Friday 14 August 2015

SUSU LEMBU


Kera di hutan disusu-lembukan, anak di rumah raya sakan. 

I-PHONE

Tak buat work ke?

Ada.

Studio kat mana?

Ni!! (Tunjuk iphone).

SYURGA


Dari muda sampai sekarang, Mak selalu kata,"aku doakan kamu jadi manusia yg berguna utk masyarakat." Penat jadi 'berguna', kekadang 'diguna' dan 'diguna-guna', ada masanya saya cakap kat dia, "Mak, penatla, doakanlah jadi kaya raya pulak." 

Dia tersengih je.

Mak aku osem!

(Foto: Si Hitam, cium dan tidur di kaki super woman)

ASAL KEBUN



Bila ke dusun atau kebun mereka, kedua-dua mak dan arwah bapak serta-merta bertukar jadi superman dan superwoman. 

Arwah bapak pernah 'terbang' (terjatuh) dari pokok di kebun hingga retak tulang belakang dia. Mak kata, "awok tu dah tua weh, jgn prasan muda, bukannya boleh terobang!!" Bapak mengerut tahan sakit sambil terlentang tak boleh bangun selepas dirawat di klinik. Doktor perli, "pakcik jgn terbang lagi ya," lebih kurang gitula yg gua ingat.

'Kebun' adalah tapak 'jiwa halus' mereka. Gambar ni diambil semasa kali terakhir ke kebun jiwa mereka di Teluk Intan. Gua cakap dlm hati, "buat pe la dua org tua aku ni susah2 usahakan kebun-dusun ni? Dari zaman aku kecik dikerah jadi 'sidekick' ke kebun, sampai aku dah berkeluarga, bukan jadi kaya-raya pun." 

Kejap2 tu hati rasa seperti nak mendongak ke langit. Setelah mendongak, gua nampak respon halus dari pokok dan langit. 

Confirmed! mak dan arwah bapak gua osem!

Sebab itulah persembahan dan tayangan sulung H3RO dibuat di kebun atau dusun, okay. 

(For my parents, a piece of land is more than just trees and fruits. They r not meant for greeds. We see trees, but they see undivided love, to their children, grandchildren, great grandchildren and so on. Greed and pride will only destroy and darken our hearts. Love nurtures and enlightens).

BELAKANG / BEHIND

Dont worry, those who are busy talking bad about us from behind are at their right place - way behind us!


Jangan risau, mereka yang sibuk mengumpat kita dari belakang, berada di tempat mereka yang sebenar - jauh ketinggalan di belakang kita.

SAVING ART

My dear,

Good English with a fancy slang and sprinkles of arty-farty terms, cannot save a 'mengarot' art.

Same can b applied to fancy gadgets, corporate and gomen sponsorships and collectors' tastes.

Ok, stay osem, b cool. Love. 


PENANGITE ONLY!

One day a writer came to see my wife to write about her and her shop at Lebuh Acheh, George Town, Penang. After a while, upon discovering that my wife was born in Johor Bahru, the writer said, "ohhh, I thought you are Penangite. We just want to cover Penangite only."


Monday 10 August 2015

TAK AKTIF?

"Tak aktif berkarya lagi ke?"


Saya membuat penyelidikan, mengumpul-semula bahan2 berkaitan projek H3RO yg merentas 6 dekad, mengolah jalan cerita dan lakon-layar untuk dua filem pendek projek H3RO, mengatur kerja produksi dan penggambaran di beberapa lokasi, menggubah dua lagu baru, menulis liriknya, melatih Ainina untuk menyanyikan lagu ciptaan, juga menyanyi dan merakam di studio rakaman untuk mixing, menulis naratif lisan dan mengolah latar visual untuk persembahan H3RO, membuat persediaan untuk bercerita, menyanyi sambil bermain gitar secara live untuk persembahan H3RO, memilih lokasi, melakar setting untuk ruang persembahan, dan menyusun acara. Saya juga menulis blog, aktif mengemaskini status posting fb & instagram projek H3RO utk makluman umum, melakukan kerja2 rekabentuk, promosi dan hebahan dgn iphone yg serba-guna. Setakat ini majoritinya pakai modal poket sendiri.

Dik, berkarya ni, bukan melukis catan utk dipamer di galeri dan dijual pd kolektor je tau. Bukak la sikit minda, haluskan jangkauan rasa tu, k. 

Stay osem, love. 


Sunday 9 August 2015

RETIS DATANG BULAN

Duhai para retis datang bulan, selamat datang beramai-ramai ke tempat orang. Macam mana hebat pun seni kamu, ia tidak dapat menandingi alami mereka yg bernafas sekian lama di tempat yg kamu singgah. Adat bertandang jgn buat tak pandang, ok kawan. Stay osem. 

Friday 7 August 2015

KEMPEN CAHAYA

Yg harus diperangi itu bukanlah jasad yg dirasuk dan dijajah. Yg diperangi itu adalah kejahatan halus yg merasuk dan menjajahnya - tamak-angkuh-zalim. Kejahatan ini tidak berjasad, ia boleh merasuk sesiapa jua, merentas ruang dan masa. Hati kita akan terus cuba dicuri tamak-angkuh-zalim. Berhati-hati.

Sebab itulah segala pergerakan massa yg tertumpu kpd menghapuskan 'jasad' atau 'figure-head' saja tidak akan berjaya. Sejarah telah membuktikannya. 

Yg diperangi adalah kejahatan yg boleh merasuk dan menjajah diri kita dlm senyap. Ia boleh merasuk jika tiada rasa ikhlas, redha, syukur, kasih sayang tak bersyarat, sabar, dll getaran halus yg boleh menjadi pendinding batin. Kejahatan tidak boleh bernafas dlm kebaikan. Ia hanya bernafas jika diberi perhatian. Gelap tidak boleh wujud dlm kehadiran cahaya. 

Tumpukan perhatian pd kempen cahaya. Inilah gerakan kesedaran massa yg harus digagahi dgn disegerakan.

SENI TANPA PENAJA?

Diperakui, segalanya saling berkait, saling bergantung, bertaut dlm ikatan yg sebenarnya multi-dimensi. Begitu juga dgn aktiviti seni dgn dimensi ekonomi, sosial dan politik. Perlu bersinergi dlm imbangan yg lestari. 

Namun, apa yg berlaku jika tiada imbangan, tiada sinergi yg lestari?

Kegiatan seni yg terlampau sgt bergantung pada derma, sumbangan dana, tajaan, sokongan, dokongan, bantuan dan kerjasama dari individu kaya-raya mahupun institusi (gomen dan swasta), mudah dihakis oleh agenda dan kepentingan yg bertindih.  Agak sukar utk mengimani projek-projek seni yg sebegini, terutama yg sering disendat dan disenak logo2 korporat yg byk. Kebergantungan melampau begini menjadikan seolah-olah kegiatan seni hanya boleh hidup jika ada logo-logo penaja. Tak perlu cakap besor, yg menulis ini sendiri pernah bergelumang dan berdansa dgn situasi sebegini. 

Situasi sebegini menimbulkan rasa rindu terhadap 'kebebasan berkarya', juga empati sentimental dan tabik spring terhadap mereka yg tekun dgn luahan atau xpresi yg dilabel independen, alternatif, terpinggir, bawah tanah, luar arus perdana (bebas dakyah gomen, swasta-korporat dll). Dlm senyap, kita mencemburui 'kebebasan berkarya' mereka. 

Kini, ironinya, ramai yg dulunya berpayungkan label sedemikian, dah berjaya dilamar, disunting, dinikah & dikahwinkan dgn segala yg arus perdana. Ia dilakukan dlm byk majlis2 elit-mewah lengkap dgn sumbangan dan tajaan dana, derma, kerjasama, sokongan, dokongan dan bantuan dari individu2 borjuis, badan2 kerajaan mahupun bukan kerajaan serta swasta. Tak pasti jadi pasangan sejiwa, atau pasangan simpanan atau gundik atau nyai. Logo2 bersepah menjadi panji2. 

Dlm perkahwinan begini, apakah benih pati atau zat asal luahan seni itu masih pekat, atau sudah tipis dicairkan oleh pelbagai persimpangan bahasa rasa dari pelbagai pihak?  Bahasanya rencam, yg dominan adalah bahasa kuasa & pasaran, ini raja tak bertengkolok. Bahasa sokongan adalah pemakaian bahasa org mengaku pandai (akademik) yg berbunyi ilmiah, akademik dan kewacanaan. Bahasa satu lagi adalah bahasa politik, transformasi dan mobiliti komuniti dlm masyarakat. Yg menulis ni sendiri dah jenuh menari dgn bahasa2 ini. 

Adakah masih wujud kebebasan berkarya yg dirindui itu? Atau ia sekadar mitos idealime basi? Atau kebebasan itu sebenarnya penjara penjajahan nafsu hitam dan ego yg tak terkawal? Adakah segala yg seni tu dah jadi sekadar candu, kuda tunggangan, penyeri atau 'talking points' saja. Hipotesis yg menyusul seakan menyindir kita yg menghargai label2 'independen, alternatif, pinggiran, luar arus perdana' sebelum ini. Ia seakan mengiyakan bahawa dlm paradigma kuantum yg saling bertaut, tiada yg boleh selamat dari disampuk badi pasaran.

Dalam perkahwinan sebegini, mereka yg dulunya terpinggir kini dah di tengah, siap di letak atas padestal tinggi.

Yg terlahir dari perkahwinan mewah ini hadir dlm pelbagai wajah yg sering diraikan. Adakalanya sukar utk mengimani dan melaburkan empati terhadap situasi begini.

Namun, perlu ditekankan, berniaga itu sunnah. Ia kerja yg mulia jika dilakukan dgn betul berpandukan syariat. Dlm berniaga, tiada yg boleh berdiri sendiri, segalanya saling-berkait, saling memerlukan, saling sokong menyokong bantu membantu. Ia fardhu kifayah, bukannya pentas tamak-angkuh. Tambahan pula, memperdagangkan seni bukanlah kerja kotor. Malah ia harus digalak dan dimurnikan. Namun utk memacu seni dalam sinergi yg lestari dgn tuntutan pasaran bukanlah kerja mudah. Itulah cabaran, dugaan dan kekangan dunia org seni, yg perlu diperakui, dihormati, difahami dan didepani dgn cara masing2. 

Hidup harus diteruskan. Semoga kita semua diberi Petunjuk dan Hidayah.

Stay cool, b osem. 

RAJA LAWAK

Salah satu jenaka paling lucu dlm hidup adalah menyaksikan aksi hyper org yg tahi dia sendiri penuh kat ponggong, tapi sibuk nak basuh tahi org lain, atau yg lebih lucu, nak lindungkan bau tahi org lain. Whakakaka!!! (Gelak guling2).

Jom basuh tahi kita sendiri dulu. 

STOP WASTING ENERGY

Stop wasting our energy on what we dislike. That will only make what we dislike more relevant. 

What do we like? Focus & stay on it. 


SEBIDANG SYURGA

"Walau diberi seluruh dunia,
Tak dapat membeli sebidang syurga..."

(Di Pintu. Trek lagu utk H3RO, 2015)

Tunduklah, wahai tamak & angkuh!


PENYAHUT MASA

"Mereka penyahut masa kita yang semakin hanyut di sebalik tabir."
(Kocak di Fukuoka, 2010, ms 50)

Ya Allah, Ya Rabbi, Lindungilah & selamatkanlah anak-cucu-cicit kami dari bahana tamak-haloba.


....tanamkanlah dlm jiwa kami & mereka ikhlas, jujur, amanah, rendah diri, syukur, redha, kasih sayang tak bersyarat; jadikanlah mereka 'hero' setiap sekarang.

RENDAH DIRI MARUAH DIRI

Hari ini hari Jumaat. 
Jom la cuci hati sental daki dosa

Kita Mohon.....
Lindungi dan selamatkan kita, anak-cucu-cicit-piut...kita, bumi kita & seluruh penghuninya,  dari bahana-bencana tamak-haloba-angkuh-zalim-kejam.

Tolong ya, kita buat ramai2.




Pasang shield, krn hati kita kini sedang cuba dicuri oleh tamak-haloba-angkuh-zalim-kejam.

Sunday 2 August 2015

A NEW DAWN


.....to a new dawn. 

BEST DEFENSE IS A 'GOOD' OFFENSE

SEARCH THE SWITCH & TURN IT ON LA!!


Why la, some people with so much shits up their asses, busy with other people's shits? 

Fighting darkness may sound noble. Darkness in this case, refers to evilness, not the Zen notion of 'nothingness' emptiness or silence, ok.

But fighting darkness with a dark heart will not bring any light, please la paham sayang oi. (Please understand).

"Fight the darkness, destroy the darkness, oppose the darkness!!!"....we can shout that as loud as we could, but we will end up making more noises, and darkness will still b there. 

In fact, and this is what many wannabe 'hero' couldnt see, darkness seeks attention to itself. It survives on negative feedbacks that preserve it. It lives on negative feedbacks in order to divert (or veil) people from searching for the switch (reach deep into their hearts). Darkness knows that if everyone reach deep into their hearts, do a super awesome cleansing, and turn them on, it (darkness) will cease to exist. 

So, please la wake up. Why feed darkness with more negative feedbacks. 

Why dont we search for our switches, our hearts, wash them in order to turn them on together. If there r more & more of us doing this, the less the darkness, the brighter our now and every now. 


DUHAI DINDING2 BISING


"Sebab takot kena paksa jadi gundik Raja Siam (Mongkut), Tok Timah kamu lari dari Siam sebatang-kara naik tongkang sampai ke jeti Tanjong (George Town)....."


Saturday 1 August 2015

KRISIS PENYEMBUHAN

Kalau nak sembuh & pulih, segala yg racun toksik kena keluar dan buang dulu, baru boleh basuh bersih kembali sihat.

Sekarang tengah timbul dan keluar. 

Cuma biasa la, semasa toksik keluar, memang busok. Janganlah panik & kecoh mcm ayam bertelor. 

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...