Tuesday 12 March 2013

PESANAN BUKAN DARI PENAJA

Adik-adik oi, seni visual adalah sebahagian dari budaya visual. Budaya visual adalah sebahagian dari sistem bahasa. Sistem bahasa mentadbir dan menstabilkan makna-makna sepunya, utk dikongsi oleh penggunanya. Sistem bahasa dan makna-makna sosial diamal, diguna, diwacana, diregulasi, dikawal, ditentu dan dikekalkan oleh struktur perhubungan kuasa ekonomi, politik dan teknologi. Ada pelbagai sistem bahasa dalam budaya visual, bergantung pd pelbagai jenis struktur perhubungan kuasa, dari yg mikro hinggalah makro, lokal-global, tempatan-antarabangsa. Yg dikatakan makna tu, termasuklah yg menentukan kriteria bagus tak bagus, bernilai tak bernilai, bukanlah berpusat 100% pd pengkarya seni visual atau karyanya, tapi terletak pd bagaimana para pemain utama dalam struktur perhubungan kuasa ini mewacana dan memaknakannya. Oleh itu duhai adik adik bakal penggerak seni visual, sesekali, cuba-cubalah intai sikit struktur perhubungan kuasa ni. Janganlah hanya terlalu terkepung dgn kerja kerja studio, proses, teknik atau penghasilan produk seni visual je, ok dik. All the best.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...