PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Friday, 30 December 2016

BAPAK YG BERTUAH.


TERIMA KASIH!
kepada semua yg telah menyiram budak comel ini dgn penuh kasih sayang, yg pernah menjaga, mengajar, mendidik, membimbing, membantu, memberi sokongan, menghantar, mengambil dia dari tadika & sekolah (ketika saya aral). Alam persekolahan dah tamat, tapi ilmu yg bawa kebaikan akan terus dilalu, tahu dan tanam dlm kalbu. Doakan anak yg comel ini jadi bahagiawan yg bawa kesejahteraan utk semua. Saya mat rock kapak separa pencen dan tukang kebun ciput, ialah seorang bapak yg amat bertuah.

KOBOI INTERTEKS LEJEN GUA YG PRA PASCA MODEN (MY PRE POST MODERN LEGENDARY INTER-TEXTUAL COWBOYS)

Dua orang koboi lejen ini gua tabik spring sampai bila-bila. Semua 'contemporary art' ke 'contemporary artists' ke, segala 'cultural theorists' 'identity politics', 'semiotic', 'representation', 'deconstruction' dlm 'critical studies' bagai, dua-dua lejen ni dah tembak sejak tahun 60an dulu lagi, di Malaysia. 

These two legendary cowboys should be saluted forever. All those so-called posturings and discourses on contemporary art, contemporary artists, cultural theorists, identity politics, semiotics, repressentation, deconstruction in cultural studies, these two dudes had 'shot down' since the 60s, in Malaysia.

M.Zain in "Labu Labi" and P.Ramlee in "Ali Baba..."




KAWAN2 SEKOLAH AKU

Ramai yg ada 'childhood friends'. Kawan semasa kecil, dah dewasa tak berkawan lagi. Saya ada 'evergreen friends'. 


Ni antara contoh 'dulu dan sekarang'. 

Yahya 

Rosli

Dzulkifli 

Megat









SAHABAT RENTAS DEKAD

Persahabatan merentas dekad adalah anugerah dan rezeki yg tak ternilai. Bertuah bagi mereka yg berjaya mengalaminya. Syukur dipanjangkan. 

Kini amat mudah utk merakamkan momen persahabatan dgn telefon bimbit. Dengan hanya satu klik, segalanya terakam. 

Namun begitu, foto komposit berikut mengambil masa 34 tahun utk direalisasikan. Tentu sekali lebih berharga. Wajah berubah, ikatan persahabatan tetap sama. 




Yahya


Kamal


Wan Kusairi


Sofuan


Damanhuri


Nordin


Hasnul








WHY SHE IS A JEDI MASTER OF KEBUN (GARDEN)


This is one of my Jedi Masters. Her name is Jamaliah Saidon. The following are fragments of insights on her Jedi power.


She is a true gardener, whatever she plants turn into awesome natural energy, and in this case, into an award. Her garden was awarded 2nd place in the whole State of Perak in 1995. She was in her mid 60s then.


Another award for her garden. ]This time in 2002, 1st. place in the district of South Perak.


She was also the first Malay women to run her own tailoring shop in the town of Teluk Intan. She was in her 30s then when she set up her own brand 'Jamaliah Noordin' in the late 60s. In the 70s, she moved her shop to a bigger space, in a shop row behind the iconic leaning tower of Teluk Intan. She also trained young women. 


("Learning business by sewing")

While pursuing her passion, my father was always behind her, supporting.


"Confidence and support from husband, source of success"



"Age is not an obstacle in keeping on running a business"

 She rejuvenated her business at the age of 66, after she was asked to move out from her shop behind the leaning tower of Teluk Intan (shop demolished). She never gave up. She kept on reinventing herself. Her ideas never stop, even in her 70s. 


"Plastic flowers attract customers"

Her love for animals was legendary. She even made some money by spreading her love.


"Senior citizen sleeps with chicken"

I used to help her around in gardening....


...to experience the zen of keeping balance.

So how did she become such a Jedi? 


Lots of hard and smart works + lots of doa or prayers...

supplemented by


...constant zikir (invocation). 















Monday, 26 December 2016

SEE NO EVIL HEAR NO EVIL.

Before you apply 'see no evil, hear no evil' to others, try to 'see and hear the evil within you' first. 





Thursday, 22 December 2016

KULIAH TAK BERJADUAL


"Mengkaji selama 3 tahun tak sama dgn melalui selama 30 tahun. Hormat mereka yg dah 'melalui' walaupun mereka takda ijazah." 


"Bila orang yg dah 30 tahun 'melalui' sesuatu pengalaman itu dipinggir sebagai 'sumber tanpa perlu diberi kredit' manakala orang yg baru 3 tahun nak 'tahu' melabel diri sebagai 'pakar', berhati-hatilah. Kita sama2 Mohon Perlindungan Allah." 

Kuliah tak berjadual sambil petik gitar di Kebun.


"...sebab tu kena selalu astaghfar..."


GETARKAN SYUKUR DLM KESEDERHANAAN


Dasarnya adalah perebutan minyak dan tamak.

Yg dipertonton adalah citra wayang yg berbaur antara dosa dan pahala. Bayarannya adalah darah dan nyawa insan2 (termasuk anak2 kecil) yg tak terlibat langsung dgn sebarang agenda minyak & tamak. 

Amukan getaran tamak kini makin merebak tanpa mengenal batas. Ia menyedihkan, memilukan dan tersangat toksik beracun.

Kembalilah duhai manusia sejagat,  kepada kesyukuran dan kesederhanaan. Getarkanlah itu dlm diri sendiri terlebih dahulu. Kemudian, sebarkan. 

Itulah penawarnya.

Imejan dari 







Wednesday, 21 December 2016

FOKUS PADA YG KITA SUKA.

Jika kita suka sangat memikirkan dan bercakap tentang perkara kita tak suka, kita dapat apa yg kita tak suka itu. Kalau dapat, tak payahlah komplen marah2.

Fokuslah pada yg kita suka. 





SEBARKAN KEBIJAKSANAAN, BUKAN KEBODOHAN.

Seorang buat perkara bodo, seribu orang layan, 'like', sebarkan, bagi 'free publicity', dijadikan bahan utk 'spin' oleh mereka yg anggap diri tu pandai. Akhirnya, bodo makin popular dan membiak. Aishhhh...tak faham2 ke? 

Kebodohan hanya boleh dilupus dgn menyebarkan kebijaksanaan.

Please la sayang oiiii. 


THE THING ABOUT THINKING


Think about a problem, u get the problem; think about an issue, u get the issue; think about a person u don't like, u get the person; think about things u don't like, u get the things that u don't like. So, please choose wisely what u want to think about (or want others to think about). And pleeease la don't complain when u get what u like to think about most of the time. Ishhhh!!! rimas gua!


Thursday, 15 December 2016

SIAPA NAK BELI NIKMAT?

Bersyukurlah dgn apa yg ada. Nikmat yg sebenar dan berterusan, tak boleh dibeli. 

BELI MASA & NIKMAT

Lagi byk kita beli, lagi kurang masa kita utk betul2 menikmati apa yg kita beli. 

NAK HILANGKAN STRESS & RISAU

Nak hilang stress dan risau? 
Sedekahkan harta 
buang segala pergantungan.

KEBEBASAN YG TAK TERNILAI HARGANYA

.....adalah kebebasan dari nafsu, termasuklah

1. Bebas dari memikirkan sesuatu yg tak perlu kita fikirkan
2. Bebas dari merasai sesuatu yg tak perlu kita rasai, dan
3. Bebas dari membeli sesuatu yg tak perlu kita beli.

Lindungilah kita semua dari kejahatan diri sendiri.

STAY CENTER

Stay center, where nothing is left, and u don't have to worry about being right.

Saturday, 10 December 2016

LATIF, HASNUL, AZIZOL & MEGAT


Latif Suhaili, Hasnul Jamal Saidon, Azizol Abu Hanifah & Megat Jamal Ibrahim. 
SK Horley Methodist Teluk Intan
1977
2016

USAHAWAN & BAHAGIAWAN


Dulu semasa belajar dgn saya di UNIMAS, nak balik kampung di Sabah pun tak cukup duit. Sebut 'photoshop', jadi 'potocop'. 

Sekarang ni, tanyalah dia sendiri. Saya pula yang kena belajar dari dia!

Dari dulu sampai sekarang, dia layan saya baik, walaupun dulu saya 'lecturer yg ganaz.' Pada dia, saya selalu panjangkan ilmu dan pesan dari arwah ayahanda.

"Prof  Kebun Jiwa Halus heee  separuh  dlm  dada  ni  ada  ilmu  prof  iaitu  jati  diri  heee  Thanks." (Tentera Gulang)




Friday, 9 December 2016

JERSEY NO 12 AZIZOL ABU HANIFFAH



Jersey lejen no 12 Azizol Abu Haniffah, kini milik gua!!!

Utk anak2 generasi pasukan bolasepak Msia yg dikalahkan Myanmar, Azizol ni antara midfielder terbaik Msia era 80-90an. Dia kawan saya sejak sekolah rendah. Zaman 80an dulu, kalau kalah dgn Myanmar, lebih baik berhijrah jadi rakyat Myanmar je terus.











Thursday, 8 December 2016

REWIND VHS, LAGI.


Sama2 naik basikal ke sekolah dan merayau sampai ke Pulau Pangkor. Yg kiri tu, Sofuan Idris, sekarang dgn Kementerian Pendidikan (pernah jadi guru disiplin), yg kanan tu rambut takda disiplin. Osem.

REWIND VHS

REWIND VHS
Sama2 wakil sekolah utk bolasepak dan sama2 belajar ilmu Quran berlagu dgn arwah ayahanda. Yg kanan tu sekarang ni ustaz & imam seperti ayahanda, yg kiri tu mat rock kapak separa pencen. Osem.


Hasnul dan Ahmad Kamal


Hasnul dan bapaknya (yg dia lukis)


Hidup Berbakti. 


ANTARA MENARA CONDONG & SK HORLEY METHODIST - BLUES TELUK INTAN



Utk Delly Adeela, Amira Hasnul & Ainina Hasnul

Paling kanan, sekolah abah. Paling kiri, Menara Condong Teluk Intan. Antaranya adalah sejarah yg takda dlm silibus SPM atau sebarang peperiksaan dlm mana2 universiti yg hebat2. 

Sewaktu sekolah rendah, abah menyusuri deretan kedai2 ni utk ke kedai kain Tok Syeh dlm Bangunan MARA di sebelah kiri gambar tu (berdepan Menara Condong) selepas habis waktu sekolah. Di situlah Tok Syeh mula membina jenama yg kemudiannya menjadi simbol dan ikon emansipasi wanita (kampung) yg berjaya sebagai seorang usahawanita - jenama 'Jamaliah Noordin'. 

Setelah menyewa di situ, Jamaliah Noordin berpindah tapak ke belakang Menara Condong. Di situ abah diajar tentang 'kehidupan' tanpa silibus mahupun bunyi loceng tanda matapelajaran bertukar. Jika di sekolah, suara Tok Wan memang terkenal kuat, di kedai kain, suara Tok Syeh dan mesin jahit Singer menjadi muzik utk abah.

Selain Jamaliah Noordin, ada dua lagi jenama yg berdekatan dgn kedai Tok Syeh, yg perlu abah susuri sepanjang deretan kedai2 ini. Kedua-duanya berdekatan, dan telah di 'fixed-deposit' dlm memori, sanubari dan lidah Perak abah - mee rebus Mastan Ghani & Pak Din. 

Legasi Mastan masih diteruskan oleh generasi cucu dan cicitnya. Legasi Pak Din, setelah kematian anaknya Rahman (juga rakan sekolah abah), kini diteruskan oleh menantunya (balu Rahman). Osem.

Bagaimana pula dgn legasi Jamaliah Noordin? Tapak legasi puluhan tahun kedai kain 'Jamaliah Noordin' di kaki Menara Condong kini bertukar menjadi tumpuan kunjungan pelancong dan rombongan Cik Kiah. Seperti hilangnya suara Tok Wan dari dinding2 uzur SK Horley Methodist yg abah ziarahi dgn kawan2 (anak2 murid dia juga), gitulah juga hilangnya 'Jamaliah Noordin'. Segalanya hanya pinjaman sementara. Takda yg kekal selamanya. 

Sekali pandang, memang condong rasa jiwa. Tapi perlu diingat, legasi Tok Syeh atau Jamaliah Noordin dan Tok Wan telah tertanam dlm jiwa halus, termasuk jiwa kamu semua, utk tumbuh melata. Kawan2 sekolah yg abah jumpa tempoh hari mengatakan cara Abah bercakap mcm Tok Wan, dan mereka berterima kasih pd Tok Wan kerana mengajar mereka solat. Itu contoh legasi yg ditanam dlm jiwa bukan benda je. Gitu jugalah dgn Tok Syeh yg tidak jemu membekalkan nasihat dan ilmu buat mereka yg tahu menghargai nilainya. 

Oleh itu, tolonglah 'respect' Jamaliah Noordin ni. Walaupun dia mungkin dah mcm org tua separa nyanyuk yg kulitnya dah banyak kedut, dia ada 'sejarah' dan 'memori' yg amat hebat utk dikenang, ditatang, disantuni dan dijadikan bekalan ilmu yg amat berguna dan tak terbayar dgn wang ringgit. Setiap kedut pada wajahnya adalah lipatan pengalaman yg berharga, setiap renungnya tembus pura2. Cuba kamu renungkan, adakah kamu bertiga dapat menandingi pencapaian Tok Syeh dlm persekitaran masyarakat pekan kecil (lewat 60an) yg umumnya memandang rendah atas keupayaan wanita Melayu (dari kampung) utk berniaga dan menyara keluarga? 

Sorilah terpaksa melagukan blues yg sama setiap kali balik ke Teluk Intan. Bukan apa, bila dah tertanam dlm jiwa kamu, nanti kamu boleh sampaikan pada anak2 dan cucu cicit pewaris kamu agar mereka tidak lupa, agar mereka mengasihi dan menghormati warisan dan bekalan Tok Syeh & Tok Wan.

Sekian,
Abah.