Wednesday 31 August 2011

HANTU RAYA LAGI

Adegannya dalam rumah. Mangsa gangguan hantu (selalunya lelaki) yang bertuala, terserempak dengan hantu (perempuan, lagi). Mangsa buka tuala (nampakkan 'anu' dia la agaknya), hantu takut, menjerit dan pengsan! (Tukar 'channel'), "Merdeka!". (V.O/voice over) "dimana ada kemahuan (pastikan jangan salah sebut), di situ ada jalan."

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/08/hantu-raya-jangan-pandang-tv.html

HANTU RAYA - JANGAN PANDANG TV

Adegannya dalam rumah kampung (jarang di kota/bandar), orang-orang kampung berkumpul baca surah Yasin depan mayat wanita (jarang lelaki). (Cut to) kucing hitam lompat atas mayat. (Cut to) mata mayat celik terjegil. (Cut to) seorang tengah baca Yasin terkejut. (Cut to) mayat bangun separuh badan dan duduk tegak. (Cut to) orang kampung lari bertempiaran (wajib ada yang terjun ikut tingkap, selalunya lelaki). (Cut to) mayat terbang atas siling sambil mengilai (sebab tu hantu mesti wanita, tak lut surah Yasin). (Tukar channel) "Merdeka!". (V.O/voice over) "Betulke?"

PENGHORMATAN UNTUK MGTF (HOMAGE TO MGTF)



Untuk lebih kurang enam tahun dari 2005, keluarga istimewa ini (gambar atas) telah mengajar saya makna menjadi seorang 'pemimpin', seorang 'pengarah' atau seorang sahabat, melebihi mana-mana keluarga. Mereka telah bersama dengan saya dalam membudaya dan menghidupkan frasa 'menjangkau sempadan pandang' atau makna 'ada' (yang kini telah menjadi sebahagian dari cogan MGTF). Mereka juga telah membantu saya meng'alami' frasa 'demi masa' (juga cogan MGTF). Nyata sekali, cogan-cogan MGTF ini bukanlah setakat 'jual ubat'. Kami telah hidup dan bernafas dalam cogan-cogan ini sepanjang mendepani naik dan turun MGTF.

Ramadhan dan Syawal 2011 akan terpahat dalam hati saya selamanya sebagai antara bulan-bulan yang paling istimewa dan tidak dapat dilupakan dalam kehidupan profesional dan peribadi saya. Keduanya merupakan bulan dimana saya meraikan tiga hari yang istimewa dalam satu urutan - Hari Raya (30 Ogos), Hari Kemerdekaan (31 Ogos) dan Hari Kelahiran (1 September).


Lebih dari itu, kedua-dua bulan ini diharapkan bakal menjadi bulan-bulan terakhir saya di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM).


Saya akan meniggalkan tempat tercinta ini untuk melakarkan bab baru dalam hidup - membuat penyelidikan (dan Phd), mencipta karya-karya multi-dimensi dan seni saling-bergantungan, juga mengusahakan projek impian yang sudah lama tertangguh, "Tanah Tok Timah" di Titi Teras, Balik Pulau. Saya memberikan diri saya empat hingga lima tahun untuk bab yang baru ini, oleh itu tolonglah doakan saya.


Saya tak pasti samada saya akan kembali ke MGTF, tapi saya akan menari dengan Kehendak Allah. Bagaimanapun, tangan saya sentiasa terbuka kepada MGTF. Saya akan terus berkerjasama dengan mereka jika keadaan memerlukan.


Izinkan saya bernostalgia sikit.



Bila saya mula-mula dilantik sebagai Pengarah Muzium dan Galeri USM, saya langsung tak jangka akan berlanjut hingga tiga penggal. Saya tak lihat diri saya sebagai calon 'pengarah'. Waktu tu, saya fikir, paling tinggi pun nak pi, setakat 'timbalan' apa-apalah, tak lebih dari tu. Saya juga anggap diri sendiri sebagai calon yang 'berisiko', apatah lagi untuk sebuah jabatan gomen. Malah, saya tak nampak pun diri sendiri sebagai seorang pemimpin untuk sebarang organisasi atau institusi. Secara diam-diam, saya mengaku, waktu tu saya anti-institusi (terutama yang dah terlalu tua dan besar). Rutin rasmi yang mandul fikir, baju batik dengan songkok (atau serban) dan baju kot dengan tali leher, semua ni 'pantang' bagi saya. Saya ada masalah mempercayai manusia yang berpakaian begini (akibat toksid minda dan luka-luka emosi).


Malah, nak urus diri saya sendiri dan keluarga pun saya dah rasa cukup payah. Saka penepisan ini sebenarnya dah tertanam lama. Bila saya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan pulang semula untuk menjadi seorang pensyarah, saya anggap itu sebagai jawapan kepada doa kedua ayahanda dan bonda (atau lebih kepada kerisauan mereka) agar saya diselamatkan dari 'diri saya' sendiri. Mungkin pada mereka masa tu, saya ni orang muda yang tersampuk saka marah badi anti-gomen dan tak reti ikut arahan, yang perlu di'betul'kan atau diberi 'petunjuk' ke jalan yang benar. Saya akur pada doa dan harapan mereka kerana kasih saya pada mereka yang tidak berbelah bagi.

Tapi Allah punya 'master-plan' (dan jenaka)paling sempurna mulianya. Dalam banyak keadaan, saya terpelanting ke 'jalan' yang dihajati oleh kedua ayahanda dan bonda, walau macam mana pun saya mahu menepisnya. Perlantikan sebagai Pengarah MGTF adalah salah satu darinya. Saya sering menelefon bonda untuk mendoakan saya kerana saya agak murung (dan bingung) mendepani terlampau banyak isu semasa dua tahun awal di MGTF.


Saya patut menyebut dan berterima kasih pada dua individu 'unggul' kerana berjaya mencampakkan saya ke MGTF (sebelumnya dikenali sebagai Muzium dan Galeri USM). Kedua penggerak dan penggempur ini (kerana mereka berani berfikir secara berbeza untuk kebaikan ramai), adalah Tan Sri Dato' Prof. Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor USM) dan Prof. Dato' Dr. Najib Ahmad Dawa (waktu itu, Dekan, Pusat Pengajian Seni).

Awalnya, saya sendiri tak berapa berkenan dengan perlantikan tersebut. Lagipun, waktu tu saya melihat MGTF sebagai dunia muzium dan galeri gomen yang purba, mati dan mandul ide.


"Aku nak campak hang ke Muzium dan Galeri USM. Kita perlukan bantuan hang untuk menukarnya, merubahnya menjadi institusi yang cergas dan penting", Dr. Najib memaklumkan pada saya dengan gaya selamba dia (walaupun dalam menyampaikan keputusan yang penting)di pejabat dia. Tentulah saya rasa ragu untuk kata 'ya', tapi Dr. Najib ni jenis bos yang tak reti mengalah dan cakap serupa bikin. Waktu tu saya Timbalan dia, mengendalikan Dewan Budaya USM.




"Errr...ok, tapi betul ke ni?", saya sambut dengan ragu. Tapi ini Dr. Najib, jenis orang yang tak putus asa dalam membawa saya ke USM semasa saya hanyut hampir tanpa haluan tanpa kerja tetap di Kuala Lumpur pada 2002.


Saya tinggalkan UNIMAS pada tahun 2000, dan berkerja dengan CENFAD (Center for Advanced Design) pada 2001, sebelum tersadai di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) untuk menolong Puan Wairah Marzuki (waktu tu Ketua Pengarah) dalam beberapa projek (seperti Sonneratia dan pembangunan pangkalan data atas talian BSLN).


Dr. Najib sebelum tu dah lama memujuk saya untuk menyertai USM sejak saya di UNIMAS lagi. Dia bawa saya ke kampus USM di Pulau Pinang, meninjau sana-sini dan berkongsi dengan penuh ghairah tentang perancangan panjang akal, mega dan penuh hasrat untuk men'hijrah'kan Pusat Pengajian Seni yang baru ditubuhkan ketika itu (sebelum tu dikenali sebagai Pusat Seni, satu jabatan kecil dalam Pusat Pengajian Kemanusiaan). Rahman Mohamed (Timbalan Dekan), Mat Desa Rodzi (Pengerusi Bahagian Seni Halus) dan Omar Bidin pula 2x5 daya pujukan dan penerimaannya. Akhirnya, saya tak dapat menolak pelawaan Dr. Najib dan berhijrah ke Pulau Pinang pada tahun 2003.

Hampir serta-merta saya dapati diri saya begitu sibuk disibukkan untuk membantu dia dan yang lain-lain untuk meng'hijrah'kan Pusat Pengajian Seni (waktu tu boleh dikatakan sebuah pusat pengajian yang kecil, dengan bilangan pensyarah yang terhad). Hampir serta-merta juga saya dilantik menjadi Pengerusi Bahagian Rekabentuk. Sedar tak sedar, saya buat kerja yang sama seperti semasa saya di UNIMAS dan Cenfad, merekabentuk kurikulum baru, kali ini untuk "Rekabentuk dan Teknologi Media Baru" bersama Wan Marina, teman pensyarah. 

Lebih kurang setahun lepas tu, saya dilantik sebagai Timbalan Dekan untuk menerajui Dewan Budaya USM. Nasib baik, saya ada sikit pengalaman sebagai timbalan dekan semasa di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di UNIMAS.


Dua tahun pertama di USM adalah tempoh paling kecoh (namun paling memperkayakan pengalaman profesional) dalam hidup saya, yang dipacu oleh semangat meng'hijrah'kan Pusat Pengajian kepada salah sebuah sekolah seni yang terbaik di rantau ini. Kami (para pensyarah, yang dipimpin oleh Dr. Najib) semua memanas punggung sendiri, berkerja dan mengerjakan (kekadang menghambakan) sesiapa jua yang dapat kami cekup untuk membina Pusat Pengajian dan menaikkan profil USM. Tapi hal Pusat Pengajian Seni USM mungkin untuk 'blog entry' yang lain. Gitupun, pengalaman awal saya di Pusat Pengajian menjadi pembuka jalan yang penting sebelum bab hidup saya di MGTF.


Bila saya ke kamar Naib Canselor untuk menerima perlantikan, saya maklum pada dia yang saya tak berapa berkenan dengan muzium. Saya maklum pada dia yang saya ada tanggapan yang negatif terhadap muzium. Tapi dia 'cool', sambil berkata, "kalau macam tu, awak tukarkannya menjadi sebuah muzium yang awak suka. Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengganggu. Awak yang pakar, awak tukar dan ubah muzium tu." Tan Sri Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak ni jenis manusia yang mengotakan kata, dia tak pernah sikit pun ganggu saya sepanjang enam tahun saya di MGTF. Malah, dia lebih banyak membantu dalam beberapa keadaan.


Dua tahun pertama di MGTF adalah yang paling mencabar iman, tapi Tan Sri dan Dr. Najib ada di sisi saya sepanjang perjalanan. Saya kehilangan sokongan dan bimbingan Dr. Najib bila dia pula berhijrah untuk mengetuai Balai Seni Lukis Negara. Nasib baik, saya mendapat sokongan dari semua kakitangan MGTF dalam meng'hijrah'kannya kepada apa yang ada sekarang. Mereka inilah yang menjadi getaran rahsia di sebalik penyegaran-semula MGTF.


Saya sedang mengusahakan sebuah buku kecil untuk merakamkan penyegaran-semula dan penghijrahan MGTF. Enam tahun bersama MGTF merupakan lebih dari satu kesyukuran. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memperkenalkan mereka ini, dan mempadatkan pengalaman di MGTF dalam 'blog entries' akan datang. Tentu sekali amat menyedihkan untuk meninggalkan mereka semua, tapi 'perubahan' tidak dapat dielakkan. Mereka akan kekal dalam sanubari saya.



Buat masa sekarang, saya ingin menjemput para pembaca budiman untuk memberi tabik hormat kepada individu-individu yang istimewa ini. Tolong sedekahkan mereka doa, dan hantarkan harapan agar mereka sejahtera, berjaya, ceria dan gembira.










For about six years since April, 2005, this special family (above) has taught me the meaning of being a 'leader', a 'director' or simply a friend, more than other families. They have also been with me in 'living' the meaning of 'hijrah' or transformation beyond mere seeing(BEyong seeING, which has naturally, become MGTF's tagline!). They have helped me to 'experience' (alami) the phrase 'in the name of time' (Demi masa, which is another MGTF's tagline). Obviously, MGTF's taglines have not just been a part of its brand proposition. We have been living and breathing the taglines together in ups and downs.


Ramadhan and Syawal in 2011 will be etched in my heart forever as amongst the most memorable and special months in my personal and professional life. These are the months where I celebrate three very special days in sequence - Eidul Fitri (30 August), Independence Day of Malaysia (31 August) and my birthday (1 September). 


More than these meaningful days, these two months will hopefully be my final months with Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM). 


I will be leaving this beloved place to chart a new chapter in my life - researching (Phd), writing(publication), creating my multi-dimensional and inter-dependence art, and working on my much delayed dream project, "Tanah Tok Timah" at Titi Teras, Balik Pulau, Penang. I give myself four to five years for this new chapter, so please doa for me. 


I'm not sure whether I will return to MGTF, but I will dance with the Will of Allah. Nevertheless, my arm will always be opened to MGTF. I will continue to work with them if there is any need for it.


Allow me to reminisce a bit. 


When I was initially appointed as the Director of MGTF (known as USM Museum and Gallery then), I didn't expect to last for this long (three terms). I didn't look at myself as a 'director' candidate. I thought, well, the highest I would go would be 'deputy' anything, not more than that. I thought that I was a 'risky' candidate, especially for a 'gomen' (government) office. Heck, I didn't even look at myself as a leader of any 'gomen' organization or institution.  Silently, I was then more of an anti-establishment who disliked big, large and old institution. Mindless official routine, batik with songkok (or serban) and long suit with tie, all these were taboos to me. I had difficulties trusting people in these attires (due to bad mental toxic and emotional scars).


In fact, I found it hard to even manage my own self and my family. Such reluctance had been deep seated.  When I was awarded a scholarship back in 1989 to further my study and to return home to be a lecturer, I thought it was an answer to my parents' prayer (or more likely, concern), to save me from 'myself'. Perhaps for them, I was an 'angst infested' anti-establishment and non-conformist young man that needed to be 'corrected' or shown the 'right path'. I obliged to their wish and doa out of my love for them.


But Allah has the best master-plan (and also sense of humor). Most of the time, I found myself right in the path of what my parents would want me to be, even when I was reluctant. The appointment to lead MGTF was one of them. I called my mother many times to seek her doa because I was rather depressed with so many issues in the first two years at MGTF.   


I have to mention and thank two very distinguished individuals for throwing me to MGTF (previously known as USM Museum & Art Gallery). These two 'shakers and movers' (who dared to think and act differently for the betterment of many) are Tan Sri Dato' Prof. Dzulkifli Abdul Razak (USM Vice Chancellor) and Prof. Dato' Dr. Najib Ahmad Dawa (then the Dean of the School of the Arts).


Initially, I didn't like the appointment. In fact, I looked at MGTF as 'archaic, dead and impotent' world of 'gomen' (government) museum and gallery. 



"I want to throw you at the USM Museum and Gallery. We need your help to change it, transform it into a vibrant and important institution", Dr. Najib told me with his casual style (even in delivering a major decision) in his office. Of course, I was reluctant to say yes, but Dr. Najib was a very persistent and 'walk the talk' kinda boss. I was his deputy then, taking care of the Dewan Budaya (Cultural Center). 


"Errr...ok, but are you sure", I said rather doubtfully. But this was Dr. Najib. This was a person who was so persistent in bringing me to USM when I was floating almost aimlessly without a job in Kuala Lumpur back in 2002. 


I left UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) in 2000, and worked with CENFAD (Center for Advanced Design) in 2001, before finding myself hanging out most of time at the National Art Gallery (NAG) to help Puan Wairah Marzuki, (then the Director General) on several projects (such as Sonneratia Youth Art Camp and development of NAG's massive online database). 


Dr. Najib had been persuading me to join USM even when I was at UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak). He brought me to USM campus in Penang, showed me around and talked passionately about his big, ambitious and long-term plan to transform the newly-established School of the Arts (before that it was known as Art Center, and was a small department in the School of Humanity). Rahman Mohamed (Deputy Dean), Mat Desa Rodzi (Chairman of the Fine Art Department) and Omar Bidin were similarly persuasive and welcoming too. Finally I could not resist Dr. Najib's  offer and moved to Penang in 2003 to work for USM. 


Almost immediately I found myself so busy helping him and others to transform the School of the Arts (it was still a small 'school' then with few lecturers). Almost immediately also, I was appointed as the Chairman of Design Department. I found myself doing almost similar thing to what I had done for UNIMAS and Cenfad, designing a new curriculum, this time for the new "New Media Design and Technology" with Wan Marina, another lecturer. 


About a year later, I was appointed as the Deputy Dean to helm USM's Cultural Center. Luckily I had some experience as one of the deputy deans of the Faculty of Applied and Creative Arts at UNIMAS. 


The first two years at USM was one of the the most hectic (yet professionally enriching) period of my life, propelled by the spirit of transforming the School into one of the best art schools in the region. We (the lecturers, lead by Dr. Najib) basically kicked our own 'asses', worked and slaved anyone we could grab to build the School and elevate USM's profile. But the School of the Arts USM would be another blog entry. Yet, my initial experience with the School became an important prelude for my chapter at MGTF.


When I went to the VC's office to accept the appointment, I told him that I didn't like museum. I told him that I had a very negative opinion about it. Being his cool self, he told me, "then, why don't you change it to be the museum that you like. I will try my best not to disturb you. You are the expert, you change and transform it." True to his words, Tan Sri Prof Dato' Dzulkifli Abdul Razak did not disturb me throughout the six year period. In fact, he even helped me a lot in so many occasions. 


The first two years at MGTF was the most challenging, but Tan Sri and Dr. Najib stood by me along the way. I lost Dr. Najib's support and mentoring when he moved to head the National Art Gallery. Luckily I had the support of my staffs at MGTF to transform it to what it has become today. They have been the 'secret vibes' behind MGTF's rejuvenation. 


I am working on a little book to document MGTF's rejuvenation and transformation, or in short, 'hijrah'. Six years with MGTF has been more than a blessing. I will try my best to introduce the staffs and squeeze my experience at MGTF in my future blog entries. It would be extremely sad to leave them, but 'change' is inevitable. They will stay forever deep inside my heart.


For the time being, I would like to invite you my readers to salute this group of very special individuals. Please offer them doa or wish them peace, success, joy and happiness.




For the following related blog entry, click
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/09/mgtfs-secret-vibes-revealed.html

Monday 29 August 2011

RAYA

Raya in Teluk Intan 2004 with Tok Wan and Tok Syeh


Hari Raya menandakan kemenangan menawan hawa nafsu, mengurus minda dan menjurus rasa berpandu pesan penghulu tercinta Rasulullah s.a.w. Cinta Rasulullah pada umatnya sangat tinggi (termasuklah yang banyak defisit macam saya ni). 

Hari Raya meraikan kemerdekaan jiwa dari dipenjara minda dan rasa. Ia membebaskan jiwa dari dikejar 'nama' dan ditabir 'karier'.

Hari Raya juga menjadi penanda pada pendakian jiwa, meniti titian halus antara yang hak dengan yang batil. 


Hari Raya adalah hari menadah kesyukuran atas segala nikmat, anugerah dan rezeki batin dan zahir, yang dilimpah-ruah tanpa henti oleh Allah S.W.T.

Selain ayahanda dan bonda, isteri, anak-anak, adik-beradik, sanak saudara adalah tanda-tanda dekat kepada 'ada'nya Pemilik dan Pemberi Cinta Abadi. Mari kita raikan kehadiran (dan pemergian) mereka, dengan memanjangkan kesyukuran tidak terhingga, atau menghulurkan Al-fatihah buat yang sudah meninggalkan kita.

Bagi saya, Hari Raya menjadi penanda dan saksi pada pendewasaan anak-anak di depan mata. Inilah rezeki dan nikmat yang tidak boleh dibeli dengan apa pun di dunia. 


Teman saya dari USA, Najjar Musawwir sering mengingatkan yang saya ni kaya, setiap kali dia melihat wajah-wajah isteri dan anak-anak saya. Ingatan dia memang kena tempatnya, terutama untuk saya yang selalu lupa dan kekadang terpenjara oleh isu semasa, kalau tak pun penjara karier dan tabir nama.


Dengan rasa syukur tak terhingga atas segala yang dilimpah kurnia, saya panjangkan takbir raya untuk semua pembaca. 


Kita takbirkan kebesaran, gemakan keamanan untuk semua manusia. Itulah makna menjadi seorang 'muslim', insan yang 'sejahtera' dan 'mensejahterakan' alam semesta.


Selamat Hari Raya!

HEROIN SAYA




Saya dibesarkan oleh ingatan 'Bonda, selepas subuh"
Semua orang ada heroin 'favourite' mereka, tapi heroin saya tetap 'bonda', dulu, kini dan selamanya. Saya yakin ramai yang mempunyai heroin yang sama, bonda.



Bonda' adalah heroin dalam ertikata yang sebenar, bukan jenama yang direka-reka. Tak payahlah dengar khutbah para wali 'feminism', dan 'emansipasi wanita' kerana 'bonda' sudah lama menjadi bukti nyata akan keupayaan wanita (Melayu) yang berjaya memperkasa (empower) diri untuk berjaya bersaing dalam dunia niaga (dan kuasa jantan).

Selalunya saya membina karier dengan menemu-tak-ramah ramai pelukis ternama. Tapi membina makna dengan mendengar pesan dan cerita bonda lebih saya tatang dan hargai hingga hujung nyawa. 

Profil hidup bonda jauh lebih afdal dijadikan bekal, lebih dari segala sejarah dan biodata 'pengkarya agung' mat saleh yang saya tekuni untuk dapat lesen ijazah dan gelaran orang pandai-pandai. Pesan dia lebih berbekas dari segala teori yang saya pernah jadikan kitab rujukan dan tinjauan perbandingan. Amanat dia lebih berkat dari segala buku yang saya kutip untuk buat sarjana, mendabik nama atau menjaja wacana.




'Bonda' adalah 'superwoman' dan 'supermother', wanita Melayu 'genius' yang 'multi-talented'. Dia sudah lebih awal mengamalkan pendekatan 'trans-discipline' atau rentas-bidang (bukan teori je macam saya sidosen perasan yang kekadang suka melalak berkokok seluruh kampung dengan telur dua biji). 

Dia 'epitome' kepada manusia berkepintaran pelbagai (multiple inteligences).Dia bijak mengimbangkan kelemahan membaca tulisan romawi dengan memori fotografi(dia boleh hafal rekabentuk pakaian yang dilihat, termasuk motif coraknya), kepintaran matematik (sangat bijak dengan nombor), kepintaran ruang (menguasai pelbagai bentuk seni - seni lukis, seni pertukangan, seni hias, seni taman, seni reka fesyen), kepintaran intra-personal (memiliki keyakinan diri tahap dewa), kepintaran inter-personal (sering dijadikan kaunselor untuk memberi kaunseling secara percuma) dan kepintaran bahasa (janganlah memandai nak lawan berhujah dengan dia, mesti kalah punya). Bila dia berniaga, falsafahnya "peole, people, people", maksudnya kita berurusan dengan manusia, bukan benda. Saya pakai ini bila saya mengemudi anak-anak buah dan memandu organisasi. Selain itu, bonda bijak mempelbagaikan produk niaga. "Change is constant" itu agaknya diktum dia. Dia bijak mengesan betapa 'transient'nya selera manusia, cepat berubah. Bonda mempelbagaikan perniagaan dia, dari jual kain ela, jahit baju,jual baju (kebaya rekaan sendiri), kepada jual ubat, jual pokok, jual perabot, jual barang kemas,dan bermacam-macam lagi.

Kepintaran spiritual bonda usah cakapla. Dia sangat berbaik sangka dan sangat yakin terhadap pertolongan Allah tanpa belah bagi; sangat memberatkan ibadah fardhu ain, terutama solat dan doa. Sebab itu rezeki dia murah, walaupun dalam situasi parah yang mustahil. 


Medan intuisi dia luas, jadi janganlah hipokrit depan dia, dia tahu. Dengan saya, dia main telepati je. Saya tak boleh menipu depan dia. "Kamu jangan gatal nak kawin lagi satu" sergah dia, macam dia dah baca getaran 'gatal' saya walaupun saya cuba sedaya upaya berpura-pura alim dan warak.




Kalau bonda berusaha untuk sesuatu, dia berusaha mengalahkan buruh paksa. Bangla pun kesian tengok dia. Peluh keluar macam mandi. Kadang tu, saya yang muda pula suruh dia berhenti. Tapi jika dia duduk di tikar solat untuk mengabdi diri pada Ilahi, dia beribadat persis esok nak mati atau nak kiamat. Doa usah cakaplah, itu tasbih harian dia. 


Bonda, Hari Raya 2004.


Kecekalan bonda macam besi tahan karat, tak bengkok sikit pun. 'Passion' dia tahap dewa, semestinya dengan 'temperament' yang boleh buat orang kecut telur (atau apa jua yang boleh mengecut). Semasa kecil, dia tak payah leter, dia 'stare' saja, dah faham maksudnya - 'don't play-play'. Tapi 'flexibility' dia mengalahkan getah, dan dia boleh maafkan orang seolah orang tu tak pernah buat dosa. 


Bonda belajar sekolah kampung sampai darjah enam saja. Dia menuntut ilmu agama dari ayahandanya sendiri (Tok Syeh Noordin) dan beberapa guru agama yang lain. Taat dia pada Tok Syeh usah cerita la. Melawan tak pernah. Bonda adalah 'link' yang memanjangkan ilmu Tok Syeh Noordin pada saya, semua secara lisan. 

Bonda, kanan sekali, ketika berusia 8 tahun, bersama Tok Syeh Noordin dan Opah Rabeah. Sebelah kiri, Makcik Suyah, Mak Andak dan sebelah bonda, Makjang.
Bonda tak 'further studies' buat diploma ke, degree ke, masters ke, phd ke di mana-mana universiti yang gah macam USM, universiti APEX tempat saya kerja dengan riak dan bangga. Tapi dia bijak juga. Malah lebih berhikmah dari ramai 'phd holders' yang saya kenal. Malah, saya boleh bicara dengan dia hal konsep tinggi-tinggi untuk karya  'perasantan' saya. 

Walaupun bonda asal kampung (Teluk Kepayang, Bota, Perak), hanya tahu membaca tulisan jawi, dia muncul sebagai wanita Melayu pertama yang membuka kedai perniagaan kain di Teluk Intan pada awal 70an. Kedai dia di tingkat satu Bangunan MARA depan menara jam tinggi Teluk Intan. 

Bonda, di kedai kainnya, sekitar awal 70an. Anakandanya, Zainal Abidin (kiri) dan Zaharul (dua dari kiri) turut menyibuk.
Ghafar Baba melawat kedai Bonda, diiringi Ayahanda
Ayahanda ketika memberi ucapan sempena perasmian Bangunan MARA di Teluk Anson (kini Teluk Intan) oleh Ghafar Baba.
Selepas di Bangunan MARA, dia berpindah ke kedai yang lebih besar di belakang menara jam tinggi itu sendiri (dirobohkan kemudian untuk buat medan Jam Tinggi). Ini pencapaian mega yang mustahil waktu itu. Kalau tanya pakar ekonomi dan perniagaan, dah tentu dikata akan gulung tikar - orang Melayu lembab dan bodoh berniaga, sarat sentimen, ada saka dan badi dengki, tak betah cari rezeki sendiri, harap gomen kasi, apatah lagi wanita, duduk rumah jaga anak lagi bagus, keluar berniaga bawak fitnah je. Ini semua teori basi dan dogma ego lelaki yang tidak selari dengan profil bonda. 

Selain teori basi dan saka stigma dilema Melayu (versi Dr. Mahathir), bonda juga perlu berdepan sikap segelintir bangsa sendiri yang cemburu khinzir buta. Ada yang suka melontar kata hina fitnah dusta juga.  

Surat layang (pada ayahanda) usah cakapla. Begitu juga dengan bab kena hantar benda-benda halus hitam kotor ala misteri Nusantara, tak payah cerita, boleh kalah filem hantu Melayu yang berlambak dalam pasaran sekarang. Nasib baik 'firewall' bonda kukuh. 


Masa mula dia berniaga dulu, pernah kena tahan di stesyen keretapi Singapura kerana bawa kain terlampau banyak. Kerana yakin tahap dewa, dia dan ayahanda lepas. Gitu juga dengan keyakinan 'supplier'. Dia boleh ambil bekalan tanpa bayaran kerana 'supplier' yakin dapat pulangan. Agaknya bonda dapat tempias Nabi, ada wajah yang boleh dipercayai. Malah, banyak set perabut segala kerusi sofa dan meja dan banyak lagi produk lain bonda dapat 'free' sebagai 'showroom products' di rumah (bonda persis magnet untk jual produk). Bonda memiliki 'social skill' yang selalunya tak diajar di universiti.

Dengan wang perniagaan, wanita kampung ini berjaya menukar keadaan ekonomi keluarga, dari rumah kerajaan yang lusuh, kemudian rumah teres yang sempit (untuk sembilan orang anak) kepada sebuah rumah banglo di atas tanah yang luas. Ini lagi satu pencapaian mustahil. Tapi, tak ada yang mustahil dalam kamus bonda.  


Perlu saya ingatkan bahawa bonda melahirkan sembilan orang anak, lima lelaki, empat wanita. Ini satu lagi pencapaian besar. Bayangkan kerja menjaga, mengasuh dan membesarkan sembilan orang anak. Bagi wanita profesional zaman sekarang, ini kerja gila. Alhamdulillah, semua anak-anaknya (termasuk yang menulis ini), jadi manusia. Saya tak tahu macam mana dia bahagikan masa. Bukan ada diari ke, PA ke waktu itu. Takda pun teori pengurusan rumahtangga. 

Ayahanda dan Bonda, di hari persandingan
Bonda bersama ayahanda (kiri sekali), Tok Syeh dan Opah Rabeah dan keluarga. Dari kiri sebelah Ayahanda, Puteh Saadiah, Che' Yang Asiah, Zainal Abidin (di depan), Zainuddin, Jamilah.
Keluarga besar Bonda. Belakang dari kiri, Jamilah, Bonda, Ayahanda, Puteh Saadiah, Che' Yang Asiah. Depan dari kiri, Zaharuddin, Zaharul Lailiddin, Hasnul Jamal, Opah Rabeah, Salmah, Zainuddin, Zainal Abidin.
Keluarga moden - Belakang dari kiri, Che' Yang Asiah, Zainal Abidin, Zaharuddin, Jamilah. Tengah dari kiri, Ayahanda, Bonda, Mak Wa (bonda ayahanda), Puteh Saadiah, Taha Ismail (suami Puteh saadiah). Depan dari kiri, Hasnul Jamal, Salmah (meriba Azni Zarina, anak sulung Puteh dan Taha) dan Zaharul Lailiddin.
Keluarga membesar - Belakang dari kiri, Salmah, Zaharuddin, Che' Yang Asiah, Kabil Miharbi (suami Che' yang, sedang mendukung Diana, puteri sulungnya), Hasnul Jamal, Zaharul Lailiddin, Ibrahim Ahmad (suami Jamilah, mendukung Izran Shah, putera sulungnya), Jamilah (mendukung Izar Asri), Zainal Abidin. Duduk dari kiri, Taha Ismail, Ayahanda, Bonda, Puteh Saadiah. Depan dari kiri, Rohana (isteri Zaharuddin, meriba Shirin), Anas Assaid (putera sulung Zaharuddin), Azni Zarina, Azlea Zaharina, Azwa Zurina (ketiga-tiga puteri Taha Ismail) dan Norlia Musa (mendukung putera sulungnya Mustaffa Assaid)
Belakang dari kiri, Puteh Saadiah, Zaharuddin, Jamilah, Zainal Abidin, Salmah. Depan dari kiri, Hasnul Jamal, Che' Yang Asiah dan Zaharul Lailiddin
Hari Raya 2010 di Teluk Intan. Belakang dari kiri, Zaharul Lailiddin, Hasnul Jamal, Zainal Abidin, Zaharuddin. Depan dari kiri, Jamilah, Ayahanda, Bonda, Che' Yang Asiah. Duduk depan, Salmah.
Cucu-cicit bonda dan ayahanda, Raya 2010
Paling dibanggai oleh bonda adalah apabila berjaya membolehkan anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Zaman 70an dulu, jika dapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, jadi hero satu kampung seantero negeri. Sampai sekarang saya sendiri tak tahu macam mana bonda membahagikan masa. 


Pada bonda, berbakti pada tanah persis bertasbih dan berzikir. Ini ajaran Tok Syeh. Patutlah tangan bonda ada magis bila tiba hal bercucuk tanam mahupun bertaman. Semua yang ditanam, semua tumbuh lebat dan subur. Kalau tak berbuah, dia bawa parang, siap bagi 'warning', "kamu tak berbuah, cukup seminggu aku takik kamu dengan parang ni". Tak sampai seminggu, pokok keluar bunga.


Bonda dalam dunia lamannya, 2004.
Dengan pokok bunga, dia main psikologi pujuk, selain bertasbih dan bertahmid. Tanah adalah kanvas bonda. Bajanya adalah kasih pada semua makhluk Allah. Bonda dah lama pakai konsep kelestarian (sustainability) sebelum ia menjadi 'tagline' popular kini. Saya belajar seni bertaman dari dia. 


Berbicara dengan pokok...
Bukan saja dia bercakap dengan pokok, dengan binatang pun sama. Dia berkawan dengan kucing, dengan ayam, dengan burung. Kucing dia semua dah jadi 'legends' dalam keluarga, begitu juga ayam. Nama timangan saya 'Dogek', asalnya nama ayam dia.


Masakan bonda, hmmmm....'subliminal', gulai tempoyak ikan patin, kerabu kerang, sambal tempoyak, sambal belacan, sambal kuinin,sambal tumis petai, rendang tok, lemang, kuah durian, bubur kacang,semua boleh bawa saya ke syurga. Selera saya Perak tulen. Lidah saya lidah tempoyak, lidah bonda.

Ya, Bonda memang wanita cekal luar-biasa. Keheroinan dia jauh lebih murni dari heroin-heroin fiksyen yang sering dilambak oleh penguasa media. Dia wanita paling gagah.









Kekasih awal dan akhir


Ziarah terbaru 2011, ayahanda tinggal tulang, bonda mukanya sembam. Keduanya semakin dicuri hari.


Kini, bila tiba malam raya, saya terkenang suara takbir raya ayahanda yang selalunya dilengkapi leteran bonda. Bonda 'gatekeeper' untuk saya (kita semua) kembali kepada fitrah. Mana tidaknya, dalam rahim dialah saya dibentuk dan dari rahim dialah saya lahir. Saya (kita semua) kena lalu dia (bonda kita) dulu untuk naik tinggi dalam pendakian meniti beberapa makam rohani. Tanpa kemaafan dan restu dia, tak payah nak beranganla. Serban tebal pun tak guna. 

Selamat kembali kepada bonda, 'heroin' kita.


Dikandung dan dikendung Bonda. 1966, Jalan Paul (kini Jalan Mustafa Al-Bakri, Teluk Intan, Perak.



BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...