Thursday 19 April 2018

'MENUA KITAI' - CAHAYA TURUN KE BUMI


Panggilan 'cahaya mata' itu tepat dari segi fizik kuantum dan halus dari segi bahasa. Setiap anak ialah 'cahaya' kasih kedua ibu-bapa yg perlu di'rahimi' (dibelas) selama 9 bulan utk bertukar menjadi jasad (unsur2 tanah, air, api & angin). 'Rahim' ibu adalah 'menua kitai' (tanah kita) yg awal sebelum kita dilahirkan. Kelahiran sering dinukilkan dlm byk tradisi lisan sebagai 'turun ke bumi'. Kita memiliki unsur halus (roh/batin) dan unsur kasar (badan/zahir). Itulah yg diterjemah dlm gabungan elemen muzik, ambien bunyi, video, pencahayaan, set dan gerak tari menerusi babak awal konsert teater #Menuakitai #sadaborneo. #projectionteamosem #kakitari






No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...