Monday 23 March 2020

BANGUN

"BANGUN"
Sebuah filem pendek yg belum siap

External. March 2050. Petang. Di tebing sungai yg jernih.

IBU:
(Memandang jauh ke langit yg biru sambil mengambil nafas panjang udara bersih)
Satu masa dahulu, manusia suka berbuat kerosakan atas bumi ini.

ANAK:
Kenapa?

IBU:
Kerana jiwa mereka kosong. Suka berpuak2, bermusuh-musuh, saling berhasad-dengki, saling membenci dan saling mencurigai. Mereka sibuk mengejar kuasa.

ANAK
Kuasa apa ibu?

IBU:
Kuasa politik, penguasaan ekonomi dan kekuatan ketenteraan yg sombong & angkuh.

ANAK:
Takkan takda antara mereka yg pandai-pandai

IBU:
Ya ada. Ramai. Yg ada Phd pun ramai.

ANAK:
Abis tu...

IBU:
Tapi mereka menggunakan kepandaian untuk menipu, memperdaya, memfitnah, mengalih perhatian, memanipulasi, mengianaya, menindas, merampas, merompak, membunuh sesuka hati. Mereka rosakkan hutan, pecah gunung & bukit, cemarkan sungai & laut, kotorkan udara, halau warga penghuni & penjaga hutan, mengianaya org2 miskin, siksa & dera semua binatang, tidak mahu langsung hidup berharmoni dgn arus bumi yg fitrah.

ANAK:
Kenapa sampai macam tu sekali?

IBU:
Kerana mereka hanya hidup atas dasar nafsu kebendaan dan kepentingan diri sendiri. Semuanya mereka belasah atas nama pembangunan, gaya hidup & keuntungan maksimum. Yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin. Yg tersgt kaya & berkuasa hanya 0.001%, yg miskin jadi hamba berbiliion ramainya. Yg kaya & berkuasa lena dalam mimpi kebendaan. Yg selainnya terlalu sibuk ditipu & diperhambakan, tenggelam dlm kebisingan minda & perasaan mereka yg tak henti bergolak. Majoritinya menjadi ketagih dgn konflik.

ANAK:
(Terus mendengar dgn tekun)

IBU:
Kemudian dtg satu bala tentera yg sgt halus menyerang mereka semua, tak kira di mana jua mereka berada di muka bumi ini.

ANAK:
(Membesarkan mata) Tentera apa ibu?

IBU:
Tentera yg tak boleh dilihat dan tak boleh dikesan dgn mata kasar. Tentera yg tak tak mengenal bulu atau memilih bangsa, jantina, usia, pegangan agama, negara, geografi, fahaman & parti politik, pekerjaan, pangkat, darjat, gelaran, status kewangan, status sosial, KPI, ROI, bidang ilmu, bidang kepakaran, bidang kemahiran, jenama dan berbagai2 lagi label yg digunakan ketika itu utk memisah-misah, melaga-laga dan memusuh-musuh sesama manusia.

ANAK:
Apa jadi pada semua manusia lepas tu?

Cut to
Interior, house. Pagi. March 2020.

IBU (YG LAIN):
(Dari tingkat atas rumah)
Abah, gi beli barang2 dlm list tu!

BAPA:
Wokay, pray for my safety.

(Sori semua, story tak siap, terpaksa keluar gi beli brg keperluan)


1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...