PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Saturday, 28 November 2015

SEBAB KOLEKTOR BELI WORK AKU!

Sekarang pelajar lalu je depan guru, sombong angkuh. Pernah terjadi pada saya waktu beri kuliah jemputan di UiTM, konon sebab dia dah terkenal dan karya2nya dah byk terjual. Bila rasa nak marah, teringat perangai saya dulu masa zaman student, juga cocky nak mampos! Allah nak peringatkan, suruh saya sedor diri dan tobat, buang terus ego seniman yg palsu tu for good. Kalau berlagak sombong depan tok guru Abdullah bin Umar dan Syeikh Nuruddin, mau kena penampor Arab, hahahhh! Kalau arwah bapak saya, kena terajang terus kot.

JOM KE JOGJA

Bila saya cuba mengingatkan seorang insan tentang struktur, sistem dan simpang-siur modal di belakang sesuatu acara besar seni kontemporari dgn logo2 yg banyak, dia jadi emo tak tentu pasal dan melatah2 usha itu ini. Rilek le brader. Satu perkara yg saya kutip setelah menjarak sikit dari dunia gilang gemilang seni kontemporari adalah bahawa para pengikut setia seni kontemporari baik lokal atau antarabangsa, terutama yang prasan pandai, tak suka dikejutkan dari mimpi stim dia. Takpa, biarlah. Maaf ya anak2. Tido, tido la.

Tak lama lepas tu, saya terserempak dengan ulasan ini. 





CONNECT, UNITE, CONVERGE & SYNERGIZE

Connect, unite, converge, synergize. 

“A spirituality that is only private and self-absorbed, one devoid of an authentic political and social consciousness, does little to halt the suicidal juggernaut of history. On the other hand, an activism that is not purified by profound spiritual and psychological self-awareness and rooted in divine truth, wisdom, and compassion will only perpetuate the problem it is trying to solve, however righteous its intentions. When, however, the deepest and most grounded spiritual vision is married to a practical and pragmatic drive to transform all existing political, economic, and social institutions, a holy force – the power of wisdom and love in action – is born.”
–Andrew Harvey

Activism without spirituality is just an angry mob
- Bernard Alvarez

Wednesday, 25 November 2015

'REWIND' 43 TAHUN YG OSEM

Berjumpa semula kawan2 satu sekolah rendah sejak 43 tahun dulu, adalah satu anugerah yg indah.


Darjah 1A, Horley Methodist Primary School, Teluk Intan, 1972. 


Restoran Mee Rebus & Rojak Mastan Ghani, Teluk Intan, 2015. Kawan2 dari sekolah rendah dan menengah, pelbagai kelas. Halim, James, Mi, Wan, Lufti, Latif, Sofwan, Megat, Ting, saya, Ipin, Jijon, Man, Thana. 

Bila bersama, walaupun tak semua, terasa zaman sekolah itu hanya semalam. Masa dilipat, sekarang dan dulu menjadi satu - masa kini. Setiap sekarang, setiap momen amat berharga. 





HADIR WARNA KERANA CAHAYA




Hadir warna kerana cahaya, bukan kerana pigmen warna, wokay para pelukis lasyat2.

(Foto oleh Normah Nordin & Laila)


Saturday, 14 November 2015

PLEASE LA!


Hate appears in many disguises, mostly in the name of god and in the name of global peace. Behind the facades of religious xtremism and global capitalism, are two networks : 

1. A network of people driven by xcessive need to dominate and control the whole world, turning the whole world & its citizens into their big market and blind slaves.

2. A network of extremist using the name of god to violently force the whole world and its citizens into their religion. 

Number 2 is too popular in the mass consciousness thanks to CNN, BBC, ABC, & orher likewise global newsmedia.

Lets check number 1.

Those behind network 1 are so good in making the whole world point and demonize others xcept their greedy and hateful selves. Its a classic game of distraction and  misdirection. They feed hate with mass insecurity, fear and greed. Hate as their currency stays and feeds on chain reaction, especially from those who r loving and kind towards the whole living beings. Their modus operandi is to provoke, gain attention and solicit immediate reaction or knee-jerk response from the global mass towards their targeted victim of blame or scapegoat.  Their mandate is to spread or viral hatred amongst living beings through chain reactions to justify their self-appointed role as a 'peace-keeper'. So, please please please la, do feed them, their ignorant stooges and their disguised acts. Do no give them attention. Do not response emotionally with hate. Do not react hatefully. Do not spread such response and reaction online. Thats exactly what they expected. Instead, shower them with love.


Thursday, 12 November 2015

SUPERHERO


He who controls others may be powerful, but he who has mastered himself is mightier still.
--Lao Tzu

MIMPI JADI NYATA



Utk yg pendek kesabaran, catatan ini agak panjang. 

IMPIAN JADI NYATA (DREAM COMES THROUGH)

Tiga tahun lepas saya ke Selat Bagan Nyiur, Langkawi. Saya teringatkan mak dan bapak saya, kerana habitat dan suasananya amat selari dengan jiwa kampung mereka. Saya boleh bayangkan mereka bertukar jadi 'superman' dan 'wonder woman' dlm habitat sebegini, menjadi muda semula. Apatah lagi jika mereka dikelilingi pelbagai jenis tumbuhan bunga dan herba, pokok2, pohon2 nyiur melambai, bukit2, sambil mengadap matahari naik selepas solat subuh, dgn lukisan langit pagi yg indah, diserikan pertunjukan kerbau2 berkubang, ayam2 dan itik2 bebas bergerak, burung2 termasuk helang merah yg gagah hinggap, angin laut bertiup, makanan laut yg segar dan lazat......syurga, ya, syurga utk mereka. Saya boleh dengar Al-Fatihah dan ayat2 lazim bapak, wirid dia 'Ya Fattah, Ya Fattah, Ya Fattah' sambil mak mengaji dengan suara dan taranum unik, bergema dibawa deru Selat Bagan Nyiur. (Ada rakan pelukis tulis pd saya, langit senja warna2 ni 'cliche la', romantika kampung yg basi. Ye ke? Takpa lah dia pelukis tersohor antarabangsa. Perlu melukis gambaran yg pelik2 kot).

Impian utk bawa mak dan bapak ke sini tertanam sgt kuat. Saya ingin alami sendiri rasa jernih bila melihat mereka bersinergi dgn alam yg menjadikan mereka superhero saya. Saya boleh bayangkan keriangan mereka. 

Tapi Allah Maha Berkuasa. Superman saya, Bapak, meninggal tahun lepas. Kali terakhir mengadap jasad bapak, mak cakap pd bapak, "tunggu saya di pintu syurga ya," sambil cium dan usap dahi bapak. Walaupun selalu dengar ayat cliche mcm ni dlm drama dan filem melayu, waktu tu suara mak masuk tembus ego seniman saya yg tebal. 

Kedegilan impian saya utk tetap membawa mak (walaupun tanpa bapak) ke 'syurga' di bumi Selat ini, Alhamdulillah, disambut dgn ikhsan abang saya Zaharuddin (Abang Dud) dan kakak saya Yang Asiah, serta keyakinan kawan2 Pekebun Jiwa Halus, bekas murid saya Khairuddin di Langkawi, sahabat Selat Daud, Kak Normah, Kak Bara dan Abang Rasyid. Mereka menerima tempias Kasih Yg Maha Pengasih, juga berkat aura kasih mak. 

Ya, saya mengaku, tidak mewah dgn wang ringgit. Tapi saya amat bersyukur atas rezki dlm bentuk kasih sayang sejati. Yg ni tak boleh dijual-beli. Syurga tak boleh dibeli dgn haloba. 

Kehidupan di dunia hanyalah mimpi yg dipinjamkan sementara. Oleh itu, jika mimpi itu datang dan hadir, ciptalah mimpi2 yang indah penuh kasih sayang dalam hati utk semua makhluk seluruh alam, apatah lagi untuk mak dan bapak kita, terutama bila mereka sudah tua. Kepada yg sibuk menghijab diri dgn mengajak org mengejar mimpi benda yg menggelapkan hati manusia, sudahlah dgn mimpi haloba tu. Jika ikhlas dlm berkasih sayang, usaha dgn sungguh2, Allah janji akan balas dgn rezki yg tak disangka2. Jom kita berhijrah, setiap sekarang, demi masa kita semua. Seni dlm apa jua bentuk, boleh menjadi wahana utk hijrah yg indah. Apatah lagi jika ia hadir dlm persekitaran semulajadi dan suasana alamiah bebas toksik yg menyihatkan yg batin dan yg zahir.

Salam kasih tak bertepi buat semua yg sanggup menghulur sokongan kepada saya sekeluarga Pekebun Jiwa Halus (termasuk yg berjanji2) utk bersama mencipta mimpi indah buat H3RO kita, sambil membuat impian saya utk mak saya sejak 3 tahun lepas jadi nyata. 

Walaupun jasad dia takda bersama mak di Selat Bagan Nyiur, saya amat terasa superman ada bersama. 

Al-Fatihah buat H3RO.

SUPERHERO GENE


Superhero gene is implanted in every mother. Its called unconditional love. 
(Photo by Whiteballance Penang.)

RAMAYANA REVISITED


Re-visiting the epic & iconic "Ramayana" (1972) by Syed Thajudeen, recalling the high of encountering the same painting at the old National Art Gallery during college days. Other than Amron's and Anuar Rasyid's, S.Thajudeen's "Ramayana" especially the layered and glazed surface got such a high 'angin' that can make me sound like a bomoh if I try to verbalize. Not sure about his recent works, maybe the observer (me) is jaded. The subjective recall of "Ramayana" colors in this photo was done with VSCO and Instagram filters. Actual experience during the physical encounter presents a less vibrant pallette, perhaps implying a pressing need for proper restoration. Syed Thajudeen Retrospective will open at the Penang State Art Gallery this coming Saturday.

PENCETUS UMMAH


Pencetus ummah slamber bersahaja tanpa drama2 terlajak yg dibuat2. Jauh lebih enak utk anaknya yg rock kapak.

BROWN


Sometimes green sometimes red, no wonder Im brown.

Tuesday, 10 November 2015

DEKONSTRUKSI TERPILIH

Bila org Islam (atau Melayu) buat hal, kecoh betul dlm media sosial, lengkap dgn reaksi reaktif terlajak emo mcm dunia nak kiamat. Bila yg bukan Islam (atau Melayu) buat hal sama, yg terlajak emo ni diam je. Kalau ya pun nak nampak lebih menonjol, lebih garang, lebih berani, lebih brutal agar dpt naik saham politik dan pancing undi, jgn la sampai ketara sangat dekonstruksi terpilih ni. Tak hip la mcm ni kawan.

Mcm mana nak bersatu? Mcm mana nak bangunkan semua tak kira warna kulit dan asal keturunan. Tak syoklah buat dekonstruksi terpilih utk org Islam (dan Melayu) je. Org Islam percaya jin, hantu, benda2 halus pengikut setan, sibuk dituduh tahyul, karut, jumud tak saintifik tak rasional dan penghalang kemajuan. Sibuk kempen suruh hentikan. Siap buat ulasan panjang, atau kertas akademik dlm bahasa objektif yg dibuat2. Tapi acara2 amalan berkait dgn kehantuan oleh yg bukan Islam tak komen pun, tak nak pulak tuduh tahyul, bodo, karut, jumud, halang kemajuan. Taknak pulak kempen suruh dihentikan. Kalau insititusi berkait dgn Islam dan Melayu, semuanya nak dilabel tak releven dgn realiti terkini yg majmuk, institusi atau sistem sosial yg berkait dgn bukan Islam tak nak pulak sibuk nak usik, taknak ke tuduh tak releven dgn kemajmukan. Takot hilang undi ke? 

Jika kita terasa disampuk oleh 'double standard' hipokrit ni, atau ditegur dan dikejutkan oleh mereka yg masih sayang dan kasihkan kita walaupun kita suka main dekonstruksi terpilih jahanam, jom la sama2 tobat dari melakukannya. 




WRITING OTHERS

COMPULSIVE POINTERS


Be careful with compulsive pointers. 

WAKE UP LA!!


Be careful with compulsive bitching disoder. 

Wake up la oiii!!