Thursday, 28 July 2016

DIAM BERISI

Ramai yg memetik dari kata2 Saidina Ali (kalau tak silap saya) bahawa 'kejahatan berleluasa bukan kerana banyaknya orang jahat, tapi kerana banyaknya org baik yg berdiam diri terhadap kejahatan'. 

Petikan tu osem, tapi pada gua, 'berdiam diri' tu bukanlah bermaksud 'tidak bersuara'.

Ia merujuk kepada mereka yang bersuara tapi tidak menyusul suara itu dengan tindakan. Memang ramai yg boleh bersuara, memberi reaksi, buat bising, marah2, maki2, beri komen dalam media sosial, jadi pahlawan 'keyboard' atau ustaz-jadian (ustaz tanpa tauliah) dan  memuntahkan segala jenis reaksi 'knee-jerk' tumpang-sekaki. Ini mudah, cepat dapat perhatian, dan untuk segelintir, senang jadi popular atau hero. 

Namun itu semua pada gua tak bermakna jika tak disusuli dengan usaha gigih, tindakan dan aksi proaktif untuk menyelesaikan punca sesuatu kejahatan itu timbul. Tindakan sebegini perlu tekun dan istiqamah (yg memakan masa dan lebih menguji kesabaran). Jika tiada tindakan sebegini, itulah yg dimaksudkan dgn 'berdiam diri' (walaupun zahirnya kelihatan riuh bersuara).

Oleh itu, janganlah cepat sangat nak menghukum orang lain sebagai 'berdiam diri' jika dia 'tak bersuara'. Dia mungkin bersuara melalui tindakannya yg istiqamah dan memakan masa bertahun-tahun, bukan mulutnya atau reaksi kecoh je. 

Wednesday, 27 July 2016

GELARAN TANPA UMPAN


GELARAN
Sibuk kejor nama, pangkat & gelaran, lupa pada gelaran tanpa 'umpan' di depan mata.

KAD RAYA


KAD RAYA
Kad Raya paling best utk seorang bapak rock, sebelum 'masa' diculik oleh WhatsApp. 
Ainina Hasnul.

TOK YAMAN

"Karya terakhir Allahyarham Datuk Yaman AHmad Mus yang tidak sempat disiapkan. ALfatihah untuk pejuang seni, seorang ayah, pemimpin, guru, sahabat, motivator dan banyak lagi ciri-ciri seorang HERO. Semoga segala yang telah dilakukan mendapat baraqah."

Majidi Amir


Salah seorang 'graphist' yg saya tabek spring!! Kalau nak buat contoh 'resmi padi', dia lah orangnya. Manusia paling 'humble' yg pernah saya kenali.


YG TUNGGAL

ALLAH tunggal

Yg banyak, 
manusia yg keliru. 

Moh kita mohon diberi Petunjuk. 

AKSI-REAKSI (BAHAGIAN 2)

A: Karya ni berdasarkan pemerhatian saya bahawa sistem pendidikan di negara ini gagal
B: Ooooo...dah graduate?
A: Dah
B: Taknak masuk dlm bidang pendidikan, boleh betulkan kegagalan tu. Ubah agar berjaya. Tak kira la ubah dari dalam ke, luar ke, yg penting, lakukan satu tindakan penyelesaian.
A: Ehhh...taknak la. Saya cuma 'highlight'kan masalah je dlm karya ni
B: Dik, kerje meng'highlight' tu dah byk diambil-alih media sosial. Sekarang ni kita perlu tindakan 'pro-aktif' bukan takat 'reaktif' je.

A: Tak pe la, tak minat la, dgn pendidikan. Nak jadi 'contemporary artist'.


DARI REAKSI KE AKSI

Kadang2 terlintas dlm kepala, adakah para pengkarya seni rupa (termasuk yg separa-masa mcm saya)  hanya tertumpu kpd 'memberi reaksi' terhadap peristiwa2 yg diaksikan mereka yg bukan di kalangan pengkarya seni rupa (terutama yg kontroversi, ada nilai berita yg boleh di'tumpang sekaki', byk drama, panas, menarik perhatian khalayak, trending dan heboh di media sosial). 

Yg lain beraksi, kita hanya beri reaksi. 

Agaknya sebab tu dlm diam, rasa terpanggil dgn kerja2 mereka (tak kira la pengkarya ke, saintis ke, engineer ke, arkitek ke, pemandu teksi je), yg mencetus, memula dan gigih melestarikan sesuatu 'aksi' dgn istiqamah, terutama yg melibatkan sekumpulan audien/komuniti/masyarakat sasaran yg di luar dari lingkaran daerah seni. 

Mereka yg 'beraksi' ini saya tabek dari jauh (kalau puji lebeh2 nanti riak dan tak sedo diri pulak). Aksi atau aktiviti proaktif boleh membuatkan komuniti dan masyarakat di luar lingkaran seni lebih menerima dan menghormati bidang2 seni dan penggeraknya. Aksi atau aktivi proaktif termasuklah 'aksi' atau aktiviti berpusat audien-komuniti yg selalunya kurang mendapat perhatian kerana tiada kontroversi, kurang nilai berita, tak cukup panas, tak menarik utk di'trending' dan di'viral'kan, atau diberi komen2 merepek sampai ke Pluto. 

Sudah tiba masanya pengkarya seni rupa tidak lagi terlalu bergantung kpd tukang aksi sebagai sumber utk memberi 'reaksi' (menerusi karya). Cubalah berjinak dgn pendekatan pengkaryaan yg melibatkan aksi proaktif, bukan lagi reaksi pesimis, sinis, parodi, ironi, marah, geram, ancam, sindir, perli dll yg dah jadi 'house style' dan terlalu di'stereotype'kan sebagai "itulah 'contemporary art'". 

Cuba lah. Stay cool and awesome u all. 

Monday, 25 July 2016

MANA SUARA??

"KITA MESTI BERSUARA!! MANA NI SUARA kamu, MANA SUARA dia, MANA  SUARA MEREKA, mana suara puak ni, mana suara puak tu, mana suara yg ni, mana suara yg tu, mana suara bla, bla, bla, MANA SUARA? MANA? KENAPA DIAM????!!!!!

"Pssssstt bang. Cuba abang senyap sat, barulah boleh dengar suara mereka tu."


KLASIK SUPER OSEM


Mr Yeong Siew Kuan, yg tolong buatkan no plat kereta saya. Klasik yg super osem.

SYED AHMAD JAMAL & KEPEDULIAN

Dulu, gua pernah la beberapa kali sentuh dlm blog, pos dlm fb dan instagram berkenaan dgn Syed Ahmad Jamal. Menulis secara akademik tentang dia pun pernah. Sejak akhir2 ni byk yg gua jumpa tentang keselarian antara bahasa fizik kuantum dgn 'rupa & jiwa' karangan SAJ.  Malah, dlm satu mesyuarat utk projek besar sebuah institusi kebangsaan, gua cadangkan temanya merujuk kpd sebuah karya SAJ. Syukur ia diterima walaupun taklah dgn beriya2 sangat. Itu dulu la. Cuma bila guna media sosial utk mewar-warkan apa yg gua jumpa & rasakan bermanfaat dari SAJ ni, adakalanya mcm cakap sorang2 dan syok sendiri la pulak. Gua pos dlm fb, gua komen sendiri. Lawak. Ada masanya rasa sedih sikit kerana terlintas dlm fikiran, apakah SAJ dan legasi ilmunya semakin dilupai, tak dipeduli dan terpinggir. Rasa sunyi pun ada.

Tapi, sejak karya dia 'Puncak Purnama' dimusnahkan, gua tak rasa sunyi lagi. Malah, riuh dgn bermacam2 suara.  SAJ mula diingati-semula. SAJ diperkata. SAJ dibela. Semua org yg berkait dgn seni, orang2 penting, tak berapa penting, langsung tak penting, semua melenting. Semua yg dulu tak peduli, sekarang peduli, dan ada yg peduli sungguh2 sampai gua naik hairan. Apapun, ilmu yg bermanfaat dari SAJ takkan dilupai, insyaAllah, gua cakap dlm hati. Syukur.

Cuma gua musykil, adakah legasi ilmu yg bermanfaat dari SAJ perlu ada kontroversi dan drama yg besar2 utk di'peduli'kan? Atau dunia seni visual itu sendiri terpaksa berpaut pd kontroversi dan drama utk di'peduli' dan mendapat perhatian? Jika takda kontroversi dan drama, takda siapa pun peduli.

Kalau begitulah keadaannya, gua sedih la. Harap2 bukan begitu ya. 


DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...