setahun sebelum meninggal dunia, dia sentiasa menulis nama2 cucu dan cicitnya agar dia tak lupa. Sebab tu lah dia kini lejen dan 'superman' yg takkan dilupai sampai bila2.
(About a year before he passed away, he used to write down for many times names of his grandchildren and great grandchildren in order not to forget them. Thats why he had become our legend and superman that will forever b remembered).
Subscribe to:
Posts (Atom)
DEKAT DI JANTUNG YU XIN
DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...



















































