PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Tuesday, 31 May 2016

LAWAK MCM KENAL JE.

Lu kenal ke gua? hari2 ada jumpa gua dengar gua melalut dan nampak dgn mata kepala sendiri apa yg gua buat? ATAU lu dengar orang ngumpat je. Yang ngumpat tu pun tak kenal gua jugak!

Lawak la lu. 


Monday, 30 May 2016

MESYUARAT


Menjaga 'rhythm' adalah kerja 'Pengerusi' mesyuarat. 

MENGALIR


Mengalir. 

SABTU YG OSEM BERSAMA ABANG ZAINAL KAK NOR & COMPANY


Hari Sabtu tg osem. Abang Zainal dan Kak Norliah kakak ipar (yg pernah jadi hos tempat saya menumpang teduh dan sponsor tegar waktu zaman bujang belajar di UiTM dulu) bawa anak2, menantu dan cucu ke Rozana's Batik di Lebuh Acheh, George Town. 

Rezeki begini tak boleh disamakan sgn wang ringgit. 

Syukran dan Osem infiniti.

SUTUNG UMAR

IMBAS
Enam belas tahun dulu, usia saya 35. Zaman panas. Angin. Byk hal yg tak puas hati. Ada je yg tak betul di sekeliling, nampak je yg dirasakan tak betul tu. Org lain semua salah je. Segala hal nak dibetulkan (kecuali diri sendiri! Hahahhh....biasa la, zaman melawan). 

Sepanjang tercampak ke Sarawak ketika itu, saya 'serah jiwa raga' melayan idealisma dan 'mengejar mimpi yg tak pasti'. Waktu tu saya rajin menulis. Nafsu laju. Jiwa batu, kata-kata keras kematu. 

Namun, jiwa muda masih tercari-cari pentas utk lebarkan suara hati dan fikir. Kalau tulis utk katalog pameran dan buku seni visual je, kalau duduk terkepung dlm kampus je tunjuk hero depan anak-anak murid, tak ke mana. Hanya terhad dikalangan kelompok seni visual yg kecil dan mereka yg sebau sekentut dengannya saja. Tak 'brutal' la. Saya nak satu Malaysia jadi pentas tulisan saya. 

"Seluruh Malaysia kena baca apa yg aku tulis ni!" 

Fuuuh, nafsu besor. 


YG DITEMUKAN
Allah Maha Besar, menemukan saya tanpa rancang, tanpa duga, tanpa agenda, tanpa promoter dan penaja politik, dgn seorang insan yg sudi memanjangkan hajat saya. Itulah jodoh. 

Saya syak, dia ni cukup faham 'kepala angin' saya, walaupun dia tak cakap banyak. Waktu tu dia di akhbar Berita Harian, ntah lupa dah apa pangkat rasmi dia - Ketua Editor kot. Saya cuma tahu dia memang terkenal dlm dunia penulisan dan sastera. Saya tak anggap diri saya org sastera. Saya tak belajar sastera dan penulisan secara formal. Saya segan. 


YG LAYAN 'ANGIN' SAYA
Saya pos artikel pendek kepada dia. Mula-mula saya hantar satu artikel sebagai respon kpd artikel Hir Haneef tentang Amron (otai dan guru saya) yg diterbitkan dlm Berita Harian. Waktu tu,  saya cuma nak 'promo' Amron dan 'test power' je. 

Artikel diterbitkan. Tak banyak disunting oleh editornya yg tahu layan cara saya menulis. Lepas tu saya dapat cek, lebih kurang dlm RM120 mcm tu. Saya tunjuk artikel yg tersebut pada Bonda dan Ayahanda saya. Ayahanda diam je, Bonda pesan,

"Sebelum tulis, baca bismillah dan salawat dulu, jgn tulis ikut nafsu setan. Tulis lembut2, jgn buat org marah."

Saya hantar lagi artikel utk dilayan oleh tuan editor yg amat memahami angin saya. Diterbitkan lagi. Dapat lagi cek. Saya jadi 'high'. Tulisan saya boleh dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia! Hajat tercapai. 

Walaupun dari segi akademik nilai KPInya rendah, saya lebih suka dan bangga bila artikel saya terbit dlm akhbar, dibanding terbit dlm jurnal berwasit (Reviewed Journal). Saya bermonolog, "artikel aku utk akhbar disunting oleh otai besar pe! Dan dibaca oleh lebih ramai org, bukan puak bidang aku je!"

Besarnya hati, hahahhhh. Org muda. 



YG LAYAN SAYA KE LAUT
Setelah beberapa artikel terbit, saya jadi lebih yakin dan tentunya gian. Saya nak 'test power' lagi. Kali ni artikel saya emo panjang berjela. Selalunya artikel panjang 'confirm' akan di'reject'. Mana ada editor nak layan? Mana ada suratkhabar arus perdana terbit artikel seni budaya yg berat-berat, apatah lagi yg panjang berjela, rugi la ruang iklan. Setahu saya, waktu tu, memang jarang akhbar arus perdana layan artikel seni budaya berat fikir yg panjang melalut ke laut. 

Saya cuba juga, bedal je, mana tau, nasib baik kot. Lagipun 'brader' tuan editor tu macam 'cool' je. Kalau tak diterima pun, 'no' hal. Kalau diterima, canteeeek, Alhamdulillah. 

Saya hantar. 

Diterbitkan. Nah engkau, penuh satu muka besar suratkhabar format zaman dulu yg besar mendepa tu. Dua siri, dua hari. Lagi sekali saya terbang tinggi sambil bermonolog:

"Fuyoooo, biasanya hanya artikel otai2 hebat je yg penuh semuka, bukan 'cikai' macam aku. Fuuuhhhh."  

"Wa tabik lu la tuan editor. Wa caya sama lu. Lu the best. Makaseeeh. Wa nak terbang jap!"



YG JAUH
Selepas beberapa artikel saya diterbitkan dlm akhbar Berita Harian, tuan editor yg faham angin saya ni berpindah kerja. Lupa pula ke mana. 

Jarang lagi terpapar artikel-artikel panjang mendalam tentang seni dan budaya dlm akhbar yg sama. Format pun berubah. Angin lain. 

Saya pula berhijrah dari Kuching ke Kuala Lumpur dan tidak lagi menghantar artikel ke tuan editor di Berita Harian. Saya pun dah penat marah-marah. 

Saya jarang jumpa tuan editor tu, cuma sesekali je bila ke Bangunan PENA utk tengok ukiran arca kayu dia. Dasyat editor ni, dari menulis ke mengukir, dalam usia remaja lanjut. Tabik spring lagi sekali!


PENGHORMATAN
Episod pendek dimana 'angin menulis' saya dilayan secara tekun oleh seorang editor utk terbitan akhbar arus perdana adalah antara bekal hati yg amat berbekas. Ia sangat bernilai buat saya, terutama dlm membina profil penulisan saya yg tak seberapa. 

Saya hanya dengar khabar tuan editor ni dari jauh, menerusi media sosial. Tak berjumpa dah, tambah pula saya dah tercampak ke tanah tumpah kari kapla ikan (Pulau Pinang). Nampak dia makin berusia, uzur tapi tetap 'hensem' dan aktif. Kalau jumpa, boleh ucap tkasih lagi sekali. 

Dia ialah Sutung Umar. 

Semalam dia meninggal dunia. 


Al-Fatihah. 








ABADI


Yg mengandung dan melahirkan tiga anugerah yg terindah. Kasih Abadi. 

CUCU ATOK ROCK


Persidangan bayi dan kanak Sedunia dari pelbagai negara, termasuk Cambodia, India, Thailand dan China. 

Cucu2 Atok rock. 

DUA WANITA REMAJA SENJA.


Dua wanita remaja senja bersama adik mereka yg rock suam-suam kuku.

ITAM


Itam, kucing paling taat pada Bonda.

'DATING' DGN BONDA


"Mak, ada rezki kita 'dating' lagi"

COGAN 'H3RO'


Hidupnya penuh dgn berbakti.


Sunday, 29 May 2016

HASIL KEBUN

Hasil kebun kumpulan pertama di UNIMAS. Yg ni sekitar 1999. Sekarang semua dah jadi bapak2 dan mak2. Takda yg jadi 'seniman kontemporari' tapi saya yakin, ramai yg jadi manusia yg berbakti dan berguna utk masyarakat. Ada yg dah dapat Phd, dah jadi Ketua Program, jadi pensyarah, jadi cikgu, jadi designer, kurator, usahawan berjaya, mcm2. Semua osem, semua kurnia.


MATRIX 2016, PART 1.





Nama dia Mohamad Fadil Abearsak. Dia bercerita menerusi pemetaan video atas diorama. Mitos dari Sabah memang molek dijadikan bekal cerita dlm bentuk yg kontemporari dgn menggunakan teknologi terkini secara kreatif. Fadil amat bersopan, kerjanya tertib. Tahniah. 



TAPAK


Pinggir Sungai Sedim, mengadap Bukit Teruna, Matahari naik di dapur dan turun di anjung, kiblat menghala ke depan rumah. 


Thursday, 26 May 2016

TRUE EXPERTS & ADVISORS

TRUE TO THE HEART 'ADVISORS' & 'EXPERTS.'


After listening to a bunch of individuals who have silently dedicated their life to help others, driven by the spirit of 'BELAS' (love and compassion that arise naturally and honestly), committing to their acts for more than 10 years or so while facing obstacles that may make others faint or lose their hearts, I have been so humbled. Their stories have enlightened me. They are my 'beacons of light', my true 'advisors' and 'experts'. I really wish they could B such for everyone as well even though I know that would b difficult since these individuals prefer to b 'under the radar'. Nonetheless, thank you infinity.


Plus, these individuals have opened my heart to look beyond the 'touch & go' events where a bunch of 'instant young activists' with 'brand experts/spin doctors' and 'their rich clients with thick pockets' go to a particular community to claim their events as 'successful community engagement'. 


Wednesday, 25 May 2016

YOUNG PEOPLE



Young people are not viral agents targeted for branding, they are to B LOVED.


Org muda bukannya ejen viral yg diperkuda utk tujuan penjenamaan, mereka sepatutnya di BELAS. 

VOICE (SUARA)

If some people claim to 'represent' the voice of the 'voiceless', dont listen to them, so that the 'voiceless' can b heard.

(Jika ada pihak mengatakan mereka 'mewakili' suara pihak yg 'tidak didengari suara mereka', jgn dengar, agar yg 'tidak didengari' itu dapat didengar dgn jelas dan tepat.)

TIMELY LETTER FROM THE PAST




"An advice I appreciated because it taught me to teach with heart and not as an exchange of currency. Praise God, He did it through  18 years although I felt so much weaknesses revealed even after 18 years. Life is a journey, not a destination." 
(Ling Siew Woei, lecturer, MMU)

OMG Siew Woei, u still keep this! Im so very touched. It actually came from my parents, especially my late father. Credits to them. Tq for sharing and reminding me as Im also getting jaded and sad. So timely, as just this morning, I was given an 'advise' by a so-called 'xpert' who seemed to hold a demeaning view on 'mature and old demography' as if they r worthless. This xpert also 'advises' me on the importance of focusing on 'young people' as a 'targeted demography' for 'branding' exercise. I though that it is our duty to bring together the old and the young together through 'love and compassion' instead of separating and creating a chasm between them. Siew Woei, I needed to see this. The Universe has its own way to heal me (us). Thank you & luv infinity.

LOVE & KNOWLEDGE

Basic teaching guide. Give love first, then knowledge.

Knowledge changes, comes and goes. Love is eternal. 

Panduan pengajaran yg asas. Berikan kasih-sayang dulu, lepas tu barulah ilmu.

Ilmu bertukar berubah, datang dan pergi. Kasih-sayang abadi. 

IMBANG FIKIR & RASA

Ada perbezaan antara memikir, mentakrif, mengulas, dan membahas tentang kasih sayang dgn mengALAMInya. 

Jika terlebih fikir, maka kuranglah rasa. 

Jom imbangkan.

TOUCH & GO

Touch and go event is not a 'community engagement'. 

LISTEN FIRST

Another basic rule of giving advise. Listen first.



THE YOUNG & OLD

What kind of 'inclusiveness', 'togetherness' and 'engagement' are you bullshiting about if you only target 'young people'. Excluding 'mature and old people' in your so-called 'demography' because of your half-baked negative assumptions, will only create a 'Kylo Ren' generation. Sick.

We need to bring the young and old together through 'love and compassion', not further separating them la.

ADVISOR

This is an advise to those who wish to advise somebody. 

Make sure you get to know the person whom you are about to advise first. And dont b full of yourself when giving an advise. 

GOOD INTENTION

People who like to use the phrase 'many bad things come from good intention' are actually mislead by the result of 'bad intention' pretending to b a 'good intention'.

Honest good intention yields 'good things', its fitrah. 

ANGEL'S ADVOCATE

The thing about the phrase 'devil's advocate' is that many who use it end up not 'advocating' anything. Instead, they become the 'devil' itself. 

I go for angel's advocate.

Sunday, 15 May 2016

JADILAH BAIK

Memiliki segulung ijazah Phd dan gelaran 'Dr' tidak semestinya menjamin seseorang itu dapat diselamatkan dari menjadi 'bangang'!

Oleh itu, selain dari menjadi bijak, janganlah lupa menjadi baik.

SKEAKING OMPUTEH

Kebolehan berbahasa Inggeris dgn fasih terutama dgn loghat British, tidak menjadikan seorang itu secara otomatisnya 'pandai'. 

Tidak pandai berbahasa Inggeris, tidak secara otomatisnya menjadikan seorang itu bodoh. 


KEBUN ATAU INFRASTRUKTUR

'Kebun' tak sama dgn 'infrastruktur'.